Ceritera Congkak dan Aku.

Bangun dari lena je, aku terus je duduk depan laptop. Tak basuh muka, tak buat perkara2 lain. Ntah apa2 aku ni. Korang jangan contohi aku tau. Kebersihan itu pentig! Okay...sambung cerita. Aku seperti biasa, mula2 akan lihat jejak2 yang korang2 tinggalkan. Ada lah beberapa dan terima kasih korang yang singgah dan tinggalkan jejak dan pada yang sudi ikut2. Jamah2 lah entry2 lain jika dah singgah. Haha~

Sedang aku duduk berBlogWalking, aku terjumpa lah satu entry menarik bertajuk "teruja pada congkak merak". Aku tertarik dengan gambar yang ada, sebab ia hasil seni seorang pelajar UPSI. Tapi, bukan lah aku nak cerita tentang tu.

Aku sebenarnya teringat satu perkara tentang congkak dalam hidup aku. Masa tu aku umur dalam 9 tahun macam tu. aku nak sangat beli congkak. Aku nak beli sebab lepas seronok main dengan kawan2 aku kat sekolah. Seperti budak2 lain, balik2 je mengadu kat mak yang aku nak beli congkak. Sekali mak aku tanya, nak buat apa dengan congkak. Mak aku dah tahu dah perangai anak2 nya yang cuma hangat2 tahi kucing je (lama sikit hangatnya dari tahi ayam). Lepas tu mak aku ada kata, kalau betul aku nak beli aku perlu guna duit sendiri.  Aiseyh~ aku mana ada duit? 

Tapi sebabkan aku nekad. Aku pergi ke tabung aku. Check, ada berapa. Aku tak  lah ingat ada berapa, tapi dah cukup juga sebenarnya. Tapi semuanya syiling lah. Jumlah nya dalam lingkungan RM39. Sah2 berat, aku pergi bilik kakak aku. Selongkar2 cari bekas. Waktu tu aku belom ade wallet. Tapi kalau ada pun mana nak simpan semua syiling? Hah! Aku jumpa uncang dalam bilik kakak aku. Seronoknya! Kakak aku pun kata dia tak gunakan, jadi aku ambil dan letakkan syiling aku dalam tu. Haha~

Uncang tu aku bawa setiap kali mak ayah aku keluar ke pekan atau ke bandar. Lucu bila aku ingatkan balik. Sah2 jatuh seluar kalau aku letak dalam poket. Memang rebeh seluar aku bawa uncang tu. Sebab kalau aku pegang je aku lupa. Tapi, berapa kali ntah aku ikut keluar dengan mak ayah aku...tapi tak dapat juga beli walau aku dah bawa duit sendiri. Sebab mak aku memang tak bagi beli sebenarnya. Dia tahu nanti akan jadi bahan yang terletak dibawah katil. Tapi aku degil masa tu, nak juga beli. Dan akhirnya mak aku mengalah. Mak ayah aku bawa aku ke pekan untuk beli. Haha~ seronok gila aku umpama 'tenggiling berguling' (ada ke peribahasa tu?).  

Masa dah sampai, sekali tengok harga lagi mahal. Aduh, aku tak cukup duit. Hampa dah masa tu. Aku cakap pada mak aku, tak apa lah sebab aku tak cukup duit. Dengan nilai kebapaan ayah aku ni. Dia tambahkan duit dia untuk aku. Hahaha~ bermainlah aku 4 beradik (kini 5beradik) congkak malam tu. Seronok je.

Mana pergi congkak tu sekarang? Hehe~ seperti mak aku kata. Bawah katil. Jahatya aku!

3 ulasan:

ain fathihah berkata...

dulu saya main congkak kayu. memang permainan wajib dengan adik-beradik. tapi bila guli makin hilang, dah tak main dah. main tuju guli pulak. congkak tu pun duduk bawah katil je memanjang. hehe

sembil9n berkata...

huhuh...ksian congkak tu...klw kte jd congkak...mst sedihkn...huuu~

ain fathihah berkata...

dulu saya main congkak kayu. memang permainan wajib dengan adik-beradik. tapi bila guli makin hilang, dah tak main dah. main tuju guli pulak. congkak tu pun duduk bawah katil je memanjang. hehe