Satu...Empat...Satu...Satu...


Hari ini aku berasa agak kucar pada awalnya. Tapi bila bawa ke petang, hariku semakin baik dan okaylah...boleh layan. Kepala memikirkan aku yang bakal pulang ke rumah aku esok. Ahh~ aku tidak suka sangat tentang itu. Sebab internet connection aku kat sana agak2 lembab gila. Jadi susah lah untuk aku update blog aku. Mari lah ramai2 doa supaya di kawasan rumah aku dah dapat line 3G untuk Celcom.


Aku mungkin dalam minggu depan akan postkan Cerpen aku, paling awal adalah lepas raya haji. Wah! dah nak raya rupanya. Esok boleh puasa, dan esoknya raya. Ish3~ agak2 ada tak orang sembelih lembu ye? Aku nak makan rendang, aku tak reti nak sembelih jadi makan kan pun kire okay lah. Ish3~ apa nak jadi? Dah dewasa masih tak nak cuba sembelih. Hehe~ aku sebenarnya tak sanggup. Jadi, tak boleh lah jadi tukang sembelih. 

Ah! Raya...raya nanti punya cerita lah. Aku nak kisahkan tentang hari ini dalam sejarah, apa yang aku buat sepanjang hari. Sebenarnya kita memang perlu muhasabah diri, fikir apa perkara yang kita buat hari ini? Ada peningkatan tak dari semalam? Bagus ke perkara yang berlaku hari ni? Dan lain2 info lah yang perli di titik beratkan. Haa~ jangan main2 bila aku dah mula nak berbicara falsafah aku.

Okaylah, hari ni...lepas malam tadi aku tak tidur aku main game kejap. Pukul 8 aku berhenti kejap, dan tidur sampai pukul 1 tengah hari. Itu pun sebab ada mesej masuk, aku terbangun. Rupanya dari senior aku yang aku cerita tentang dia minta aku designkan baju. Ada pada entry ini. Ha, kali ni dia datang jumpa aku. Dan dia kelihatan kurang puas hati, jadi dia minta beberapa lagi design. Adoi, aku dah lah tak packing barang lagi. Tapi disebabkan tanggunjawab, aku pun buat lah juga. Aku just copy paste je design2 lama aku.

Kepada tuan punya design bear, sorry ye cik Payeen. Terpaksa guna design ni, sebab nak cepat tadi. (design bear) Nanti buat kan yang lain ye. 

Kepada yang tempahan t-shirt design dengan aku, boleh contact ke nombor terus atau email. Jap lagi aku bagi. Sekarang aku tahu mesti korang nak tahu berapa ringgit.

RM15 - RM25
Aku tak ada sediakan perkhidmatan print, aku cuma tukang design je. Sorry yer~ 


3 ulasan:

chentamiera berkata...

comel nyer dsign tshirt tu...nak...hihi..blanja la..muahaha

sembil9n berkata...

hee~ design tu senior sy pye... :D tgk ade name dy ttu...

chentamiera berkata...

comel nyer dsign tshirt tu...nak...hihi..blanja la..muahaha