Catitan Memori. (Bahagian 1)

Tiba2 keadaan jadi seperti gelap gelita. Aku tak pasti apa yang telah berlaku di sekelilingku. Segala memoriku bermula dengan bingit hon kereta berhampiran sementara aku terbaring di balik pokok berdekatan jalan. Mengapa aku disini? Sakit kepalaku memebuat aku melayang2 tak terdaya. Aku gagahkan diri aku untuk berjalan ke arah jalan berhampiran.

Bertambah bingung kepalaku, tatkala melihat lalu lintas yang sesak. Aku di lebuh raya? Mengapa aku di sini? Persoalan demi persoalan muncul di kepalaku membuat kesakitan bertambah lagi. "Pinnn~!! Pinn~!!" sautan hon kuat bergema lagi membingitkan keadaan. Apa yang berlaku disini? Pertanyaan ku kali ini terjawab apabila aku terlihat ke arah punca kesesakan lebuh raya tersebut. Dua lorong di tutupi oleh sebuah kereta yang remuk dan terbalik di ikuti sebuah van yang juga remuk di bahagian belakangnya.

Suasana disitu agak kelam kabut, dengan sautan hon kereta di kesesakan di ikuti lampu siren pasukan keselamatan. Aku menghampiri tempat kejadian walau cuba menahan kesakitan di kepala ku. Aku terlihat seorang wanita muda berlumuran darah terbaring di sebelah kereta itu. Adakah dia tercampak keluar? Ah, mengapa aku persoalkannya? Kepala ku bertambah sakit. Aku cuba mengalihkan pandangan ku namun suasana di situ menambah sakitkan lagi kepalaku. Kepala terasa semakin dihimpit kuat. Aku cuba gagahkan untuk menahan dan meminta bantuan. Namun, aku rebah sebelum keadaan menjadi gelap.

TAMAT bahagian 1

3 ulasan:

Cik Gallus Gallus berkata...

apehal yg berlaku ni

the c0lourfull m0nster berkata...

menarik..
adoi..xsaba na taw cite slpas ni...
xpt2 la ko siapkan cerpen ni k af!
:)

the c0lourfull m0nster berkata...

menarik..
adoi..xsaba na taw cite slpas ni...
xpt2 la ko siapkan cerpen ni k af!
:)