Blogger Tercinta

Korang dah kenal dengan Grup ini? Grup ni gila dan sangat gila. Mana tak nya, mereka semua kaki blog kan. Dan aku tahu semua blogger ni gila2 kepalanya. Yela, kalau tak gila2 macammana nak buat etry2 yang kreatif dan menarik kan? Bagi aku, blogger ni adalah satu tunjang info utama dunia. Wah~ ayat tak tahan kan? Kenapa aku kata macam tu? Setiap blogger ada fikiran mereka sendiri, pandangan mereka sendiri, fahaman mereka sendiri. Jadi entry2 yang mereka tulis pun berbeza2. Maklumat2 yang mereka sampai kan berbeza.

Anda jangan fikir jika mereka tulis perkara yang peribadi tu bukan satu matlumat berguna, semua matlumat yang blogger tulis adalah berguna. Aku percaya ada mereka2 yang gemar mengkaji psykologi ni suka baca blog2 yang personal. Itu untuk latihan mereka memahami orang lain. Macam mana aku tahu? Aku tahu lah. Haha~

Aku masih dalam usaha nak hasilkan satu blog yang berguna. Tapi kadang2 rasa entry2 aku tu macam tak berguna je. Haha~ Aku kisah apa kan. Apa2 pun suma kena kita daki dari peringkat2. Mana ada orang terus je berjaya, semua kena ikut step2 dia kan? Haha~

1 ulasan:

dwaty berkata...

setuju... kena ikut kepala masing2... kalau bleh elak dari tiru2..