Baru Aku Tahu.


Pernah tak anda tengok cerita ni? The Most Extreme, di channel Animal Planet. Tak minat? Ish~ cerita macam ni lah bagus untuk ditonton. Dari anda tengok cerita Akademi Fantasia, atau mana2 rancangan realiti yang lain Aku rasa rancangan macam ni lebih realiti dari hiburan2 tu. Selain dapat tengok ke ajaiban ciptaan Maha Esa, kita dapat tambah perkara yang kita tak tahu. Betul tak? Jadi start lah langgan Learning Package di Astro. Haha~

Apa ada pada cerita The Most Extreme ni? Oh, setiap episod dia mengkategorikan haiwan ikut tema. Contoh malam semalam aku tengok, dia bertemakan haiwan mana paling lama boleh tahan lapar. Wah~ semalam aku dapat tahu yang kutu adalah haiwan yang paling lama boleh tahan lapar, iaitu selama 18 tahun! Gila kan? Ish3~ tapi ni bukan kutu yang pada kepala tu, kutu yang dalam hutan. Besar macam ibu jari, dan ia boleh hisap darah sampai dia tak boleh berjalan langsung. Maksudnya terlampau gemuk. Huih~

Kalau aku nak cerita, banyak dah perkara aku pelajari dari channel tu. Kalau kita nak cari sendiri dalam internet atau pun buku, mustahil untuk jumpa. Dan aku ni pula bukan mudah ingat perkara yang aku baca. Aku ingat secara visual, jadi aku lebih cepat belajar bila tonton TV. Tapi kenapa tak ada sistem pembelajaran visual di kelas ye? Kalau macam tu, sumpah aku senang faham. Ish3~

1 ulasan:

azwa amani berkata...

bagus2,,,,huhuhuhu..:)