Lapar lah rasa perut ini. Nak keluar cari nasi lemak, tapi mendung dan tiupan angin macam boleh menerbangkan aku. Hurm...aku ni orang yang tak tahan sejuk sebenarnya. Aku selalu bersweater sedangkan kawan aku ada yang tak berbaju pun. Bila aku cuba, aku rasa macam otak aku beku, badan tak dapat bergerak dengan jayanya. Rasa seperti kena hypothermia. Haha~ lemah sungguh aku ini. Tapi aku adalah antara orang yang kalau makan aiskrim atau ABC, akan habis dulu. Betul! Siapa berani lawan dengan aku? Haha~ Teringat pula kat Cendol Banting. Nampaknya pagi ni hanya makan Chipsmore yang semalam aku beli la.
Perancangan hari ini adalah, aku akan menyiapkan satu projek t-shirt design yang akan ku jual kepada seorang rakan ku yang bergelar Aneh dan Gorila. Klik nama dia kalau nak lihat blog dia yang menarik. Setakat ni, aku dah mensketch beberapa gambaran untuk menjadi design baju. Moga dia terima,
Selain tu, aku juga akan siapkan Header yang ditempah. Maaflah, kepada pelanggan2 ku kerana malam tadi aku terasa ngantuk dan penat. Harini, akan ada Header yang siap. Percayalah! Hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan