Kaki ku Berkaki-kaki Hampa.

Pada jam lebih2 sikit pukul 11pagi, aku keluar dari rumah. Dengan berbaju hijau gelap2 serta topi kesayangan, aku berjalan seperti yang telah ku niatkan dari sebelum mandi lagi. Niat apa? Haa~ idea ni datang semasa berblogging di blogger ini. Tiba2 aku rasa angau aku dah sampai tahap kritikal. Jika aku terus berangauan macamni, berkemungkinan aku akan tunggang tertonggeng. Eh, belum cerita tentang niat aku lah. Haha... Aku berniat untuk menunngu 'si dia' yang sedang menjawab final Taxation. Aku agak2 mengikut ramalan dan pengetahuan aku, dia akan habis pada jam 12tengah hari. Jika aku keluar pukul 11 berjalan kaki ke 7E kira2 dua kilometer, maka masih sempat untuk lepak di kampus dan tunggu dia.

Dengan itu, berjalan lah aku ke 7E untuk membeli apa yang ku hajatkan. Dalam perjalanan, terdapat satu kedai seperti 7E juga, aku singgah. Mana tahu ada benda yang kat 7E belum ada. Tapi sebelum aku masuk, ada lah beberapa budak perempuan duduk lepak kat sebelah kedai tu. Mereka adalah pelajar sekolah yang di seberang jalan tu. Ponteng lah tu. Aku sedar yang mereka memandang aku dari jauh waktu aku berjalan. Bila aku dekat, aku toleh kejap kat dia. Salah seorang baru nak senyum, aku terus pandang depan sambil buat muka xberminat. PERGH~ Kesian gila, bila aku masuk aku dengar mereka ketawa kuat2. Di kedai itu, aku beli Chipsmore dan Mister Potato - Barbeque Flavour , dan bila keluar. Mereka dah tak ada kat situ. Aku pun terus jalan ke 7E yang ada dalam 1KM lagi. 

Di 7E, aku berniat nak belikan dia coklat. Korang pun tahu kan yang 7E banyak pilihan coklat, walau tak lah banyak sangat tapi banyak lah. Ape aku Tulis ni? Aku berfikir, antara Snickers, atau Picnic. Oleh kerana malas buat pemikiran yang lama, memandangkan akak cashier tu memandang lama kat aku. Aku pun amik kedua2 coklat bar tu dan terus berjalan ke kampus yang 1km lg lebih kurang.

Di kampus, aku jadi blur tiba2 kerana aku tak tahu nak tunggu dimana. Inilah bahana bila kaki ponteng datang ke kampus. Kampus sendiri pun terasa asing. Aku singgah sebentar di bengkel canting, lihat kawan2 sedang mencanting batik untuk Piala Seri Indon untuk awal Disember ini. Bosan disitu, aku pergi melawat pameran artwork Diploma Show senior2 aku yang bakal habis. Boleh tahan kerja mereka. Sangat menarik. Hampir 30minit aku tunggu di situ. Tiba lah saat yang dinantikan. Dia habis jawab Taxation. Haha~ Aku tunggu je kat pintu masuk Diploma Show tu sebab depan tu jalan yang memang sah2 semua lalu.

Jeng...jeng...jeng~ 

Itu dia buah hatiku, dia terkejut sikit  bila aku tegur dia. Dia kata dia nak masuk dan lihat diploma show. Then, aku pun ikut la teman dia dengan kawan dia. Tapi dia tengok satu dua je, sebab dia kata nak balik bilik cepat. Bila keluar dari Diploma Show tu, dia menyatakan kekecewaan nya terhadap subjek tersebut. Aku cuba beberapa kata2 yang mungkin boleh yakinkan dia. Tapi  kata2 aku terpotong sebab dia lihat roomates dia semua nak keluar ke Bandar. Dia nak ikut. "Haih~ potong line betul. . ." aku pun iyakan sahaja dia yang nak ikutkan kawan dia. Eh, nasib baik aku ingat. Aku bagitahu yang aku nak bagi dia chocolate. Dia senyum je, then aku tanya nak yang mana. Dan dia pilih Picnic serta ucap terima kasih dengan senyuman. 

Wah! Seronok aku... tapi, kami memang tak banyak bicara, tidak lag bersua muka. Walau berdepan, mata kami tidak setentang lagi. Dia hanya berdiam dan aku turut terkelu. Selepas, hubungan setahun kami yang berakhir, kami cuma berstatus kawan. Itu lah punca kami tiada bicara. Haih~ apa2 pun. Biar masa tentukan segalanya. Selagi aku dapat SMS dia, selagi aku dapat lihat senyuman dan gelak tawanya, selagi rindu dan kasih ini masih ada, Insha-allah untuk segalanya. Ish3~ malas nak cerita lagi. Nak guling2 sekejap lah.



*Lepas masing2 diam, aku pun kata bye. Aku balik ke rumah. Asalnya coklat yang aku beli adalah untuk jadi bahan bualan kami. Tapi nampaknya ia cuma sebagai tanda pertemuan kami...dan pergi. Sabar lah En. sembil9n. . . ~

8 ulasan:

Kenzo@MrConteng berkata...

ish2~ sedih cita ni... best2!

sembil9n berkata...

sedih ke? huu~ thx kerana bersimpati...
doakan lah supaya ku diperjodohkan...

Noor Faezah Mazli berkata...

setianya kamu ;)

sembil9n berkata...

@Faezah
tpi kdg2 pkre2 berkaitan hati ...kne ada pengorbanan...hmmmm

ry berkata...

nine kalau jodoh tak kemana, yea aku akan selalu doakan yg terbaik utk korg ;)

sembil9n berkata...

@ryrul ... :) thx yea .....take care of her for me...huu~

sembil9n berkata...

@Faezah
tpi kdg2 pkre2 berkaitan hati ...kne ada pengorbanan...hmmmm

Noor Faezah Mazli berkata...

setianya kamu ;)