Mengurat.

Pada suatu petang yang damai, Cuib lepak di McD seorang diri. Beliau sedang mengakses internet menggunakan wifi McD untuk menenagkan fikiran dengan berblogging. Beliau pun mulakan penjelajahan blog beliau atau pun istilah bestnya, BlogWalking. 


Tiba2, sedang dia khusyuk berblogwalking. Datang seorang wanita cantik gila duduk berhadapan meja Si Cuib ni. Beliau yang khusyuk itu terkantoi khusyuknya kerana wanita itu. Wanita itu juga sendirian bertentang dengannya. Beliau tidak lagi boleh menumpukan matanya ke skrin laptonya kerana wanita itu juga memandangnya. Cuib mula senyum ke wanita tersebut untuk melihat respon. Teryata wanita itu memberi respon. Cuib terasa dirinya ada peluang untuk mendekati wanita itu.

Cuib mula memulakan langkah dengan memberi syarat untuk duduk dengan wanita itu. Dan wanita itu pun membalas menandakan Si Cuib ni boleh duduk dengan wanita itu. Tanpa melengahkan masa, si Cuib ni pun angkat Spicy Chicken McDuluxe, Chicken McNugget, beserta laptopnya ke meja wanita tersebut. Mereka mula berbual.

Cuib       : Hai. . .saya Cuib.
Wanita   : Saya . . .Mia. 
Cuib       : err....kenapa awak datang sorang?
Wanita   : sebab saye tak berteman...kenapa awak sorang pula?
Cuib       : sebab awak tak teman...eh...sebab saya saja datang nak blogging.
Wanita   : awak pun bloggers juga ke? Saya pun. Follow lah saya punya blog.
Cuib       : yeke?! (teruja) Hehe....tapi kenapa awak tak online? awak tak bawa laptop?
Wanita   : oh! tak ada battery. lagipun sekejap je ni. saya ada hal lain. saja singgah makan.
Cuib       : okay...kalau camtu bagi lah link awak...saya follow sekarang.

Sebaik Cuib hulurkan laptop ke Mia, tiba2 handphone Mia berbunyi. Sms je. Mia membalas mesej nya sementara Cuib menunggu.

Wanita   : oh...maaf ye. saya kena pergi sekarang. eh tapi apa awak tanya tadi. link nya ya? (sambil mengangkat barang2 nya.)

Sebelum beredar dia meninggalkan link di laptop Cuib. 

Wanita    : okaylah. nanti awak tengok ye? saya kena pergi sekarang. bye2

Mia terus beredar meninggalkan Cuib. Cuib rasa gembira kerana mendapat link blog Mia. Beliau merasakan beliau ada peluang yang cerah untuk mengurat Mia yang cun itu. Dia terus menekan ENTER untuk masuk ke blog Mia.


Cuib   : WTF?!

11 ulasan:

Bella ♥ berkata...

hakhakhak baik punyeeeee awek! tips tips nak lari dari seorang pengorat tegar! hahaha

Mr. N berkata...

betul3... ahahaha....

Nur berkata...

hahahha.....bagus btul la....ko ke cuib tuh??ngeh3

Mr. N berkata...

bkn la... ni cme crte gurauan :P

farah berkata...

hebat ah perempuan tu .

Mr. N berkata...

ahahaha...hebat ke?

payeen berkata...

baek nya hati pmpn tuh. kalau aku mesti xlayan. sombong kan? ha ha

Mr. N berkata...

dy kesian kot... atw mgkn pmpn tu bosan sorg3 ..hihihi

Robot | Sakti berkata...

keh keh keh.
terkena beb.

Post Terbaru Kenapa Lelaki Macho Perlu Pakai Jam Tangan

Mr. N berkata...

:D pdn muke

sembil9n berkata...

ahahaha...hebat ke?