Penghujung-hujung hariku.

Aku tak tahu kenapa 2-3 hari ni aku rasa sedih je. Sampaikan nak tulis entry pun terasa kurang seronok lah. Macam aku rasa kehilangan. Hilang apa? Aku belum tahu lagi. Aku tengok duit aku semua ada, baju2 aku ada lagi tak ada pun yang hilang. Jadi apa yang hilang. Kekasih? Emm~ aku ada awekkah? Aku single tak avaiable kan? Ish~! Musykil hatiku. Tertanya2 apa sebenarnya yang ku rasakan ini. Wah, ayat tak tahan.

Kalau anda semua nak tahu, aku sebenarnya akan pulang ke rumah esok 15hb sebelas. Tapi belah malam lah. Kiranya harini hari last aku kat kampus ni lah. Ntah kenapa aku rasa aku tak kan jumpa lagi Apartmen YPK yang kami duduk sejak semester 2. Dan juga ntah kenapa aku rasa aku  takkan jumpa lagi kampus aku semester depan. Ha, mesti korang fikir aku semester akhir kan? Aku baru semester 5 lah, ada satu semester lagi patutnya. Ish~ aku pun dah habis paper aku awal gila. Orang lain baru nak mula, kami dah habis dah boleh relax2 je. Tapi aku sengaja balik lambat. Kawan2 aku majoriti dah balik dah. Ish~ tengok diorang balik pun aku rasa sedih. 

Kenapa dengan aku? Aku tak buat dengan betul semester ni. Aku rasa teruk gila semester ni. Ntah apa benda ntah yang block kepala aku. Aku tak boleh selesaikan kerja2 aku. Semua benda aku tak siapkan. Malas tu perkara biasa, tapi kali ni aku rasa macam ada benda yang buatkan aku tak boleh siapkan kerja2 tu. Ish! Nak kata aku tak boleh buat, aku ni kaki buatkan kerja orang. Ada beberapa junior aku punya kerja aku siapkan. Aik?! Boleh pulakkan? Tapi bila aku buka je kerja aku...*teng!*... Aku jadi seperti FREEZE, pelik lah!

So- dengan ini aku nak ucapkan ribuan kuasa dua terima kasih kepada tenaga pengajar semua yang selalu marah saya dan kata "kenapa kamu ni Nine?", serta pada rakan2 aku yang selalu support aku dan yang sampai tak tahu nak kata apa dengan aku lagi. Tak lupa pada si dia yang . . .walau sekadar kawan, dia lah yang selalu tanya itu ini dan tanya aku "...agak2 dapat tak gred sem depan?". Ish~ sedih nya hati aku, masa ni lah nak nangis. Haha~ apa lah aku. 

Jika kawan2 aku ada lah membaca blog ni, aku nak bagi tahu korang. "Aku pasti merindui korang. . .". 

Ni istimewa untuk bebrapa rakan aku yang aku rasa special sikit. Sebab mereka ni selalu bagi kata2 semangat dan selalu cakap aku boleh pergi jauh. Haha~ Yes, man! I can go far, far enough until nobody catch me! I promise you guys. I promise! 

Dan kepada yang singgah baca blog aku, jangan bimbang. Selagi line internet ada. Aku akan buat entry lagi. Hehe~ Aku ada cerpen nak kongsi dengan member2 blogger. Tapi tunggu siap. Lala~

7 ulasan:

azwa_amani berkata...

9..cepat siapkan...amani dah terlebih excited nie nak bace cerpen tue..amani pun balik besok...cehh..x tanyer pun kan..hehehe..xper..saje nak bgtau.:P

Nurulbadiah Lai berkata...

nak tisu cakap okey..nk kesat air mata kn.hehehhe..
meh singgah blog nurul..cuci mate..ngeee

sembil9n berkata...

sabar2 huu~ amani kne bersabar.... sbb tgh menenagkan diri... :D

Nurul..thx bg tisu... :) sy dtg blog nurul ...

Heidi Shafiq berkata...

hehe..:)

sembil9n berkata...

@Heidi Shafiq hehe jer ? :)

sembil9n berkata...

@Heidi Shafiq hehe jer ? :)

Nurulbadiah Lai berkata...

nak tisu cakap okey..nk kesat air mata kn.hehehhe..
meh singgah blog nurul..cuci mate..ngeee