Pilu.

Hah~akhirnya tinggal aku seorang je dalam bilik ni. Semua dah balik rumah masing2. Aku kejap lagi berangkat lah kot. Hmm, aku rasa sedih gila lah pula. Lagi2 bila si dia tak menjawab persoalan aku beberapa hari lepas, bila dia akan balik. Pagi ni aku mesej, rupanya dia dah dalam bas dan dah bertolak pun. Terkilan gila aku, aku tak sempat nak jumpa dan sampaikan sesuatu pada dia. Dia tak tahu yang semester ni berkemungkinan semester last aku. Hmm, aku call dia...tanya kenapa tak bagitahu awal2. Tapi jawapan dia membuatkan aku lebih rasa terkilan. Aku sedar apa aku pada dia. Tak apalah. Asalakan senyuman dia sentiasa terukir pun aku dah cukup bahagia. Hmm~ yup, I'm happy for her.

Aku ingat pilu aku tu boleh berkurang bila aku nak menari2 kejap, tiba2 masuk pula 'E' si kucing hitam tu ke bilik ni. Sedihnya aku tengok dia, dia panggil2 kawan aku tu. Aku bagitahu E yang dia dah balik. Dia macam paham dan duduk termenung. Lepas tu dia terus cari, sambil buat bunyi2 sedih dia. Ah~ aku rasa nak nangis je...eh jap...memang dah mengalir air mata aku. Sebab aku rasakan macam semua ni aku takkan jumpa lagi. Hmm...sabar je la.

Bila aku buka blog. Lagi lah aku sedih, korang belum lagi masuk CONTEST aku tu. Baru dua orang. chentamiera dan Tok Esah je yang baru masuk. Ha? Korang tak tahu contest apa? Okay lah aku terangkan pada korang semula:


Aku buat julung2 kalinya nak buat contest, tapi aku tak ada hadiah pula nak bagi. Haha~ jadi aku ingat nak bagi perkhidmatan design percuma untuk si dia yang menang contest ni. Boleh tak? Sebenarnya ini untuk suka2 je, sebab nya aku nak bagi nama pada karekter hijau tu. Nampak tak? Hehe~ harap korang boleh membantu dia mencari identitinya sendiri.  

Jadi syarat2 nya:
  1. Sila buat satu entry dengan bertajuk "Contest untuk . . . .Siapa?"
  2. Sila terangkan berkenaan contest ini, kurang2 pun syarat2 dan apa yang perlu buat.
  3. Sila letakkan gambar diatas tu bersama entry berkenaan.
  4. Yang utama adalah berikan nama untuk karekter hijau berkenaan, dan mengapa namanya sedemikian. Reka satu cerita mengenai latar belakangnya secara ringkas ikut kreativiti anda.
  5. Akhir sekali tinggal kan link ke entry ini.
  6. Tarik tutup adalah pada: 21 November 2010, 12 tengah hari.
Mudahkan? Apa gunanya latar belakang dia? Sebab nak nampakkan karekter ni macam hidup. Hehe~ ala...macam dalam komik, mereka cipta karekter dan buat proses ni. Eh, bukan proses masuk contest ni. Tapi cipta nama dan latar belakang. Jadi, anda berminat nak sertai? Marilah...penyertaan anda amat dialu2kan.


Sebagai penambahan hadiah : Reload Card RM10. 

4 ulasan:

rainbowskittle berkata...

jangan lah pilu pilu !

sembil9n berkata...

awan yang terpilu~

Syazwana berkata...

jangan sedih-sedih..
kite nak join tapi tak kreatif la..
plus tengah bz sekang ni..
nanti kalau ade mase kite try join okey
:D

Syazwana berkata...

jangan sedih-sedih..
kite nak join tapi tak kreatif la..
plus tengah bz sekang ni..
nanti kalau ade mase kite try join okey
:D