Tangis Kucing Itu.

Jam tunjukkan pukul 11.03minit pagi. Ahaha~ aku baru bangun. Aku rasa tekak aku pedih2 mungkin sebab semalam kurang minum air. Aih~ dok asyik berblogwalking...sampai lupa minum pula. Tak apa. hari ni aku dah letak botol air sebelah aku. Sumpah aku akan minum. Tapi aku nak cerita ni, bangun2 je dari tidur. Aku trus adap laptop aku yg duduknya kat kepala aku...tggal pusing dan meniarap je. Hehe~ aku buka dulu entry2 kawan2. Menarik2 tapi paling menarik entry Si Mata Bulat yang bertajuk Kalau dirompak tatkala di mesin ATM. Satu info yang best. Aku pun kongsi lah info ini kat Facebook. Kepada Si Mata bulat, hai...aku letak link ke blog ko juga di Facebook!

Sedang aku mengadap2 laptop, aku dengar satu tangisan. Tak lah seram sebab dah tengah hari ni. Cuma pelik dari mana. Bunyi je macam "eoww~ eouw..~" sekali kucing daa... Kawan aku pergi mandikan kucing tu. Kucing tu memang takut air. Info lawak tentang kucing hitam dirumah ini adalah:
  • Kami namakan kucing tu 'E' sebab asalnya ada 2 ekor kucing. Dia ikut kawan saya dari 7E sampai rumah. Jauh tu jalan. Jadi kitorang namakan ia '7' dan 'E'. Tapi '7' dah tinggalkan kami. Sekarang E je yg setia.
  • Si E ni akan tidur dan makan di rumah ini. (Kami tinggal rumah appartment murah) Tapi kalau kami tak ada makanan untuk dia. Dia akan keluar. Dia nak keluar, dia akan panggil kitorg buka kan pintu sambil pandang2 dengan mata bulatnya. Kalau nak masuk pun dia akan panggil2 kami. Kadang2 dia macam ketuk2 pintu, tapi sebenarnya cakar2.
  • Lagi satu, E ni jauh mana pun dia pergi waktu malam akan balik rumah juga. Bukan nak makan ke apa. Tapi nak tidur. Dia akan tidur dikerusi. Tapi kadang2 dia pergi naik katil dan tidur dengan kawan saya. Mungkin dia takut kut. 
  • E ni pantang nampak orang makan mesti dia pandang je. Pandang pastu bunyi "eowuuu~" atau maknanya. "Boleh minta sikit?" biasanya kawan saya bagi. Tapi saya tak. Si E tak kan minta lagi kalau kita kata tak boleh. Dia akan balik ke kerusi dia dan mengadap ke tempat lain. Merajuk la konon. 
  • Ada masa kucing ni diam je tak bertindak balas. Ada masa dia lincah, main2 dengan apa2 yang dia nak main. Tak matang betul. Padahal besar dah.
  • E pernah bawa kawan balik. Rupa dia lebih kurang, tapi sebab kami dah biasa dengan E kenal dah. Lawak kan.
  • Yang paling lucu tentang E adalah E takut nak lalu depan bilik air, lagi2 bila dengar bunyi air. Dia takut sangat. Kalau dia lalu depan bilik air, elok2 tengah berjalan tiba2 dia berlari sikit untuk melepasi depan pintu bilik air lepas tu. Kalau kawan aku angkat nak bawa dia ke bilik air, dia akan menggelupur. Lepas tu nanti dia bising. Macam budak2 yang tak nak mandi. Lucu betul.
Jadi tadi kawan aku pergi mandikan dia, dia diam je tapi dia akan bunyi macam menangis. Huhu~ sedih je bunyi kucing tu. Tapi, dalam tempoh 3-4 hari lagi E akan sunyi sebab kami nak balik cuti semester. Ish3~ moga dia dapat tuan yang baru dan baik.

4 ulasan:

payeen berkata...

E takot lalu bilik air sebab E takot ter nampak bende2 xpatot. ha ha. serammm.

sembil9n berkata...

iye ke? hehe...dy takut air sbnrnye :D fobia nk mandi....

Xana berkata...

maceh sebab link kan..

Xana berkata...

maceh sebab link kan..