International katanya.

Adakah anda faham dengan maksud aku 'International' tu? Memang agak ada kaitan dengan Global, Antarabangsa dan lebih kurang macam tu lah. Haha~ tapi sebenarnya ia lebih pada konteks PATI. Ye~ Penduduk Asing Tiada Izin. Hehe~ Kenapa aku kata penduduk bukan pendatang? Sebabnya aku rasa mereka ni dah lama dah duduk kat Malaysia tapi tak balik2 kan? Apa yang best dengan Malaysia berbanding negara mereka? Kalau bagi kita memang rasa macam tak ada apa je Malaysia ni, sama seperti negara lain mungkin. Tapi selepas aku menemuramah beberapa pekerja dari negara lain, aku dapati memang mereka ni gila2 suka Malaysia.

Satu benda yang mereka suka dengan Malaysia adalah peluang kerja. Eh~banyak ke peluang kerja kat Malaysia? Kenapa ramai pula katanya lepasan Universiti banyak menganggur, tiada kerja? Haha~ sebenarnya memang banyak kerja. Untuk orang PATI ni, mereka tak memilih kerja. Apa ada mereka layankan je. Yang penting dibayar gajinya. Bagi mereka RM400 pun dah kira banyak dah, dah boleh beli HP touchscreen lagi. Haha~cuba pelajar lepasan ijazah tu dapat gaji setakat RM400 sebulan? Nak ke mereka? Tak ada maknanya, aku pun tak mahu. Hehe~ seperti tak berbaloi sangat kan. PATI ni majoriti berasal dari negara yang miskin dan mata wangnya jauh lebih rendah dari kita. Jadi, RM400 tu sampai kat negara mereka pun dah cecah ribu2 dah. Kira2 boleh la juga tampung keluarga sikit2. Kalau kita, RM400 tu bayar sewa rumah je, bil air, letrik, makan, kereta dan tengah bulan habis. Hehe~ biasa tu kan?

Aku ada kenal seorang mamat Kemboja ni, sampai sekarang dia masih kerja kat pasar raya yang sama. Tapi dah ada kemajuan sikit, dia dah ada basikal yang dulu cuma jalan kaki. Haha~ Kalau jumpa masih berborak lagi. Baik juga lah dia tu, tapi aku kesian dengar cerita dia. Dia kata di negara dia, dia duduk kampung dan dalam kampung tu tak seperti kampung di Malaysia. Kereta jarang masuk, cuma ada motor itu pun tak mampu. Ish~ lepas tu dia nak datang Malaysia susah, kena lalui pelbagai juga lah. Siap gadai kebun untuk sampai Malaysia. Gila lah~ Untung kita duduk Malaysia. Senang pun senang walau tak lah senang sangat kan.

Anda memang sepatutnya bersyukur lahir2 jadi warga negara Malaysia dan duduk best je. Parent kerja, dan kira mampu lah sara anda semua kan. Cuba bayang kan anda di tempat mereka. Aku memang sarankan anda kawan dengan orang2 dari negara lain supaya anda tahu betapa beruntung nya duduk di Malaysia. Hehe~ Patriotik tak aku malam ni? Aku saja je nak cerita tentang PATI ni. Hehe~ tak ada motif sangat.

3 ulasan:

Cik Eka Katsumi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cik Eka Katsumi berkata...

saya suka blg awaklah!
hehe..

http://ekahafizy.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

Cik Eka Katsumi berkata...

saya suka blg awaklah!
hehe..

http://ekahafizy.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html