sembil9n punya Tips. . .basuh baju tanpa mesin basuh.


Haha~ kali ni. Aku pula nak bagi tips pada sesiapa saja yang nak tengok lah. Entry ni memang aku nak bagi tips lah kepada anda2 yang malas seperti aku ini. Ia mengenai basuh baju, aku nak buat tips ni sebab aku baru basuh baju petang tadi. Ntah berapa lama baju aku tak basuh. Baju yang aku nak pakai je aku basuh. Yang lain terperosok di mana2 yang aku campak. Ish3~ 


Oleh itu, marilah sama2 lihat bagaimana sembil9n bagi tips pada anda. Lucu rasanya. Basuh baju pun jarang2 nak bagi tips. Ish2 tapi tak apalah, aku akan buat juga tips ini.


  1. First, kena kumpulkan semua baju2 yang anda nak basuh. Jangan campurkan baju yang anda taknak basuh dengan yang nak basuh. Kenapa? Sebab nanti akan membanyakkan kerja anda untuk membasuh baju yang tak nak dibasuh. Jadi, ambil baju yang nak dibasuh dan letakkan didalam baldi yang besar sebelum dibawa ke bilik air.
  2. Letakkan betul2 dibawah kepala paip atau anda akan membazirkan air yang tak memasuki didalam baldi. Isikan air jangan sampai penuh, hanya isi lebih satu jari telunjuk dari paras baju2 yang hendak ni basuh. Kalau terlebih, ia satu pembaziran. Ingat tu!
  3. Seterusnya, tutup air dengan kemas dan masukkan sabun. Tiada sabun basuh? Tak apa, ada shower gel? Masukkan kedalam air. Jika tidak ada shower gel, gunakan syampu juga boleh. Apa yang penting adalah baju2 itu berbau wangi.
  4. Masukkan tangan anda dan pusing2kan baju2 didalam  baldi. Mimikkan pergerakkan mesin basuh. Pusing kan laju2 dan berhenti serta merta sebelum membalas pusingan. Ulang perbuatan itu bebrapa kali. Ini adalah untuk memastikan setiap baju ada terkena partikal2 sabun didalam air.
  5. Masukkan kedua2 tangan dan angkat satu persatu baju basuhan dan gosokkan baju tersebut dengan tangan serta celup kedalam air beberapa kali. Buat sedemikian kepada semua baju yang ada. Jangan tertinggal satu pun.
  6. Seterusnya, kurangkan sedikit air dan pusingkan lagi sekali seperti Step no 3 cuma kali ini. Lebihkan pusingan dan lebih laju. Ini adalah untuk memastikan baju basah keseluruhan.
  7. Angkat satu persatu baju dan pulas baju tu kuat2 sekuat yang boleh sehingga tiada lagi air yang keluar dari baju. Tujuan ini adalah untuk mendapat kan tangan seperti Ben Ashaari serta mengurangkan titisan air ketika proses pengeringan.
  8. Setelah itu, sampai lah masa untuk sidai. Bak kata mak aku, sidai bukan jemur. Tak kira lah hari hujan atau panas, baju yang dibasuh hendaklah disidai. Kerana lambat laun ia akan kering juga. Jadi, ikutlah kata mak aku. Dan satu tips dari aku. Jika ampaian anda berlapis, mulakan sidai dari yang belakang kerana untuk memudahkan anda menyidai baju2 basuhan itu tanpa membasahkan baju yang anda pakai.
  9. Akhir sekali, apa lagi...tunggu kering lah. Dah kering cepat2 angkat. Jangan biar sampai esok lusa baru nak angkat. Kalau tak baju anda boleh reput.
Jadi itulah serba sedikit sembil9n tips basuh baju dengan tangan. Aku kata baju. Bukan seluar. Basuh seluar lain sikit. Tu nanti lah aku tulis dalam entry lain. Terima kasih kerana jamah. Selamat mencuba!

9 ulasan:

Nur berkata...

pergh...konfem bile buat step 4 tuh byk kali...x bgn2 tido esoknya..hahaha

sembil9n berkata...

heee.... kalau ade 5 trip basuh baju..ye..konfirm xbgn :)

Nurulbadiah Lai berkata...

kelakar giler..hahahah

Robot | Sakti berkata...

nice tips.
keh keh keh

Post Terbaru Kenapa Lelaki Macho Perlu Pakai Jam Tangan

sembil9n berkata...

hehe...thx sggh ye kwn3

ain fathihah berkata...

hahaha sengal ja.

sembil9n berkata...

tips terbaik ni ain.. XD ngee~

sembil9n berkata...

tips terbaik ni ain.. XD ngee~

sembil9n berkata...

heee.... kalau ade 5 trip basuh baju..ye..konfirm xbgn :)