Siapa pernah tengok filem tu? Eh~ Tu aku translate direct ke bahasa melayu, tapi tajuk sebenar dia adalah ‘Persuit Happiness’. Aku sangat2 suka cerita tu. Sampai leleh wo! Kisah benar mengenai seorang ayah dan anaknya. Beliau Chris Gardner yang dilakonkan Will Smith bersama anaknya yang juga melakonkan sebagai anak yang bernama Christoper.
Dalam filem tu mengisahkan seorang ayah yang bersusah payah untuk mendapatkan kerja untuk kebahagiaan hidup mereka. Satu2 perkara malang menimpanya sehingga kalau kita tengok rasa tak tertanggung lah! Ish~ Aku terfikir bagaimana orang sebenar tu menanggung ujian tu sebab ini kisah betul yang dilakonkan semula. Gila hebat lah.
Usaha yang dia buat membuahkan hasil dimana akhirnya dia berjaya mendapat kerja sebagai broker saham di sebuah syarikat. Bagi dia, itulah titik permulaan kebahagiaan hidup dia. Sebab lepas dari tu, dia berjaya membuka syarikat sendiri yang telah melibatkan keuntungan berjuta dolar. Sangat2 hebat!
Aku kagum dengan orang macam tu. Aku sangat2 admire, aku harap aku punyai kekuatan seperti dia untuk mengharungi hidup dan mencapai kebahagiaan! Huu~ Aku dah ulang cerita tu lebih 10 kali, tiap kali aku rasa aku down aku tengok. Sebab cerita tu sangat2 membakar semangat.
1 ulasan:
owhh...aku nak tengok crita nih...memang best...dia mengajar kita untuk bersyukur....
Catat Ulasan