(Info) Pulau yang banyak tikus?

Pernah dengan tak Pulau Tikus? Kalau anda kata di Penang tu memang betul tapi aku maksudkan tentang Pulau TIkus di Alaska. Di panggil Hawadax dalam bahasa Aleut iaitu bahasa orang belah2 eskimo sana. Pulau seluas 26.7095 kilometer persegi ini tidak berpenghuni tetap selain dihuni oleh ribuan tikus! Dengar banyak tikus pun dah rasa tak best kan? Cuba bayangkan pulau yang cantik dan tenang tapi ada banyak tikus.

Pulau ini di beri nama Pulau Tikus oleh seorang pelayar, Captain Fyodor Petrovich Litke semasa pelayarannya keseluruh dunia pada tahun 1827. Tikus2 yang ada dipulau itu bukanlah spesis asal pulau tersebut. Tikus2 itu telah bermigrasi dari sebelum 1780 lagi dengan mengikut bangkai kapal Jepun yang tersadai di pulau itu. Kehadirannya mengganggu populasi burung2 di situ dimana membuatkan bilangannya semakin berkurang. Ini kira macam PATI yang datang kenegara kita dan buat hal dan jejaskan nama negara. Burung2 disitu secara semula jadinya tidak ada pertahanan untuk melawan tikus sebab pulau tu asalnya tak ada tikus macam tu.

Bayangkan lah tikus2 yang selalu kita nampak dalam longkang tu; Tikus yang di gelar Brown rats tulah yang berhijrah ke situ. Bukan tu je, tikus2 tu juga telah merebak ke sekurang2nya 16 pulau di sekitarnya. Tikus ni pandai berenang! Ish~ Dasyat betul tikus ni.

Tapi sejak tahun 2007, pihak Fish and Wildlife Service telah merangka plan untuk membanteras tikus2 dari terus menular di kawasan itu. Kalau dibiarkan, ia akan merosakkan rantai makanan dan akan berlaku perubahan ekosistem disitu.

Dan akhirnya pada 2009, pulau itu telah di istiharkan bebas tikus buat kali pertamanya selama 229 tahun! Mak aih~ berapa generasi dah tikus tu kat situ ye? Kalau tikus tu berakal, sah2 dah terbina satu negara maju dah. Tapi pengistiharan ini akan disahkan kembali dalam satu jangka masa. Ini untuk memastikan pulau itu betul2 bebas tikus. Pada musim luruh berikutnya, sebuah helikopter telah menyebarkan racun untuk membunuh tikus selama satu minggu. Keberkesanannya dapat dilihat dari pengurangan populasi tikus itu dan peningkatan spesis burung2 yang memang tinggal disitu.

P/S : Halau je anasir jahat yang selalu ganggu ketenteraman negara kita. SIlap2 dia lebih ramai dari kita dan secara tidak langsung menjajah tanah air kita!

6 ulasan:

Cik SCC berkata...

tikuSsss....gelinyee...
tapi comel:)
hahaha

Unknown berkata...

patut tunjuk skali gmbar brape byk tikus kat pulau tu..ngehh..

Jom Tengok Kartun: Doraemon Movie 2010 [Download]

Syazwana berkata...

geli tikus.
huhuhu

Cipina berkata...

dasyatnya..

Miera Hassan berkata...

ish..msti ada pnyakit kencing tikus kt ctu kan..hihi

iniialahaku berkata...

aiyak...hebat gla tikus tu..kat pulau pon leh hidup..mmg rsanya dah berevolusi habis dhla..229 taun lma gla