Ramai tak yang dengar cerita rumor ni? Aku rasa ramai je yang dah dengar cerita ni, dari pelbagai sumber lagi. Atau ada yang belum dengar lagi cerita ni? Pelik tu kalau anda tak tahu lagi kisah ni. Okay, aku bagitahu sikit apa yang tersebar kat serata dunia tentang Neil Armstrong ni.
Seperti yang semua tahu Neil Armstron adalah orang lelaki pertama menjejakkan kaki ke permukaan bulan. Waktu dibulan, rumor mengatakan yang Neil terdengar bunyi yang dia tak pernah dengar dalam bahasa yang dia tak faham. Dan katanya dia menemui rekahan yang panjang seolah2 bulan pernah terbelah. Setelah dia pulang ke bumi, dia disambut dan dirai seluruh dunia. Dan membuat penjelajahan. Bila dia sampai di tanah arab, dia terdengar bunyi yang sama dia dengar di permukaan bulan. Dia pun bertanya pada warga tempatan bunyi apakah tu. Warga tempatan tu menjawab itu adalah azan iaitu panggilan untuk menunaikan solat. Dia terkejut dan kata rumor tu dia memeluk Islam selepas hal itu. Rekahan yang dikatakan didalam rumor tu adalah hasil dari mukjizat Rasullullah S.A.W. yang membelah bulan dengan tangan nya dan cantumkannya semula. Tapi persoalannya sekarang adakah Neil benar2 memeluk agama Islam?
Berdasarkan kajian aku dari beberapa sumber yang berlainan, Neil Armstrong dinafikan sebagai orang Islam. Tambahan lagi, Neil tidak mendengar apa2 bunyi di bulan serta tidak menemui rekahan panjang itu. Jadi mana pula datangnya rumors tu? Rumor ni hanya berlaku di dunia Islam dan tersebar luas. Sehingga sekarang media masih mempersoalkan persoalan itu walau dah berbabagi2 dan pelbagai pihak menjawab yang persoalan dari rumor itu tidak benar.
Tapi benar ke jawapan rumor ni? Allah je yang tahu~
2 ulasan:
Wallahualam..
uish ya ka ni..tak caya ja..yea betul tu Allah saja yg tahu
Catat Ulasan