Ah, akhirnya aku mampu tersenyum kerana usaha aku sendiri. Aku teramat jarang berpuas hati dengan hasil kerja aku membuatkan aku cepat putus asa. Apa pun aku lakukan biasanya hanya hangat2 tahi manusia (hangat ke eh?). Tapi bila aku pada usia 20 kini, aku rasa aku harus serius dalam segala yang aku lakukan. Dan aku merasakan pemikiran aku lebih matang tapi kelakuan aku tak juga. Kini aku lebih fikir jauh bila melakukan sesuatu, segala yang aku buat kini merasakan seperti ada satu tenaga dari dalam yang membuat kan aku tak mengalah. Pengalaman2 selama aku hidup mungkin menjadikan aku macamni. Dan hari ini aku boleh tersenyum bila aku berjaya mendapat 99 Follower (ketika tulis) sedangkan aku baru 2minggu berblogging. Aku juga berpuas hati apabila setiap entry yang aku tulis walau aku rasa mengarut, mempunyai komen2 dari rakan2 blogger ku walau hanya satu dua komen je.
Terima kasih kepada pengikut2 ku, tapi aku minta maaf untuk tempoh beberapa minggu ni aku mungkin kurang sikit entry aku. Sebabnya aku ada di rumah aku yang kurang line 3G ni, jadi internet susah sangat nak sambung. Aku nak follow anda balik pun belum boleh kerana aku tak berjaya buka blog anda2. Maaf lah sesangat ye! Aku janji aku akan buka satu persatu sesiapa yang ikut aku dan aku akan ikut mereka semula. Selambat mana pun, aku akan ikut juga nanti.
2 ulasan:
wah! kejap je eh follower kamo dh mencecah seratus org.
tahniah2! :D
wah! kejap je eh follower kamo dh mencecah seratus org.
tahniah2! :D
Catat Ulasan