Bagi aku, betul kata itu En. Ben...
Kadang2 mentaliti setengah orang menyatakan bahawa 'Aku mesti masuk U...' sebabnya die fikir dengan cara tu je dapat tingkatkan taraf hidup. Walhal, rezeki ada di mana2 Allah SWT dah pun tetapkan rezeki setiap orang. Tapi aku tak bermaksud tak perlu ke U untuk bekerja ke apa. Sebab kalau nak jadi doktor, belajar sampai tingkatan 5... memang sah lah dibelakang klinik bukan dalam klinik.
Sesetengah perkara kita hanya boleh belajar sendiri dan berbekalkan usaha. Tup2 jawatan atau gaji orang yang tak masuk U lebih tinggi dari orang masuk U. Melihat dari permasalahan ini, aku rasa antara punca ramai penganggur lulusan ijazah sarjana muda adalah kerana mereka berfikir 'Aku mesti masuk U...' di usia mudanya. Bila dah masuk U, mereka kurang berminat dengan jurusan yang di ambil membuatkan kosentrasi tidak capai 95%. Ni berdasarkan pemerhatian aku bila duduk U. Dulu time sekolah aku selalu fikir kenapa belajar kat U pun tak dapat kerja? Dan orang akan menjawab, mereka terlalu memilih. Itu satu punca juga, tapi rasanya bukan itu punca utama. Punca utama memang dari hati dia dimana jurusan yang dia capai tu bukan yang betul2 dia minat. Ish3...
Aku ada ramai kawan yang habis SPM je, dah tak sambung U. Dulu aku fikir, bagaimana masa depan dia? Takkan nak kerja di pusat beli belah atau kilang atau apa2 yang berpendapatan rendah? Tapi tanggapan awal aku tu silap, majoriti mereka dah pun ada pendapatan yang membanggakan. Ada yang sekarang gaji sebulan RM3K, ada yang lingkungan RM1K seminggu, ada juga yang satu hari RM200-400. Mak aih~ mereka usaha sendiri. Mereka belajar sendiri. Berniaga, belajar ikut orang atau cari la mana2 sumber. Huh~ cemburu aku. Aku yang belajar U ni belum tentu keluar dapat kerja. Kalau keluar pun tahu2 baru nak mula sedangkan dia dah jauh maju.
Tapi apa2 pun itu rezeki dia. Rezeki kita siapa tahu. Sebenarnya apa yang penting
5 ulasan:
lain orang lain rezekinya bergantung jga :)
nak gantung mana efa? :P
BERGANTUNG PADA NASIB LA...
ooouh~ hee~
nak gantung mana efa? :P
Catat Ulasan