Drama itu sedih.

Hari ini adalah hari yang aku rasa agak bosan sikit. Oleh yang demikian, aku pun memicit2 lah remote Astro aku tu. Satu demi satu channel aku tengok, tak ada pun yang menarik minat aku nak tengok. Kalau ada pun, kebanyakan nya dah nak habis. Haha~ Channel kegemaran aku di Astro ni adalah AXN, channel Warna, Citra, Ria, Prima, Nickelodeon, Disney, Cartoon Network, Ceria, dan semua channel2 dalam Learning Package (National Geography, etc.). Akhirnya aku pergi ambil broadband aku dan cuba install pada PC lama aku yang aku tahu gila lembab. PC aku ni mak aku beli masa tu aku sekolah menengah. Rasanya masa tu aku tingkatan 1 kot. Aku tak suka PC ni sangat kerana PC ini RAM dia bawah 1GB. Sepupu aku kata, PC ni adalah PC gila2 BASIC! Jadi, anda faham2 lah kan. Tapi petang tadi aku berjaya install Broadband aku pada PC ni walau ambil masa lebih 1jam untuk install. Aku pun buka blog aku sekejap.

Tapi itu bukan perkara utama aku nak cerita. Aku nak cerita tentang drama petang tadi yang kau tonton kat channel PRIMA. Tajuk drama itu adalah "Nawaitu Aidil Adha". Sedih gila cerita tu, nak mengalir juga lah air mata aku bila tengok. Aku ni memang sensitif sikit. Hehe~ emosi yang tak kuat sangat. Tapi aku still lelaki lah! Ish3~ okay. Aku tak tengok dari mula sebenarnya, jadi tak boleh review betul2. Aku bagitahu yang aku tengok je lah.

Cerita ini mengisahkan tentang satu keluarga sebelum raya haji. Ada Bapa tunggal, seorang kakak, dengan 1 adik lelaki dan 2 adik perempuan kecil. Bapa dia ni berhajat nak buat korban untuk anak2 dia. Dia berhabis semua wang yang dia ada untuk beli lembu dengan kawan dia. Bapa dia ni ada lori, tapi rasanya dia berhutang dengan Abang sulungnya (Pak Long). Pak Long nya ni jahat. Dia kaut sikit2 harta si Bapa ni kononnya untuk bayar hutang. Tak cukup dengan tu, si anak lelaki dia tu pulak nakal. Pukul anak orang dan orang kampung minta ganti rugi dengan Bapanya. Dah la Bapa tak ada duit. Tapi last2, disebabkan anak lelakinya tu merajuk, budak tu lari dan menangis di suatu tempat. Di situ dia terjumpa Mat Ketam. Budak tu berkawan dan belajar menangkap ketam dengan Mat Ketam tu. Dari situ budak tu kumpul duit untuk bantu bapanya beli lembu. Dia berjaya mendapatkan sedikit duit dari hasil jualannya. Kerana dek seronok mengira duit sambil berjalan, dia tak sedar ada kereta meluru ke arahnya. Kereta tu dipandu Pak Long yang sedang bergaduh dengan bininya. Pak Long melanggar Budak tu di depan rumah Bapanya tu. Pak Long tak berhenti, sebaliknya terus beredar.

api aku tak berapa pasti sama ada Budak itu mati atau tak. Sebab di penghujung cerita, Pak Long nya datang dan serah kan semula harta Bapanya tu sambil menyesal. Bapanya tak memaafkan Pak Long dan terus mengajak anak2nya melihat Budak lelaki tu di Hospital. Ish~ entahlah. Yang penting cerita tu sedih! Huu~

Anda dah tengok ke cerita ni? Hehe~ ceritakan sikit2 mana yhang aku salah. Atau mungkin anda ada cerita drama sedih pilihan anda sendiri. Kongsi lah dengan aku. Buat entry tentangnya lagi bagus. hehe~

2 ulasan:

azwa amani berkata...

amani lama dah x tgok tv 9..huhuhuhu :(

azwa_amani berkata...

amani lama dah x tgok tv 9..huhuhuhu :(