Cinta Ke Apa Ini?


Wah~ tajuk entry macam jiwang je bunyi kan? Aku harini ada mood nak berjiwang2 sikit, tapi awek pun tak ada. Sedih je bunyi kan? Ah, pedulikan itu. Single is better, orang kata lah aku tak kata. Haha~ sebab manusia perlukan teman. Betul tak? Siapa yang kata couple is trouble tu sebenarnya ada masalah. Hehe~ kenapa aku kata macam tu? Sebab dalam hati mereka kata perkara yang berlainan dari mulut dia. Betul tak? Aku tahu semua orang nak berteman, mana ada nak bersendirian. Semua nak kan kasih sayang. Aku tak maksudkan berkasih sayang dengan pasangan, tapi dengan perkara2 yang lain. Haha~

Hati manusia memang di ciptakan untuk menerima kasih sayang. Siapa yang tak nak diri disayangi dan menyayangi bagitahu aku? Biar aku basuh dia sikit. Haha~ Bukan apa, orang yang tak mahu sayang2 ni boleh bikin negara jadi perang tau. Ish3~ bahaya tu. Tapi aku yakin lah semua orang nak perasaan tu, kecuali orang tu bukan normal lah. Hehe~

Okay lah, kepada anda yang nak bercinta dan berkasih sayang tu, aku sarankan berpada2 lah ye. Jangan sampai anda masuk surat khabar kerana kes2 yang tak sedap di dengar. Tolong lah ye. Kami Prihatin. Hehe~ Untuk yang wanita tu, ingat2 lah bapa anda yang tanggung dosa anda tu ye, bukan teman lelaki anda. Selagi dia bukan suami anda, dia tak tanggung dosa anda. Dan kepad yang lelaki pula, jika anda benar2 cintakan kekasih anda, anda patutnya jaga dia dan lindungi dia. Bukan lindungi dari dirampas hatinya, tapi lindungi "segalanya". Dalam maksud aku tu, haha~. Apa2 pun ingat lah Allah, Dia Maha mengetahui. Aku ingatkan je. Maaf kalau aku salah. Hehe~ aku bukan bagus sangat kan?

2 ulasan:

dwatyKNY berkata...

"boleh pandang2,jangan pegang2, duduk renggang2.......

dwaty berkata...

"boleh pandang2,jangan pegang2, duduk renggang2.......