Aku sekarang dah kat rumah dah, dan aku agak bengang juga lah. Sebab aku sukar gila nak connect internet. Aku rasa aku dah bagitahu korang dalam entry yang lepas yang di kawasan rumah aku tiada line 3G untuk celcom. Kurang bijak lah celcom ni sebab tak memasang 3G di kawasan kampung. Ingat orang kampung tak reti buka internet ke? Dalam kampung ni banyak juga perusahaan kampung, mesti mereka ada blog dah untuk orang ramai buat tempahan. Ish3~
Tak kisah lah, itu bukan urusan aku, aku cuma boleh diam aja. Aku duduk rumah nak relax2 lah sikit. Tapi tak lah relax sangat, sebab aku kena sidai kain, basuh pinggan dan beberapa rumah yang lain. Maklumlah dah duduk rumah ni kan, kena lah buat kerja2 ni. Kalau tak buat sumpah mak aku mengamuk gila2.
Lepas buat beberapa kerja aku rasa lapar. Jadi aku nak memasak. Ye, aku nak memasak. Kenapa anda tak percaya? Aku boleh masak lah, tapi masak bujang style lah. Aku suka ambil apa2 yang ada dan jadikan satu masakan yang tak bernama. Haha~ Tapi, kali ni aku nak membuat Jemput2. Tapi ni bukan jemput2 yang biasa, sebab aku akan campurkan sedikit dengan bahan2 yang belum lagi orang masukkan. Mungkin ada juga, tapi jarang lah kot. Jadi dengan ini, aku nak bagi tahu bagaimana aku buat.
- Mula2 keluarkan semua barang dari peti ais dan tempat simpanan, seperti tepung, mangkuk, dan beberapa bahan lain (yang perlu)
- Masukkan tepung kedalam mangkuk. Ikut saiz yang anda nak, agak2 kalau nak masak banyak, ambil la bekas besar, jangan membazir!
- Masukkan air secukupnya dan gaulkan sehingga sebati. Yang aku tahu, air kena lebih banyak dari jumlah tepung tu sebab nya nak kasi cam cair sikit2 kan. Hee~
- Selepas itu, masukkan bahan lain yang anda nak, tapi kali ni aku masukkan Honey Star yang dah di hancur2 kan menjadi serbuk2 sikit dan gaulkan bersama sampai sebati ye puan2.
- Panaskan kuali sehingga nampak macam berasap sikit kuali tu Tapi ingat ye jangan besar sangat api tu, nanti rentung atau bahasa jawanya 'Gerseng!'
- Selepas minyak panas, anda ambil secubit demi secubit tepung tu dan masukkan kedalam minyak yang panas tu, nak guna sudu pun boleh ye Nanti ada bunyi letop2, cuba elak dari terkena letupan minyak tu ye, atau anda akan rasa pedih2. Hee~goreng hingga warna dia agak2 keemasan.
- Selepas nampak keemasan yang menyilaukan mata tapi tak boleh di gadai, anda hendak lah mengangkatnya. Yela, kalau tak angkat nanti rentung lah.
- Tos kan minyak nya untuk mengurangkan minyak yang diserap, dan berkemungkinan ini boleh merendah kan sedikit kolestrol nya. (pandai2 je)
- Letakkan di dalam bekas atau pinggan dan hias sebagai penyeri hidangan. Dan ia sedia dimakan.
5 ulasan:
hihihi..abes cemane hupdate belog nie???
wawawawa..greenos9 eka sedang memasak ar..hahahaha..
psttt eka pnggil org hijau ni greenos9 erk...hehehe..eka je boleh pnggil cenggini
aik takkan masak jemput2 jer nak jemput... raya sok taknak jemput ka???????
cik eka :D pggl la dy tu...stkt ni lom ad nme... heee~
@dwaty hehe...jemput la dtg...klw tw :P
awwww..jemput2! my favorito! hahaha
nyum2..makan petang2 mmg best
Catat Ulasan