SPM. . .add math??


Haha~ aku dengar esok budak2 SPm akan hadapi Add Math. Kan? Adik aku kan SPM. Tapi dia rilex je, hebat kot? Hehe~ aku ingat lagi dulu aku punya SPM, aku gila2 struggle Math je. Subjek lain aku baca ala kadar je, masa jawab muka kena konfiden. Haha~ orang lain tensen je tengok aku tenang. Dalam hati siapa tahukan?

Aku ingat lagi, add math masa SPM aku dulu. Pengawas kata mula je, aku masih lagi tengok2 orang. Lepas tu pengawas datang pada aku dan tanya kenapa tak jawab. Aku tunjuk pada dia "Shhh~" Lepas tu dia pergi. Aku pun buka dan tengok soalan. Tengok je pun sebab aku tak faham. Tapi tak tulis apa2 nanti orang kata apa pula, jadi aku pun salin soalan je. Lepas tu, aku tutup dan ikat kertas soalan. Aku tunggu sampai masa habis. Nak keluar awal pun tak tahu nak buat apa. Haha~

Anda ada tak pengalaman nakal2 atau jahat2 atau apa2 je masa tahun akhir di sekolah menengah? Buatkan satu entry boleh? Kita kongsi sama2. Tinggalkan link dalam entry aku atau shoutbox. Hehe~

Darah Tinggi? Alamak! 2


Aku makin risau pula dengan keadaan si dia yang semakin hari seperti semakin sedih. Aku tak suka bila dia sedih sebab aku akan rasa sedih sama. Tapi sebenarnya aku lebih pada rasa tak selesa sebab dia tak gembira. Aku memang tak boleh nak ceriakan dia pada waktu2 macam ni.

Kalau pun aku banyak duit, aku belum tentu dapat ceriakan dia. Seperti yang rakan blogger aku kata, kita tak boleh sembuh dari sakit darah tinggi tu tapi kita boleh cegah. Hmm~ agak2 mampu ke aku mengubah perkara tu ye? Aku belum banyak input lagi tentang sakit ni. Aiseyh~ ada sesiapa disini doktor? Tolong, aku perlukan doktor atau pelajar medik ke?

Baru Aku Tahu.


Pernah tak anda tengok cerita ni? The Most Extreme, di channel Animal Planet. Tak minat? Ish~ cerita macam ni lah bagus untuk ditonton. Dari anda tengok cerita Akademi Fantasia, atau mana2 rancangan realiti yang lain Aku rasa rancangan macam ni lebih realiti dari hiburan2 tu. Selain dapat tengok ke ajaiban ciptaan Maha Esa, kita dapat tambah perkara yang kita tak tahu. Betul tak? Jadi start lah langgan Learning Package di Astro. Haha~

Apa ada pada cerita The Most Extreme ni? Oh, setiap episod dia mengkategorikan haiwan ikut tema. Contoh malam semalam aku tengok, dia bertemakan haiwan mana paling lama boleh tahan lapar. Wah~ semalam aku dapat tahu yang kutu adalah haiwan yang paling lama boleh tahan lapar, iaitu selama 18 tahun! Gila kan? Ish3~ tapi ni bukan kutu yang pada kepala tu, kutu yang dalam hutan. Besar macam ibu jari, dan ia boleh hisap darah sampai dia tak boleh berjalan langsung. Maksudnya terlampau gemuk. Huih~

Kalau aku nak cerita, banyak dah perkara aku pelajari dari channel tu. Kalau kita nak cari sendiri dalam internet atau pun buku, mustahil untuk jumpa. Dan aku ni pula bukan mudah ingat perkara yang aku baca. Aku ingat secara visual, jadi aku lebih cepat belajar bila tonton TV. Tapi kenapa tak ada sistem pembelajaran visual di kelas ye? Kalau macam tu, sumpah aku senang faham. Ish3~

Alamak!

Dah dua kali dah tajuk entry aku macam terkejut2 ni. Apa pula kali ni yang mengejutkan aku? Haha~ banyak perkara mengejutkan aku sebenarnya. Tapi tak boleh la cerita satu2 kat anda semua, hilang pula privasi aku. Hehe~ tapi hari ni aku tak buka blog pada siang hari sebabnya adik aku sibuk main game dalam komputer ni. Aku pula duduk tengok TV je. Aku ada terfikir projek untuk ukir sesuatu dari foam bunga yang hijau tu. Tapi aku tak jumpa pula kat rumah ni kertas pasir. Datanglah malas aku bila bahan tak cukup.

Malam ni aku buka blog dan mendapati follower aku meningkat lah. Aku tak pasti sangat siapa yang follow, susah nak check sebab internet aku gila gaban slow. Tapi aku berjaya buka bebrapa. Wah~ blog mereka kemas2 dan cute. Bila lah aku nak susun blog aku kemas2 ye? Hehe~ belum ada masa lah. Lagi2 bila laptop tak ada, aku tak boleh buat design baru. Ish~ rasa kehilangan sungguh!


Inilah blog mereka. Haha~ aku lupa lah pula link mereka. Jap, aku check History. Ni link mereka:
  1. http://ainzulaikhas.blogspot.com/
  2. http://ishaserabut.blogspot.com/
  3. http://musheemurtadza.blogspot.com/
Aku rasa mereka adalah dari Group Blogger Tercinta. Kan? Haha~ terima kasih anda2 yang follow aku, mana aku tak sedar ke-follow-an anda, maaf ye. Jasa baik anda amat aku hargai.

Darah Tinggi? Alamak!

Siapa yang ada darah tinggi ni? Anda? anda? ish2~ dulu aku tak ambil tahu sangat tentang darah tinggi ni, mungkin kerana aku belum matang sangat untuk fikirkan permasalahn ni kot. Haha~ tapi harini, aku terdetik untuk mengetahui selepas si dia mengadu kepada aku yang bapa nya menghidapi darah tinggi. Ish~ aku jadi risau pula. Aku tak nak dia bersedih. Aku selalu bagi dia tips itu ini, tapi bila sampai penyakit yang berat. AKu jadi blur pula.

Jadi tatakala aku ada kesempatan. (Wah! Bahasa!) Aku men'google'kan berkenaan darah tinggi. Aku menanti page result dari google dengan penuh sabar. Setiap link keluar aku tekan dan baca. Teliti satu2. Dan aku tahu lah sikit2 mengenainya. Hmm~

Ada cara rupanya nak banteras. Tapi aku nak tulis malaslah, aku copy paste kan je ye. Hehe~

  • Kurangi konsumsi garam dalam makanan Anda. Jika Anda sudah menderita tekanan darah tinggi sebaiknya Anda menghindari makanan yang mengandung garam.
  • Konsumsi makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi.
  • Kurangi minum minuman atau makanan beralkohol. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, sebaiknya hindari konsumsi alkohol secara berlebihan. Untuk pria yang menderita hipertensi, jumlah alkohol yang diijinkan maksimal 30 ml alkohol per hari sedangkan wanita 15 ml per hari.
  • Olahraga secara teratur bisa menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, pilihlah olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, bersepeda, lari santai, dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 menit sehari sebanyak 3 kali seminggu.
  • Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomat, wortel, melon, dan jeruk.
  • Jalankan terapi anti stres agar mengurangi stres dan Anda mampu mengendalikan emosi Anda.
  • Berhenti merokok juga berperan besar untuk mengurangi tekanan darah tinggi atau hipertensi.
  • Kendalikan kadar kolesterol Anda.
  • Kendalikan diabetes Anda.
  • Hindari ubat yang bisa meningkatkan tekanan darah. Konsultasikan ke dokter jika Anda menerima pengobatan untuk penyakit tertentu, untuk meminta obat yang tidak meningkatkan tekanan darah.
Sumber: kumpulan.info

Kerana aku Sentiasa di depan komputer.




Dari mula aku masuk ke alam Kampus ni aku sudah menjadi sesorang yang sentiasa mengadap laptop aku. Aku rasa cuma ada beberapa jam je untuk mata aku tak melihat laptop dan selebihnya mengadap laptop. Sampaikan mata aku naik kering. Anda mesti macamtu juga kan? Maksud aku duduk depan laptop atau komputer anda je. Lagi2 yang memang bloggers tegar. Hehe~ Aku tak dikira tegar lagi, sebab aku mengadap laptop sebab aku buat desing. Kejap2 aku zoom in kejap2 zoom out. Aku rasa mata au pun dah kecik besar kecik besar je. Adui~

Aku rasa mata aku dah mula kabur lah, tapi tak lah pula rasa tak nampak masa membaca. Aku pun tak faham sangat. Tapi mata aku kadang2 rasa macam ada sesuatu je. Kawan2 aku kata tu tandanya mata kering. Jadi dia suruh gunakan EyeMo. Aku tak reti pakai benda tu sebenarnya. Haha~ Macam mana ntah nak titiskan pada mata.

Mungkin juga aku kena pergi check mata dan adakah aku akan kena pakai cermin mata? Alamak! Tak mahu lah, nanti rupa aku macam bapa aku. Lagipun aku tak selesa bila ada benda tersangkut pada muka aku nanti. Adoi~ tapi kalau aku pakai cermin mata. Fesyen apa ye yang elok untuk aku? Warna apa? Jenama apa? Hehe~ Anda2 yang arif tentang ini, sila beri tunjuk ajar.

Game Download Pilihan.


Wah~ tak pernah aku buat review tentang game tiba2 je aku buat. Haha~ Aku sebenarnya saja nak kongsi game yang aku download ni dengan anda semua. Game ni tajuknya Alt Shift. Syok game ni. Dia kira puzzle game juga. Apa yang istimewanya anda boleh masuk ke dunia invert. Apa tu? Haha~ anda kena main baru paham. Aku nak terangkan pun agak payah. Hehe~

Mana nak download? Adik aku yang download game ni. Dia download di 4shared.com je. Aku ni pula tukang main. Anda cuba lah main. Untung2 dapat juga isi masa terluang anda tu. Game nya ringkas tapi memeningkan. Hehe~ Ada banyak level dia. Kalau anda ada game pilihan anda sendiri boleh lah share2 dengan aku. Game yang boleh download ye. Aku malas sikit main game online, maklumlah internet lambat.

Catitan Memori. (Bahagian 1)

Tiba2 keadaan jadi seperti gelap gelita. Aku tak pasti apa yang telah berlaku di sekelilingku. Segala memoriku bermula dengan bingit hon kereta berhampiran sementara aku terbaring di balik pokok berdekatan jalan. Mengapa aku disini? Sakit kepalaku memebuat aku melayang2 tak terdaya. Aku gagahkan diri aku untuk berjalan ke arah jalan berhampiran.

Bertambah bingung kepalaku, tatkala melihat lalu lintas yang sesak. Aku di lebuh raya? Mengapa aku di sini? Persoalan demi persoalan muncul di kepalaku membuat kesakitan bertambah lagi. "Pinnn~!! Pinn~!!" sautan hon kuat bergema lagi membingitkan keadaan. Apa yang berlaku disini? Pertanyaan ku kali ini terjawab apabila aku terlihat ke arah punca kesesakan lebuh raya tersebut. Dua lorong di tutupi oleh sebuah kereta yang remuk dan terbalik di ikuti sebuah van yang juga remuk di bahagian belakangnya.

Suasana disitu agak kelam kabut, dengan sautan hon kereta di kesesakan di ikuti lampu siren pasukan keselamatan. Aku menghampiri tempat kejadian walau cuba menahan kesakitan di kepala ku. Aku terlihat seorang wanita muda berlumuran darah terbaring di sebelah kereta itu. Adakah dia tercampak keluar? Ah, mengapa aku persoalkannya? Kepala ku bertambah sakit. Aku cuba mengalihkan pandangan ku namun suasana di situ menambah sakitkan lagi kepalaku. Kepala terasa semakin dihimpit kuat. Aku cuba gagahkan untuk menahan dan meminta bantuan. Namun, aku rebah sebelum keadaan menjadi gelap.

TAMAT bahagian 1

Cerpen ku berjaya disusun! Nantikannya!

Akhirnya aku berjaya juga menyusun cerita cerpen aku. Aku tak tahu ni nak di anggap cerpen atau apa, sebab macam panjang juga lah. Aku nak kongsikan cerita ni dengan anda2 semua di sini. Aku harap sangat anda suka cerita yang aku tulis ni. Kalau ada pandangan dan sebarang respon silalah bagitahu aku ye. Aku terima apa je kata2 anda semua, nak kutuk pun aku terima. Kutukan tu satu benda yang positif kadang2. Hehe~

Aku akan tuliskan cerita tu berperingkat2, dan pendek2 lah. Aku tahu kalau aku tulis sekali gus nanti anda penat nak baca. Nak BlogWalking lagi, dah makan masa pula kan? Haha~ Okay, aku bagi tajuk cerpen aku ni adalah Catitan Memori. Adalah sebabnya, anda kena baca dulu. Ye, ini cerita agak jiwang lah. Haha~ Dah aku jiwang nak buat macam mana?

Okay, ni link ke Bahagian 1.


Cinta Ke Apa Ini?


Wah~ tajuk entry macam jiwang je bunyi kan? Aku harini ada mood nak berjiwang2 sikit, tapi awek pun tak ada. Sedih je bunyi kan? Ah, pedulikan itu. Single is better, orang kata lah aku tak kata. Haha~ sebab manusia perlukan teman. Betul tak? Siapa yang kata couple is trouble tu sebenarnya ada masalah. Hehe~ kenapa aku kata macam tu? Sebab dalam hati mereka kata perkara yang berlainan dari mulut dia. Betul tak? Aku tahu semua orang nak berteman, mana ada nak bersendirian. Semua nak kan kasih sayang. Aku tak maksudkan berkasih sayang dengan pasangan, tapi dengan perkara2 yang lain. Haha~

Hati manusia memang di ciptakan untuk menerima kasih sayang. Siapa yang tak nak diri disayangi dan menyayangi bagitahu aku? Biar aku basuh dia sikit. Haha~ Bukan apa, orang yang tak mahu sayang2 ni boleh bikin negara jadi perang tau. Ish3~ bahaya tu. Tapi aku yakin lah semua orang nak perasaan tu, kecuali orang tu bukan normal lah. Hehe~

Okay lah, kepada anda yang nak bercinta dan berkasih sayang tu, aku sarankan berpada2 lah ye. Jangan sampai anda masuk surat khabar kerana kes2 yang tak sedap di dengar. Tolong lah ye. Kami Prihatin. Hehe~ Untuk yang wanita tu, ingat2 lah bapa anda yang tanggung dosa anda tu ye, bukan teman lelaki anda. Selagi dia bukan suami anda, dia tak tanggung dosa anda. Dan kepad yang lelaki pula, jika anda benar2 cintakan kekasih anda, anda patutnya jaga dia dan lindungi dia. Bukan lindungi dari dirampas hatinya, tapi lindungi "segalanya". Dalam maksud aku tu, haha~. Apa2 pun ingat lah Allah, Dia Maha mengetahui. Aku ingatkan je. Maaf kalau aku salah. Hehe~ aku bukan bagus sangat kan?

Permainan Papan.



Anda pernah main permainan tu tak? Aku rasa tipu lah tak pernah mainkan? Haha~ eh aku bukan cerita tentang Saidina, tapi aku cerita tentang Jutaria. Ia kira satu spesis juga dengan Monopoly, tapi ni lebih murah dan keseronokannya sama je. Hehe~ Permainan ni aku suka lah juga main, tapi aku tak pernah pulak menang. Mana nak menang, main tak habis2 duit. Lama2 penat main. Haha~

Adik aku baru je beli Jutaria. Aku pun tak tahu siapa yang nak main ntah dengan dia. Haha~ aku ni malas nak adap benda2 macam tu. Kadang2 seronok la, tapi sebab kami berbeza umur jadi tak seronok sebab yang besar2 ni pikir cara lain dan budak kecik ni pikir cara lain. Nanti gaduh jadi macam dalam klip video yang aku tengok kat Facebook. Haha~ Anda mesti dah tengok juga kan? Yang 3 orang lelaki, dua dah besar, satu budak kecil. Budak kecil tu nangis2 main Jutaria, dia kata abang2 dia tipu. Haha~



Tapi, bagi aku game board macam ni dah tak dipandang oleh budak2 zaman sekarang. Sebab apa? Sebab dah wujudnya video game. Board game macamni bagus sebenarnya untuk minda sebab ia mengajar tentang kehidupan, kadang2 kecerdasan, kecekapan, dan yang bagus2 lah. Mana kala video game lebih pada kecekapan, fantasi, dan khayalan. Kalau board game, dia akan membantu kita merapatkan lagi hubungan dengan pemain yang lain. Kalau video game ni, ada juga lah tapi bergantung juga kan. Haha~ apa2 pun semua anda fikir lah sendiri baik buruk sesuatu permainan tu kan. Aku lebih suka traditional tapi tak pernah berpeluang nak main. Siapa reti main gasing yang besar tu? Ajar aku!!