Cara sembil9n bila tak ada idea.

1Aku rasa mesti ramai yang kerap2 lah kekeringan idea ketika berblogging kan? Tak pun kadang2 time ada idea tapi waktu tu tak ada lappy, bila dah depan lappy tiba2 blurr. Haha~ Tu lah penyakit biasa blogger2 sedunia ni. Tapi lain lah kalau blogger tegar, sebab mereka biasanya bawa lappy ke mana2 dia pergi. Aku belom tahap tegar lagi cuma kerap lah UPDATE.

So ada juga lah kawan2 blogger aku tanya aku macam mana nak dapatkan idea nak tulis entry? Aku agak garu kepala juga bila nak bagi jawapan, so aku pun duduk fikir kejap sebelum jawap. Jadi entry ni adalah jawapan2 biasa aku cakap kat mereka2 yang tanya.

Lihat sekeliling!2

Mula2 anda kena lihat sekeliling. Kalau yang duduk kat kerusi pusing2 tu lagi best. Cuba pusing2kan. Haha~ Tapi jangan laju2, nanti pening. Hah~ Dah pusing dah? Apa yang anda nampak? Bilik? Dinding? Tingkap? Memang lah pun kan. Tapi cuba perhatikan semua2 dalam almari ke laci ke apa2 lah. Contoh lah anda terjumpa duit syiling yang banyak anda kumpul. Then anda cerita sikit tentang duit syiling! Cari kebaikkan dan keburukan, sebab kumpul dan saranan kepada orang lain. Hah~ Tu kan macam masa kita sekolah dulu, buat karangan. Sama je.

Pengalaman lama!

3Ini yang paling seronok ni. Kita duduk termenung kejap pikir pengalaman lama, lepas tu cerita sikit apa yang berlaku kat orang dalam blog. Tapi jangan lah cerita gitu je. Sebolehnya cerita lah lokasi, masa, dan suasana kat situ sekali. Then teknik penulisan jangan lupa, buat perenggan. Sebab kalau anda taip panjang2 dalam satu perenggan sumpah berpinar mata orang nak baca, lagi2 blog anda warna-warni. Hehe~ Kalau boleh sertakan gambar, kalau tak ada pun ala2 pun jadilah. Lepas tu, kita kena pandai berinteraksi dengan pembaca dan jangan syok sendiri sangat. Haha~ Tu pada aku lah. Kadang2 kita pun lupa. Kan?

Pengumuan dan isu semasa!

Kalau anda tak ada idea sangat atau mungkin blog anda tu agak spesifik penulisan entrynya; bolehlah tulis penguman seperti tulis produk baru ke, kereta baru ke, dan semua2 tu, kaitkan dengan isu2 semasa. Tak adalah buang masa sangat orang nak baca sebab ada lah informasi yang teperoleh dari blog anda. Tapi dari pemerhatian dan perkenalan aku dengan pelbagai lapisan umur rakan2 blogger. Blogger2 ni tak berminat sangat dengan produk2 elektronik ni, sebabnya mereka memang kaki blog. Tak ada game2, tak ada gadget2 kecuali handphone . Tapi ada masalah jika nak tulis sebab boleh dapat silent reader dari pengguna yang lain.

Googlekan apa2 je!

5Itu perkara yang paling penting di alam maya. Sumber kita adalah Google biasanya lah. Kecuali kepada mereka yang rajin baca buku atau tengok dokumentari. Tapi kepada yang nak tulis sesuatu berita, silalah googlekan beberapa keyword yang berkaitan. Contoh macam, bila anda jumpa satu isu seperti Salji Turun kali pertama di Lahore, jangan pula kita ambil satu je sumbernya. Pergi ke Google dan googlekan beberapa keyword seperti: Salji di Lahore, Lahore Snow, First time snow Lahore, atau lain2. Dari pelbagai keyword anda boleh dapat cerita yang lebih menarik sebab setiap sumber agak berbeza ceritanya. Tapi harap jangan lah copy paste je. Even anda ulas sikit lepas tu pastekan sumber ke entry anda pun tak bagus, sebab nampak anda malas nak blogging. Macam nampak nak kejar ‘sesuatu’ je. Tulis lah dan ulaskan. Kalau boleh letakkan pendapat sendiri mengenai artikal yang anda dapat tu.


Setakat ni, aku rasa tu je yang kerapa aku bagitahu rakan2 blogger yang tanya. Mungkin ada lagi beberapa tapi ketika aku tulis ni, tak terlintas kat kepala aku pula. Haha~ Nanti kalau aku dapat idea nanti aku bagitahu lah ye?

Happy blogging, yaw~!

Tiada ulasan: