Segmen 1minggu 2 header by sembil9n.com

Assalamualaikum semua, terima kasih sebab bertenggek ke blog akal2 aku ni. Lama gila aku tak buat segmen untuk blog ni. Biasalah, bukan feymes pun kan untuk buat segmen2 ni. Huhu~ Ayat nak touching je lah pula. Dulu aku pernah open segmen request2 ni, tapi segmen kedua ada masalah bila aku punya lappy lama ada masalah dan hilangnya semua link orang yang request aku. Jadi aku tak dapat trace balik. Maaf ye. Aku dah keserabutan dah waktu tu. Jadi aku nak tebus balik mana yang aku tak terbuat lagi tu? Ni segmen baru aku!

segmen

Aku dah tak nak buat dah macam dulu, sakit kepala. Huhu~ So sekarang cuma 1 minggu 2 header je yang aku nak buatkan. Ada tak yang berminat? Sesiapa nak join, sila ikut syarat2nya:

  1. Sebolehnya follow D'Antara sembil9n Akal ni untuk memudahkan komunikasi.
  2. Buat satu entry untuk hebahan beserta banner di atas yang berlinkkan ke blog ini dengan tajuk yang ikut suka anda tapi mesti ada nama aku ‘sembil9n’. Ok~? Dalam entry tu nanti;ceritakan apa request design anda pada aku tu. Kalau boleh nyatakan lah sebab rasional kenapa nak aku yang design.
  3. Kalau ada benda yang nak aku lukis semula (tekap/trace); sila letakkan kedalam entry tu juga ye. Dan seperti biasa postkan link URL anda dalam ruang komen entry ni yer? Kalau tak, aku tak tahu anda berminat.
  4. Aku berhak berkata "Sorry, tak reti lah pulak..." sebab aku punya skill grafik aku belum maximum lagi. Tapi apa2 pun, aku akan cuba dahulu untuk buat. Jangan bimbang.
  5. Aku akan hantarkan design menerusi email anda jadi sila sertakan e-mail di dalam entry anda.
  6. Tarikh tutupnya adalah sehingga aku kata aku dah malas nak buat. Huhu~

Segmen ni aku buat untuk practice aku je pun. Aku dah jarang buka software Adobe aku, so aku nak lah buat sesuatu. Bolehkan? Harap tak lah bagi yang susah sangat untuk aku. Menangis nanti tapi harap bagi yang agak mencabar. Hehe~ Sebab nak practice kan? jadi kena lah yang agak mencabar. Jadi, anda berminat ke?


Untuk design mereka yang dah join, klik sini!

-LAYAN vlog NI JOM-

1 ulasan:

tina berkata...

masih boleh di buat tak?