Hari ini, ramai manusia termasuk anda dan mungkin juga aku mengatakan bumi ni dah tua. Sememangnya bumi ni dah tua, dan teramat2 tua. Dikatakan umur bumi agak2 dalam 4.55 billion tahun dan aku rasa lebih lagi! Tua betul kan? Kalau bumi tua, matahari macam mana? Ish~ Susah gila nak fikir.
Sepanjang kita kat Bumi ni (macam pernah pula duduk planet lain), pernah tak kita hargainya? Ala~ Tipu lah kalau aku kata anda tak pernah buang sampah rata2, campak dalam sungai, isap rokok, keluarkan asap kepul2, pencemaran itu ini dan pelbagai lagi. Aku rasa aku pun pernah je buat. Sebab tu dah macam habit kita kan? Kadang2 tak berniat pun, semuanya berlaku terlalu pantas tanpa kita sedari.
Aku pun tak tahu lah, macam mana caranya untuk sedarkan manusia zaman sekarang. Susah betul manusia ni. Kita masih sempat selamatkan bumi kita ni, walaupun sememangnya kita punya masa yang banyak. Namun sekurang2nya bumi ni dalam keadaan yang selamat diduduki. Jangan lah kematian kita disebabkan oleh silap kita atau keturunan kita sendiri yang tak menjaga bumi ni. Aku tak rasa manusia boleh berevolusi bernafas dengan karbon monoksida. Mustahil! Jadi buka lah minda anda tu, kita kena mula semula.
P/s : Bumi dikatakan lahir pada 22 April (birthday aku!). Dan pada 22 April 1970 adalah hari pertama dunia meraikan Earth Day!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan