Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan

Tak gegar pun pentas ni?



Sangat lucu lah hari ni. Hari ini, bersamaan 18hb March 2011 adalah hari yang tak boleh diterima dek akal ku. Dah rupa lagu Elyana pula, tapi tu bukan motifnya. Aku nak bagitahu kali ni aku naik pentas untuk buat persembahan untuk Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA), tapi bukan aku yang ambil anugerah. Aku ni bukan muka dekan pun! Aku dibawah Kelab Kebudayaan UiTM Kampus Kuala Terengganu, atau nama kumpulan seni tari kami Gemalai Bayu membuat persembahan.

Ala~ Untuk selingan2 je. Tapi selingan2 pun VIP,VVIP, dan lain2 P datang. Duduk depan pentas lagi. Tak cukup dengan tu, lecturer berderet duduk depan tu. Cuak je rasa dalam hati ni. Tapi selepas dari persembahan semua, guru tari kami kata 4 bintang untuk semua. Adoi~ Nak sedapkan hati kot tu. Aku rasa teruk je. Adoi! Nak tengok? Bawah ni video malam tu.


Terukkan? Nampak aku? Aku yang tepi sekali masuk second. Ye aku tahu aku tak reti buat tarian joget. Lari counting, dan apa semua. Ala~ Kurang2 aku ada naik pentas? Kau ada? Hahaha~ Bagi aku ni 2 bintang je. Tak sampai 4 bintang pun. 

Eh, bukan satu ni je tarian yang kami (Gemalai Bayu) persembahkan, ada 3. Aku masuk 2, tapi nanti lah aku kot kalau mereka dah uploadkan, aku tunjuklah ye? Aku update lepas dari palang bawah ni. Hehe~

Aku pejam pula!
_____________________________________________________________________________



Assalamualaikum! Saya pegawai keselamatan...

"Assalamualaikum~ Saya pegawai keselamatan..."  Hah~ Biasa tak dengar ayat ni? Mungkin kat tempat anda lain kot. Haha~ Ayat ni sering disebut oleh Resident Staf hostel aku ni. Kami paling tak suka dengan ayat tu sebab tu bermaksud dia sedang buat spotcheck. Hah! Mula lah masing2 gelabah. Haha~ Jadi kalau hostel anda kena spotcheck, apa perkara pertama anda buat?

Aku tak gelabah mana lah pun sebab aku tak merokok, aku tak bawak barang terlarang, tak bawak perempuan masuk bilik, tak duduk menumpang di asrama, dan tak ada apa2 pun salah. Cuma aku akan pergi sorokkan charger handphone, lappy, dan segala perkakas elektrik yang ada. Sebabnya? Kat UiTM ni kalau duduk asrama, memang free lah api air semua, tapi barang elektrik yang kami bawa masuk kena charge RM10. Dan ada lah sticker yang kena tampal, tapi majoriti tak bayar pun. Haha~ Jadi bila ada spotcheck gelabah lah nak sorok benda2 besar2 ni terutama lappy.

Tektik biasa yang kami buat adalah, kumpulkan dalam satu bilik, dan kunci dari luar. Haha~ Sebab kalau bilik tak ada orang, pegawai takkan masuk. Yela, risau kot lah masuk juga tiba2 ada barang hilang, dah jadi kes lain. 

Gambar sebelah ni adalah mangsa2 pelarian dari spotcheck! Haha~ Mereka ni duduk setinggan kat hostel so bila ada spotcheck, berlari2 kehulu kehilir lah tak nak kantoi. Ni kat bilik aku ni. Masa ni bilik aku dah lepas dari spotcheck, so semua lari ke bilik aku. Ades~ Time ni aku dah mengantok gila, yang mereka ni bising siap main Poker pula. Sumpah sakit hati!

Masalahnya aku tak kenal pun mereka ni, suka2 masuk bilik aku buat macam rumah sendiri. Nak je terajang sorang2. Adoi2, Haha~ Tapi baik aku biar je dari kantoi dengan pegawai, dengan aku2 kena tendang. Huhu~

Anda ada tak pengalaman tentang spotcheck ni? Kongsi dengan aku jom?
__________________________________________________________________________________

P/s : Sorry entry, yang tak berapa nak best. Ni gara2 tengkuk aku sakit salah tidur malam tadi. Tak boleh pusing kepala dah aku. Nak Blogwalking pun tak selesa.