Ni segmen oleh seorang mamat yang aku belum sempat berkenalan lagi. Haha~ Asal dia blogger, kira kita kawan lah kan? Nama beliau adalah Fahmi. Waktu aku tulis entry ni, aku belum sempat 100% terjah blog beliau lagi sebab aku jumpa segmen beliau ni dari blog orang lain. Kenapa aku nak join segmen ni? Sebab aku suka topik yang dia nak bincangkan. Tentang CANTIK. Nak tahu syarat2nya? Klik sini.
Okay, aku dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan:
- Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?
Mengikut kamus hidup aku, cantik bermaksud keindahan. Pada manusia, cantik bermaksud kekemasan, keterampilan, kebersihan, budi pekerti, akhlak, perlakuan, tutur kata, dan pegangan. Rupa paras bukan ukuran semata kecantikan pada manusia. Sebab, Allah SWT ciptakan manusia semua sama cantik. Bergantung pada mata dan hati kita je menilai sendiri cantik ke tidak seseorang tu baik lelaki atau pun wanita.
-Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?
-Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?
Kecantikan adalah amat penting kerana ia membentuk peribadi dan personaliti. Allah SWT sangat2 sukakan keindahan dan Allah ciptakan sesuatu sebaik2 ciptaan-Nya. Jadi jangan rasa rendah diri, yakin dan percaya pada diri. (Rujuk pada definisi diatas)
-Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?
-Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?
Haha~ Perasaan sangat berpuas hati. Bagi aku ia bermaksud aku terurus. Hehe~
-Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.
-Kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.
Tips kecantikan? Berdasarkan definisi tadi, jadi silalah berkelakuan baik dan berakhlak yang terpuji ye. Sebab kalau muka nampak cantik tapi hati busuk, tak guna juga. Hati pun kena putih suci, baru lah diri tu cantik~
Dan kena tag lah pula kan? Aku nak tag Tia dengan Nisa suka taip lah. Agak2 diorang dah kena ke belum. Haha~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan