Memaparkan catatan dengan label dead. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dead. Papar semua catatan

Osama Bin Laden mati - The New York Times.

Assalamualaikum semua, terima kasih sebab mengunjungi lagi ke blog aku ni. Jika entry2 sebelum ni hal dalam negara je, tapi kali ni aku nak sentuh sikit isu luar negara. Eh, apa pula luar negara. Ni kira isu dunia lah. Sebenarnya ia berkenaan, laporan akhbar New York Tismes yang bertajuk "Bin Laden Is Dead" atau dalam bahasa Melayu nya "Anak lelaki Laden Telah Mati". 

Mati? Mati?! Meninggal?!!

Betul ke kisah tu? Betul lah agaknya. Nak baca klik ini. Siap ada pengumuman presiden Obama juga.

Aku pelik sebenarnya, siap Osama bin Laden yang sebenarnya? Kenapa dilaporkan orang tempatan tak pernah pun dengar tentang Osama bin Laden dan Al-Qaeda (kalau salah perbetulkan). Dikatakan ia hanya propaganda pihak musuh untuk menjatuhkan nama Islam yang kononnya kita ni pengganas. 

Ganaskah kita ni? 

Haha~ Tak tahulah nak jawab. Ganas apanya pun aku tak tahu. Kalau kita pegang senapang, dikatakan pengganas. Tapi bila orang mereka pegang senapang dikatakan hero?! Apa lah!

Kalau betul kita konon nak pertahan negara Islam kita yang tercinta ni dari serangan musuh. Kita nak ke tutup muka? Kenapa mesti tutup muka? Itu bukan orang Islam lah. Orang Islam tak pengecut macam tu. Dan ingat kita nak bawa kitab suci kita Al-Quran kemana2 lagi2 masa nak perang? Ish~ 

P/s : Anda fikir je lah sendiri...

Jackie Chan dah mati. Betul?

Assalamualaikum semua, siapa tak kenal dengan Jackie Chan? Mustahil betul jika anda tak mengenali beliau. Seorang pelakon aksi terhebat dari China ke persada dunia. Aku secara personal sangat2 mengkagumi beliau dengan aksi2 yang sentiasa memukau mata penonton. Kebanyakkan filem beliau ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dan sehingga kini masih ramai yang menggemari filem2 beliau walaupun filem2 waktu beliau muda. Semua aksi2 yang dilakukan adalah kebanyakkan terdiri dari beliau sendiri disamping beliau sendiri yang melakukannya. Susah nak cari pelakon aksi macam ni.

Tapi dah dengar ke belum tentang kematian beliau baru2 ini?! Terkejutkan dengan berita kematian beliau yang dikatakan akibat serangan jantung. Beliau yang kini berusia 56 tahun dikatakan telah mati kerana penyakit itu oleh sebuah laman web antarabangsa. 

Persoalannya, adakah berita ini benar? Aku sendiri terkejut dengar kawan aku bagitahu atas kematian beliau. Mana taknya, tak pun kami dengar yang beliau mempunyai sakit atau apa2 dan umur beliau taklah tua mana. Dari yang kami tahu, beliau orang yang cergas dan sentiasa menjaga kesihatan. Yela kan dia pelakon aksi, mesti kena sentiasa menjalani latihan kan? Jadi aku selidik2 dan menemui yang ianya hanyalah RUMOR.

Ini bermaksud yang ia tidak benar sama sekali. Ia hanyalah hebahan kematian rumor international yang sengaja mengada2kan cerita. Beliau antara mangsa kematian rumor selain dari pelakon cilik Jaden Smith. Jaden Smith, anak kepada Will Smith dikatakan mati ketika bermain papan luncur salji yang juga sama dengan rumor kematian pelakon Adam Sandler. 

Apa lah kegunaan rumor seperti ini ye? Bagi aku, ni semata2 untuk meningkatkan nama pelakon tersebut. Atau mungkin juga sengaja nak up traffic internet ni. Haha~ Aku rasa lah. Jadi, ketiga2 nama tersebut adalah masih bernyawa. Jangan terkejut pula bila ada filem baru dari mereka ye?