Video klip, tak berani meluahkan.

Antara perkara yang paling aku suka bila tengok TV atau di YouTube adalah tengok video klip! Yeah! Haha~ Kenapa aku suka? Sebab video klip ni bagai kita menonton sebuah filem tapi dalam tempoh yang singkat. Dalam video klip biasanya akan menceritakan sama macam tengok filem, ada starting, ada punching line, ada klimaks, ada ending. Apa yang beza adalah tempoh cerita. Konflik pun ada kadang2, tapi tak lah pening kepala kita nak tunggu macam movie kan. Nak tahu apa jadi lah, suspen je.

Tapi dalam banyak2 klip video, aku suka tengok video klip muzik yang tak keluar kat TV. Semua tu ada kat YouTube lah. Bukan yang cover lagu orang dan duduk depan kamera main gitar atau alat muzik lain. Aku tak suka macam tu. Tu aku sendiri boleh nyanyi. Aku suka yang macam kat bawah ni.  Ni antara video klip yang sangat2 aku suka! Romantik gila! (Kantoi jiwangs)



Tajuk lagu ni adalah 'Olive you'. Apa makna tu? Okay, sebenarnya ni cerita tentang orang yang tak berani nak luahkan kata 'I love you' pada seseorang yang dia cintai. Jadi dia sebut 'Olive you'. Kira malu tapi mahu lah ni. Lagu ni adalah original oleh Dave Days yang sangat2 aku minati! Dia ni suka buat lagu style cover parody. Dan suka kaitkkan dengan Miley Cyrus dalam lagu2 dia. Mungkin lah dia peminat Miley Cyrus, sampai dia ada buat satu lagu untuk Miley Cyrus. Haha~ Nak tengok? Pergi lah ke YouTube, search Dave Days! 

Tiada ulasan: