Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan

Komputer $25 dan kesan pada generasi.

Assalamualaikum, kepada anda semua. Lambat pula update blog. Maaf lah ye? Aku selesaikan beberapa perkara dulu. Terima kasih kepada yang suka mengunjingi blog aku ni. Walau tak best aku tulis juga.

Tajuk je dah macam bosan kan? Komputer $25 dan kesan pada generasi. Aku sedang menerjah2 blog luar, terjumpa entry mengenai komputer beharga $25 tu. (Murah siot~!) dikatakan bertujuan untuk lebih ramai boleh menggunakan komputer. Tapi aku bukan nak ulas mengenai harga komputer ke apa ke. Semua tu anda boleh lihat sendiri pada entry tu pada link yang aku dah letak. Tapi aku nak cakap tentang apa akan berlaku jika semua orang mampu gunakan dan miliki komputer?

Jika dilihat dari zaman sekarang pun, majoriti kanak2 lebih cenderung pada perkara2 berkomputer dan lebih celik iT dari ibu bapa mereka. Betul? Ibu bapa sekarang kebanyakkan dari mereka terpinga2 depan komputer sedangkan anak2 mereka Tup! Tap! Tup! Tap! depan komputer dengan laju.

Zaman semakin maju dan manusia semakin cerdik. Dalam tempoh 21tahun aku hidup. Aku dapat lihat pemikiran rakyat Malaysia sudah semakin terbuka cuma segelintirnya masih di takuk lama. Banyak perkara2 yang dapat rakyat Malaysia hadapi dan tangani.

Jadi apa kena mengena dengan tajuk entry aku? Dengan komputer dan teknologi yang semakin murah dari waktu ke waktu, manusia akan makin bijak tetapi malas. Ini kerana segalanya bergantung pada teknologi. Interaksi sesama manusia mungkin akan lenyap jika teknologi semakin meningkat.

Tapi pada anda, tak perlu khuatir atau apa2. Sebab dunia takkan izinkan semuanya berlaku. Fahamilah maknanya. Hehe~

Jadi, apa pandangan anda mengenai teknologi dan kesan pada generasi? Sila komen...

Hard Disk diserang 'Shortcut virus'? Download lah removernya.

Pernah tak dapat perkara macam ni kat pendrive ke, hard disk ke atau mana2 lah. Perkara ni berlaku biasanya waktu anda cucuk kat mana2 komputer yang ada virus ni, dan tersebar ke Removal device anda. Aku ni tak lah reti sangat bab2 komputer ni apa lagi bab virus ke apa2 ni. Aku tahu pakai je, rosak? Format semula, tak pun tanya google. Haha~


Baru2 ni, hard disk aku di serang 'virus shortcut' habis semua folder dalam tu tak boleh buka. Aku risau virus ni serang lappy aku je, nasib baiklah tak apa2. Virus ni tak dapat di detect dengan anti-virus biasa kita tu. Dia ada removalnya. Aku tak pasti apa kesannya pada komputer kalau kena, tapi member aku kena sampai lappy dia asyik blue-screen, hang, atau berat. Jadi apa penyelesaiannya? 

Haha~ Pak cik google lah jawabnya. Aku google2 jap dan terjumpa entry ni yang ditulis oleh orang Indonesia (rasanya). Dan dia bagi link untuk  download Virus Shortcut Removal. Aku pun download lah dan apply. Hah~! Berkesan! Sangat bagus. Haha~ Selamat dah barang2 dalam Hard Disk aku. 

P/s : Tapi aku pelik sikit lah, kenapa dia gunakan logo UiTM ye??