sumber Google |
Aku tengah duduk asyik tengok shortfilm2 kat YouTube, tiba2 terjumpa video2 akad nikah. Aku pun saje lah tekan dan layan kejap. Ambil pengalaman orangkan? Haha~ Aku ni ntah bila ntah, ada rezeki adalahkan? Okay, tapi video2 akad nikah yang aku tengok ni bukan yang biasa2. Ni yang agak lucu lah. Haha~ Agak tergelak aku tengok. Mungkin betul la kot masa tu orang lelaki ni yang darah gemuruhnya tinggi akan tersasul2 dan buat perkara pelik2. Haha~
Ni kes bahasa telor yang berbeza sikit aku rasa. Jadi yang tok kadi nya pun sempoi2 je, yang nak nikahnya tu macam tiga suku sikit. Haha~ Macamtulah jadinya.
Yang ini kes dah sama dah bahasanya, tapi boleh pula tergelabah kat situ. Nampak lah dia gugup dan tak sabar2 nak dengar saksi kata "sah!". Haha~ Adui...macam manalah gamaknya aku ni nanti ye?
Yang ni baru stylo! Haha~ Tapi saksi tu macam tak puas hati juga lagikan, suruh ulang. Tapi bro ni rileks je, siap bapa perempuan pula yang tersasul. Hehe~ Kalau aku, mahu berpeluh2 ni. Dah lah keliling orang ramai. Ish3~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan