- http://arayun.blogspot.com/
- http://www.myselfnmylife.blogspot.com/
- http://www.wanazhaniidayu.blogspot.com/
Okay! Selamat berblogging!!
Okay, ni acara yang aknjurkan sendiri. Hehe~ Ni lah namanya tak ada kerja! Sebenarnya aku saja nak kita sama2 tengok perkembangan blog kita dari yang dulu hingga yang sekarang. Jika macam tu juga, maknanya tak cukup lagi lah. Tu pun kalau nak serius lah dalam dunia blog ni. Huhu~ Ingat lagi segmen ni? Ada peserta pertama telah join segmen ni iaitu Cik Biela dari chocococoklate.blogspot.com. Dia minta header simple je dari aku dengan ada gambar dia kat header tu. Tak kisahlahkan macam mana pun yang dia minta. Aku cuba je buat.
Tak ada halangan pun jika nak minta aku buat kartun2 atau apa pun. Aku akan cuba sebab aku dah blurr tak tahu nak design apa. Dengan ada request ni boleh lah aku mengarut2 sikit dekat design anda sambil2 dapatkan idea sikit kan? Hehe~ So, macam mana header hasil kerja aku?
Tu adalah header asal yang ada pada blog Cik Biela dan aku telah mengubahnya menjadi seperti…
Okay tak? Menurut Cik Biela kita tu, dia kata dah cantik. Fuh~ Bernasib baik. Aku risau je. Nasib lah dia kata okay. Haha~ Apa2 pun, terima kasih ye Cik Biela sebab join segmen tu. Semoga bersemangat lagi untuk berblogging. Dan anda pula, jangan tak singgah blog dia ni. Best ni!
Kepada yang nak join, peluang masih dibuka. Sebab minggu ni baru satu je. Lagi satu boleh siap untuk minggu ni. Kalau lambat, kena minggu depannya. Hehe~ Nak join, sila klik ni untuk ke entry lepas.

Segmen Bro Ben kembali lagi! Suka tak? Suka tak? Haha~ Aku tak lah semua segmen Bro Ben ni aku join, ada beberapa je. Ada juga yang terlepas pandang. Haha~ Okay lah kali ni Bro Ben cuma nak tahu sedikit sebanyak tentang di sebalik blog akal ni. Jom terus baca entry aku!
Hehe~ Okay, tu tak berapa sebenar tapi dah nampakkan muka aku? Kira okaylah.
Aku adalah sembil9n seperti yang dah diketahui orang ramai. Haha~ Ramaikah yang tahu? Aku ni suka buat perkara yang orang lain tak buat dan suka cuba semua benda yang boleh dicuba. Tapi kalau aku tak mampu aku tak buat. Aku berumur 20-an dan aku sangat suka mengarut. Admin ke 2 kepada grup kecil iaitu Blogger Tercinta. Aku sentiasa memikirkan benda yang seboleh2nya luar dari kotak. Tapi biasanya susah nak difaham oleh orang lain. Haha~ Tak faham? Takpelah.
Dalam dunia blog pula, aku suka menerjah blog sesiapa je. Kalau entrynya menarik, aku akan baca dan komen. Tapi kalau tak ada yang best kadang2 sekadar shout je takpun aku pangkah. Tapi berharap lepas aku datang balik lepas beberapa ketika akan ada entry yang lebih menarik supaya aku boleh follow. Hehe~ Aku cuma taknak penuhkan follower seseorang tapi tak pernah pun singgah blog orang tu balik sebab tak berminat. Sorry ye kalau macam kerek je bunyinya, sekadar pegangan aku.
Jumlah follower sekarang? Erm~ Waktu aku tulis entry ni, follower aku baru mencecah 410 Followers. Okaylah selepas 4 bulan lebih berblogging. Tapi bukan itu yang aku kejar. Sebab tu aku tak letak pun jumlah follower kat blog ni. Bukan untuk aku tayang. Aku nak kan persahabatan antara blogger bukan sekadar kau ikut aku, aku ikut kau. Jadi aku sekarang dah agak ramai kawan jugalah. Okaylah, sekurang2 tak rasa sunyi dunia aku. Yippi~!
Ada, 3 soalan dari Bro Ben, iaitu yang pertama ; Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini? Okay, secara serius-miusnya aku pun tak tahu. Aku suka menaip dan meluahkan. Aku tertekan bila aku simpan. Tak kiralah apa2. Mungkin otak aku yang tak boleh terima kot. Haha~ Tapi kalau aku kenal satu perkara ni dulu sebelum kenal blog ni, mungkin aku akan teruskan perkara ni kot. Kot lah~
++++++++++++++++++++++
Okay, soalan kedua adalah; Ceritakan kepentingan blog kepada anda. Okay, ia agak penting sebab disini aku dapat lebih kawan berbanding di Facebook sebab disini akal2 aku lebih diterima. Dan aku boleh warnakan blog aku ikut suka hati. Hehe~ Kalau skala 1 ke 10 untuk berapa pentingnya blog kat aku, aku bagi 8/10. Haha~
++++++++++++++++++++++
Last soalan dari Bro Ben; Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ? Okay, blog2 yang aku sangat2 suka gila2 adalah blog Shada ni sebab blog dia unik! Jarang update tapi sekali update tak pernah mengecewakan! Kualitinya ada. Pergilah lihat sendiri, tapi agak berat sebab banyak gambar yang menarik! Hehe~
Seterusnya adalah blog kawan aku! Aku satu hari sekurang2 mesti singgah sekali blog dia ni. Iaitu si @EmanTheHalians! Blog halia dia tu bagus dan sangat berinformasi bagi aku, tapi kadang2 mengarut juga. Hehe~ Aku rasa dia muda lagi dari aku kot. Mungkin lah. Tapi tak pernah jumpa lagi, sekadar Twitter dan Facebook je. See~ bestkan ada kawan dalam dunia blog ni. Walau entry tak seberapa hebat mana tapi aku akan singgah. Haha~ Sorry ye Eman!
Lastly yang sah2 aku akan pergi tiap hari tampa sebab adalah blog si dia! Hehe~ Tapi ni aku wajibkan juga anda pergi sebab supaya bagi semangat kat dia untuk betul2 blogging. Dia bukan serius sangat tapi kot lah anda2 (yang perempuan!) boleh buat dia semangat nak serius ke? Kan2? Hehe~
Okay, itu je setakat ni. Terima kasih kepada yang singgah ye? Sesiapa berminat nak ke segmen aku klik ini ye.
Moga Allah memberkati anda. Assalamualaikum~
Segmen Bro Ben Ashaari lagi. Kali ni dia buat segmen berani mati dimana dia nak kita gegarkan 1000 blog! Ada berani kah? Haha~ Aku rasa aku satu hari paling kuat pun tak sampai lah 50 blog rasenya. Maklum lah, bukan aku selalu free kan. Hehe~ Lagi sekarang aku jadi Admin untuk Blogger Tercinta. Hehe~ Macam lah effect sangat kan? Ngada2 je aku ni.
So kepada sesiapa yang nak join segmen Ben Ashaari ni, pergi lah ke link page tu ye.
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??