Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

SMS dan berbual.



Haa...pernah tak ini terjadi kat anda? Aku agak pantang dengan perkara ni. Bagi aku agak biadap lah. Kalau penting sangat tak apa. Ni ada yang tak henti2. Mungkin kekasih dia atau mungkin kawan. 

Sebenarnya bukan apa, cuma kena lah hormat sikit kawan yang depan tu. Sebab dia tengah cakap2, tiba2 anda hilang tumpuan dan melayan SMS pula. Lepas tu jawab maca nak tak nak. Konon nak jaga hati. Lepas tu dah lari cerita. 

Apa lah salahnya balas nanti2 kan? Kalau pun nak reply, minta lah kebenaran kat kawan tu dulu. Cukup dengan kata 'maaf, aku nak reply SMS jap...'. Tak lah kawan tu rasa bengang.

Situasi ni samalah macam kita tengah berborak tiba2 di celah oleh orang lain dengan cerita lain yang menyebabkan tumpuan bercerita dah hilang. Itu kalau dengan kawan2. 

Ada setengah2nya tu aku perhatikan, tengah orang tuanya berkata2 dia sibuk berSMS dengan siapa2 ntah. Macam yang orang dalam SMS tu lebih penting dari orang tua.

Berfikir sebelum bertindak. Tak salah renungkan apa yang kita lakukan dari renung sesuatu yang tak pasti dan kritik orang.

P/s: Jangan fikir negara dah maju bermakna rakyatnya pun maju. Yang maju tu teknologi, teknologi bukan hasil usaha kita. Jadi jangan nak berlagak maju. Haha~

Kehendak lelaki pada wanita.

Wah! Lama gila tak menyentuh blog aku ini. Maaf lah, aku dan Makhluk Hijau pergi mengembara ke satu kawasan terpencil. Tak ada talian udara sana. Hehe~

Di sebabkan aku tidak dapat open otak aku sangat kerana kurang rehat. Maka aku perlukan geng2 makhluk berwarna yang lain untuk meneruskan entry ini yang bertajuk: Kehendak lelaki pada wanita.

Ni pandangan aku je la. Aku ni lelaki. Jadi aku fikir yang rasional je.

Perlu ruang sikit. Tak kan nak 24jam dengan si kekasih. Kena lah ada masa untuk kawan2, keluarga dan life2 yang lain. Macam kaum wanita juga. 

Aku kasihan tengok kawan2 aku yang kekasihnya asyik SMS dia 24jam termasuk time dia nak lepak dengan kawan. Itu tak apa lagi, ni sampaikan nak pergi tandas pun ada limit masa. Lebih masa sikit dah dapat 12 missed call. Apa kes?!!

Ni satu lagi, sepatutnya wanita perlu pandai masak. Sebab apa? Kata nak jadi isteri yang baik mesti la kena tahu masak. 

Bukan masak maggi atau masakan resepi bujang ye. Tetapi masakkan lauk-pauk, kuih-muih, atau apa2 yang lebih pada makanan harian. 

Jika pun anda baru berumur 13 tahun 2 bulan 9 hari 4 jam, sebenarnya bukan terlalu awal untuk belajar. Nak tunggu sampai bila baru nak belajar? Sampai tahun depan nak nikah baru nak belajar? Lambat dah tu... 

Bersifat keibuan. Disini bermaksud perlu menyukai kanak2. Jangan kata kaum wanita mesti suka kanak2 sebab ada je kaum wanita yang tidak suka kanak2. Bagi mereka yang kanak2 ni bising, membebankan dan sebagainya.

Sifat keibuan ni boleh dilihat dari perwatakannya dihadapan kanak2. Cara dia bergaul dengan kanak2 dan cara2 dia menangani permasalahan kanak2 tersebut. Kadang2 boleh juga dilihat pada wajah mereka. Macam mana tu? Perhatikanlah sendiri. Hehe~

+++++++++++++


Selain daripada itu, lelaki juga mahukan si wanita tahu menjaga maruahnya. Paling utama adalah tahu menjaga maruah diri dan agamanya. Bukan sekadar menutup rambutnya atau bahasa mudahnya bertudung. Tetapi menjaga segala2nya.

Kalau setakat bertudung kerana rasa diri lebih comel, cantik, bergaya, dihargai, diperhati, dipuji serta disanjungi oleh sesiapa tak perlu lah. Menghargai pemberian-Nya tampa menokok tambah adalah yang paling kaum adam ni mahukan pada kaum hawa. Walau lelaki tu tak berapa nak baik atau mungkin dia penjenayah sekali pun, dia mahukan wanita yang baik. Percayalah...

Aku yakin mesti ada yang tinggalkan komen, "wanita yang baik untuk lelaki yang baik". Kadang2 ia tak seperti tu. Sebab baik sekarang, tak semestinya baik akan datang dan begitulah sebaliknya.


Jadi, apa pandangan anda?
Jika anda mahu membalas entry ni dengan pandangan anda sendiri, sila lah.
Aku alu2kan sangat dan sila2 kongsi disini. Okay?

P/s : T-shirt tu dibuka lagi jualannya! Untuk 30 orang lagi!! Sampai 15 Julai ni...

#1 SPONTANEOUS THURSDAY by sembil9n.com

Disebabkan hari ini entah kenapa Blogger tak benarkan aku letak gambar. Dan aku terjumpa satu segmen mingguan yang menarik iaitu: SPONTANEOUS THURSDAY!!


Perbezaannya: WORDLESS WEDNESDAY hanya gambar..
                        SPONTANEOUS THURSDAY adalah ayat..



"Sayang, B minta maaf sebab tak memiliki keupayaan untuk menyempurnakan cinta sayang..."


Normal Wanita kahwini dua laki?

Assalamualaikum! Ah sudah, parah ni. Bila pula wujudnya ajaran wanita boleh kahwini dua lelaki? Ke ada agama lain yang benarkan tu? Dah lah wanita kini lebih ramai dari lelaki, ni nak kahwin ramai pula? Aduhai, nampaknya makin ramai wanita single lah ye? Hoho~ 

Dalam Islam, wanita hanya boleh mengahwini seorang sahaja. Tapi kalau dah janda tu belakang cerita lahkan? Haha~ Aku tak nak cerita hal2 janda ni, tak reti lah (chewah~). Tapi apa pun si lelaki yang dibolehkan mengahwini 4 orang wanita. Kenapa? Aku pun tak tahulah, tanya lah ustaz ke ustazah.

Apa2 pun, walau lelaki boleh kawini 4 dan wanita pula hanya 1 tak pula bermaksud boleh kahwin sesama jenis. Masha-Allah! Apa lah yang kita layankan dengan kaum sejenis ni? Apa dia ada kita pun ada. Aduhai, kan ke tak seronok tu?! Takkanlah "pedang" sesama "pedang", "sarung pedang" sesama "sarung pedang"?? 

Dan lagi sekali tak juga dikatakan bolehnya kahwini kaum sejenis yang menyerupai kaum yang satu lagi. Tak kira lah yang dah modified ke belum, masih sama! TAK BOLEH!!


Eh! Eh! Berbalik pada tajuk entry tadi, 'Normal Wanita kahwini dua laki?'. Normal lah kan? Sebab: 



Haha~ Aku gurau je, saja nak cerita topik kahwin. Jangan marah ye? Aku nak test ada tak yang baca kalau tajuk menarik je bunyi? Hehe~


Couple? Hmm... Aku rasa...

Assalamualaikum! Hello kawan~ Apa khabar? Kalau dapat baca entry aku ni kira anda ni sihat lah kan? Hehe~ Okay, anda single ke double ye? Maksud 'double' tu adalah adakah anda tidak single. Hehe~ atau erti bahasa mudahnya couple. Aku rasa ramai di antara blogger wanita ni dah couple. Kan? Hehe~ Mana taknya sebab kat blog asyik tulis tentang pakwe je, macam orang lain tak ada pakwe je. (wekks~) Aku okay je dengan tu, tapi jangan harap aku baca lah. Tak ada makna aku nak baca hal peribadi orang. Kecuali kalau anda tulis pasal lebih umum tak apa lah. 

Okay, sebenarnya ini adalah tribute daripada entry dari blog anwarhadi.com. Jadi apa pendapat aku tentang couple? Aku setuju gila dengan semua yang ditulis oleh anwarhadi tu. Sangat setuju. Tapi aku masih ada pendapat aku sendiri. Aku rasa tak salah jika kita nak ada perasaan kat seseorang. Sebab itu adalah zahir, dan fitrah manusia untuk mempunyai hati dan perasaan. Kalau dah si lelaki suka si wanita dan si wanita suka si lelaki nak buat macam mana? Tapi apa yang salah adalah perlakuannya. 

Kadang2 terfikir juga perlu ke lafazkan "Sudi tak awak menjadi makwa saya?". Masa zaman mak ayah kita, bercinta je tapi tak pula kata macam tu. Huhu~ Ke ada? Apa2 pun yang aku tahu, bila si dia menerima 'lamaran' tersebut. Ianya seperti satu kata laluan untuk si lelaki menyentuh si wanita. (OMG!) Itu adalah realiti. Adakah si wanita tu tidak tahu password sebenar untuk si lelaki menyentuhnya adalah dari pengesahan kadhi dan 4 orang saksi? Lafaznya lebih kurang seperti "Aku terima nikahnya dengan wanita pilihan hati saya (nama si wanita) dengan mas kahwinnya. . .". Kan lebih romantik tu?!

Tapi kalau dah masuk ke alam percintaan ni, harap beringatlah ye? Tahu batas2 pergaulan anda. Walau si lelaki menjanjikan kebahagiaan yang macam gempak je bunyinya. Bercakap dengan muka yang penuh cahaya kebenaran macam mana sekali pun, tetap anda perlu menjaga batas2 semua tu. Nak bercinta jangan lama2 sangat. Dah cukup duit, pergi kahwin! Tak cukup duit tu jangan gatal2 ye? Huhu~ 

Haha~ Aku cakap macam lah aku tak ada buah hati kan? Hehe~ Maaf ye Cik Siti Norazlina, tak bermaksud nak tolak anda ketepi. Entry ni untuk kita sama2 beringat. Allah SWT sentiasa perhati kita. Kat mana pun kita buat kejahatan, walau kita tak nampak ada CCTV yang merakam. Tapi Allah SWT tak perlukan CCTV pun untuk melihat atau membuktikan apa2. Sedangkan mereka yang dah tunang pun boleh putus malam sebelum kahwin, inikan setakat sama2 ada perasaan. 

P/s: Aku ingat satu komen youtube aku baca, dari seorang luar negara lah. Seorang budak kecil bukan Islam bertanya kat ibu pada kawan nya yang beragama Islam. Dia tanya mengapa anak perempuannya perlu memakai hijab? Si ibu tu ambil dua bungkus gula2 dan satu bungkusan dibuka. Di letakkan di atas tanah kedua2nya dan disuruh budak itu memilihnya. Budak tu ambil yang dibungkus. Bila ditanya mengapa dia menjawab sebab satu lagi tu dah dibuka bungkusan dan kotor. Wanita tu membalas "Begitulah cara kami mengajar anak perempuan kami".

Mengapa adanya pertemuan?

Sedar tak bertapa hebatnya Allah SWT yang merancang segala perkara dimukabumi ini. Dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara. Mengapa tiba2 akal aku terlintas perkara ni? 

Dalam perjalanan pulang dari pasar, aku berjalan sorang2 ke arah tempat tinggal aku kat sini (Terengganu). Waktu tu azan maghrib berkumandang dan kebetulan aku terpaksa melalui surau tu. Tapi semasa aku melangkah pulang tu, fikiran aku agak kusut. Macam2 yang bermain dalam kepala aku, macam2 persoalan yang aku tertanya2. Tiba2 aku ditegur oleh seorang lelaki yang ada diluar surau tu. Dia bertanya2 duduk mana, student ke, dan macam2 lah. Soalan biasa2 je. Sebelum dia beredar, dia mengenalkan dirinya sebagai Fauzi dan aku pun kenalkan diri aku. Dan dia berlalu masuk ke surau.

Hmm... Persoalan yang bermain dalam kepala aku bagai terjawab je. Walau tak ada apa yang diperjelaskan, tapi akal aku seperti memahaminya. Allah SWT nak aku bertemu-Nya dan pertanyakan semua persoalan aku pada Dia. Hmm... Sesungguhnya Dia tahu segala jawapan dalam dunia ni. Dia yang merancang segalanya di dunia ini, dari yang baik ke perkara yang kita rasakan buruk. Jika kita sesat, Allah ada untuk kita. Hmm... Jika kita keliru, Allah juga ada untuk kita. Subhanallah... Kenapa kita lalai? Kenapa kita kian lupa? Astaghfirullah~


Cinta Hati si sembil9n? Salah kah semua ni?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sebab ada yang masih sudi singgah2 blog bosan aku ni. Haha~ Harapkan warna je menarik. Maaf lah ye? Aku kurang mentelaah internet sejak akhir2 ni selain mencari tutorial software Adobe. Nak mantapkan skill lagi. Oleh itu, aku juga kurang mendapat berita2 terkini sebab aku ni bukan kaki baca akhbar. Haha~ Sangat2 dibawah tempurung aku ni.

Okay, mengenai tajuk entry tu adalah saja2 je aku nak letak. Haha~ Sebab, aku tengok orang lain sebok buat entry pasal pasangan masing2 (terutama blogger perempuan). Mengapa ye? Aku bukan lah kisah jika anda nak tulis hal peribadi anda dalam blog, tetapi silalah bermanfaat untuk pengunjung blog anda membacanya. 

Apa2 pun itu tak jadi masalah sangat, sekurang2nya ada perkara yang orang nak baca. Dan mungkin boleh jadi iktibar atau panduan atau mungkin bagi pendapat ke apa ke kan? Hehe~ Yang jadi masalah sekarang ni, yang suruh klik2 eklan ni. Aduhai, hentikanlah. Kalau betul nak cepat kaya, pergi lah berniga ke apa ke. Jangan lah jadi malas sangat. Tahu tak anda, jika anda meminta orang klik eklan anda atau teruskan aktiviti "kau klik iklan aku, aku klik iklan kau", anda makan duit haram (kalau dapat duit lah). Sebab, anda telah melanggar undang2 dan perjanjian yang telah anda tanda tangani. Senang, pergi baca balik apa perjanjiannya. Lepas tu baru tanya aku kenapa ye?

Tapi aku tak rasa pun mereka yang kaki klik iklan ni baca entry aku ni. Apa dia peduli apa orang tu punya entry? Kejar duit semata2. Ish2~

Haha~ Teremosi pula aku ni. Sebenarnya aku ni taknak lah bangsa aku ni pemalas sangat. Jangan terlalu kejar kekayaan dunia ni. Akhirat tu lebih penting. Tak lama pun lagi masa kita dengan kematian. Ingat2 lah ye?

Tentang gambar yang tepi tu, bukan gambar awek aku. Haha~ Tu pelakon Asmirandah dari Indonesia. Cun kan? Dia berlakon untuk filem Dalam Mihrab Cinta dan dia juga pelakon iklan ini: