Sebelum memulakan bicara, aku nak mohon maaf sangat2 pada Messy Mama sebab aku tak dapat tunaikan sepenuhnya permintaan dia yang lepas. Sila lihat entry beliau yang ini. Bukan beliau je yang aku nak minta maaf, semua yang join segmen lepas aku nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan mereka. Dulu aku ada segmen Header free juga. Tapi disebabkan dulu aku ngada2 gunaka Disqus untuk ruang komen maka, apa yang ada di komen lama hilang selepas aku ntah apa aku belek2. Aku ada copy dalam lappy lama aku data2 mereka2 yang menyertai, sekali lappy aku overheat. Bahana memakai CQ40! Langsung aku tak dapat selamatkan apa2 dalam tu. Jadi maaf kan aku sangat2. Silap aku juga sebab tak follow up benda ni kan? Adoi! Serabut aku~
Tak apa lupakan kejap tu, moga yang request dulu tu memaafkan aku dan bagi tahu aku untuk repost entry dulu. Okay, Balik ke Messy Mama. Aku dah pun buatkan beliau header ni. Harap2 Messy Mama boleh memaafkan aku. Kalau Messy Mama tak berpuas hati dengan hasil kerja ini, sila bagitahu saya ye? Saya akan perbaiki. Messy Mama minta aku buatkan gambar dia jadi versi kartun. Tapi aku sangat2 tak berjaya mengkartunkan wajah dia. Maaf lah, aku bukan kaki lukis sangat. Kalau nak suruh aku lukis menjadi katun, Makan masa dan ikut inspirasi ada ke tidak. Ish~ Banyak pula alasan aku. Okay3~ "Saya minta maaf ye Messy Mama, nanti saya fikirkan sesuatu jika Messy Mama tidak berpuas hati dengan ini, saya ada back up plan,". Hehe~ Mungkin patutnya aku panggil puan kot?
Okay tak? Saya buatkan dua, tapi tak jauh beza sangat lah pun. Cuma warna je ditukar. Messy Mama boleh minta ubah apa2 atau mana2 dulu. Tulisan ke, warna ke, gambar ke atau apa2 je. Boleh2...saya akan usahakan. Saya free je ni (untuk beberapa hari ni).
Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni.
P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~
Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni.
P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan