Memaparkan catatan dengan label You Tube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label You Tube. Papar semua catatan

sembil9n nak cakap tentang Maharajalawak: Amir best!

Assalamualaikum, hai kawan2 aku yang singgah blog aku. Kenal Amir tak? Eh, bukan yang kawan anda tu. Ni Amir yang keluar TV tu!! Gempak weyh~! Haha~ Ni aku nak cakap sikit tentang Amir, Amir mana? Amir Raja Lawak! Seriously dia best! Aku tabik dengan dia! Banyak buat lawak. Hahaha~

Okay, aku tahu ramai yang tak suka diakan? Aku pun...tapi aku tak suka dia buat lawak bodoh tu. Sebab nampak dia seperti memperbodohkan dirinya je. Tapi apa2 pun aku tabik kat dia sebab dia still berani mencuba dan cuba dan cuba untuk menghiburkan orang! Tambahan dia sangat berani menunjukkan muka didepan orang untuk dicemuh, diherdik dan dimaki. Sangat berani mati ini Amir.

Dia yang menggunakan tagline "I'm sorry..." tu memang sangat sesuai sebenarnya. Sebab dia memang patut minta maaf sebab dia buat orang kan orang2 kita ni nampak kurang ajar dan tak menghormati orang. Wujudnya orang2 macam ni lebih membanyakkan manusia2 di Malaysia ni menunjukkan yang mereka tidak ada adap dalam berkata2 dan menkritik. Setuju?

Mengapa aku kata macam tu? Sebab lumrah manusia kan, kutuk dan maki orang pandai lah. Buatnya tak pun. Tak salah pun untuk mengkritik atau komen atau nak herdik sekali pun. Tapi bahasa kena elok. Cuba kena pada anda? Dah cermin diri ke belum? Jika anda ditempatnya? Kita mungkin boleh menyebutkan di sebelah yang positif tentang seseorang yang seperti Amir ni. Tak perlu lah sampai maki. Aduhai.

Dan aku ada pesanan untuk PENGUNDI-PENGUNDI AMIR di MAHARAJALAWAK! Silalah berhenti mengundi beliau. Tak kasihan ke pada si Amir di maki, di herdik, di caci, dan macam2 lagi. Dia tersingkir tak bermaksud kita tutup periuk nasi si Amir ni. Aku yakin ada je pengarah2 yang nak guna artis seperti Amir ni. Aku rasa dia boleh je nak berlakon. Even guaTV pun suruh kita hentikan undi si Amir sebab kasihan. Tolong ye, fikir2kan.





Baby kembar berbual. Video yang sangat comel! :D

Jika anda tak suka dengan bayi anda sangat aneh. Secara purata, hampir kesemua orang yang kata tak suka bayi sebenarnya tak bermaksud tak suka pun. Mereka cuma belum bersedia memilikinya. Tapi aku sangat suka budak kecik, sampai boleh dikatakan aku suka duduk kat mana2 Mall tengok gelagat budak2 kecik and bayi2 orang lain. Dari kajian mengatakan bayi ni atau anak2 kecil boleh menghilangkan tekanan tau. Sebab kecomelan mereka. Wah2~! Tapi jangan pula ni dijadikan alasan untuk anda membuat bayi banyak2 ye? Mampukah? (Lagi2 yang belum kahwin!!)


Cuba tengok video ni? Sangat2 comel kan? Haha~ Aku suka tengok! Agak2 apa ye yang mereka borakkan?? Ada siapa2 boleh tafsirkan? Hehe~

Dari pemerhatian aku. Mereka seperti membincangkan pasal stocking! Cuba tengok...sorang ada stocking sepasang, satu lagi dah tinggal satu. Lepas tu siap tunjuk pula kaki dia. Hehehe~ Ala-la-la.... Comel betul~ 

Tapi agak2 mereka faham ke ye sesama mereka? Pfft~ Apa pula tak faham kan? Mereka cakap bahasa yang sama! Apa punya soalan da~

P/s : Agak2 aku masa kecik2 comel ke ye? Hmm~ Ewww~!

(Video) Bermain dengan bayang-bayang.

Enty ni aku cuma nak kongsi video yang aku jumpa di YouTube. Sekarang ni memang aku kaki lepak dekat YouTube je, sebab macam2 aku jumpa di YouTube. Jangan kata YouTube ni tempat tengok haiwan2 comel atau perkara2 macam kereta hancur ke apa2 lah. Tapi YouTube ni ada macam2 yang boleh bagi kita sesuatu berguna seperti ilmiah. Aku rasa kita akan lebih memahami sesuatu bila ia dalam bentuk visual. Kan? 

Tak apalah, bukan tu tujuan aku untuk buat entry ni. Entry ni tentang video yang cool ni. Nanti aku nak cuba lah. Haha~ Okay, ni bukan bermaksud aku meraikan April Fool seperti entry yang lepas ni ye?

[vlog] 1tube buatan tempatan

Aku sangat malas nak tulis entry minggu ni. Mood turun naik. Jadi aku buat vlog lagi. So, silalah tonton.


Video klip, tak berani meluahkan.

Antara perkara yang paling aku suka bila tengok TV atau di YouTube adalah tengok video klip! Yeah! Haha~ Kenapa aku suka? Sebab video klip ni bagai kita menonton sebuah filem tapi dalam tempoh yang singkat. Dalam video klip biasanya akan menceritakan sama macam tengok filem, ada starting, ada punching line, ada klimaks, ada ending. Apa yang beza adalah tempoh cerita. Konflik pun ada kadang2, tapi tak lah pening kepala kita nak tunggu macam movie kan. Nak tahu apa jadi lah, suspen je.

Tapi dalam banyak2 klip video, aku suka tengok video klip muzik yang tak keluar kat TV. Semua tu ada kat YouTube lah. Bukan yang cover lagu orang dan duduk depan kamera main gitar atau alat muzik lain. Aku tak suka macam tu. Tu aku sendiri boleh nyanyi. Aku suka yang macam kat bawah ni.  Ni antara video klip yang sangat2 aku suka! Romantik gila! (Kantoi jiwangs)



Tajuk lagu ni adalah 'Olive you'. Apa makna tu? Okay, sebenarnya ni cerita tentang orang yang tak berani nak luahkan kata 'I love you' pada seseorang yang dia cintai. Jadi dia sebut 'Olive you'. Kira malu tapi mahu lah ni. Lagu ni adalah original oleh Dave Days yang sangat2 aku minati! Dia ni suka buat lagu style cover parody. Dan suka kaitkkan dengan Miley Cyrus dalam lagu2 dia. Mungkin lah dia peminat Miley Cyrus, sampai dia ada buat satu lagu untuk Miley Cyrus. Haha~ Nak tengok? Pergi lah ke YouTube, search Dave Days!