Memaparkan catatan dengan label Bumi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bumi. Papar semua catatan

Bumi ni macam telur. (Susulan gempa)

Assalamualaikum, konfius tak dengan tajuk entry aku yang atas tu? Bumi ni macam telur? Kenapa pula aku cakap macam tu ye? Haha~ Cuba tengok gambar rajah tepi ni. Yang warna2 coklat, biru dan apa semua tu adalah mewakili plat2 bumi. Dan anak2 panah warna merah tu mewakili pergerakan plat2 tu. Semua tu adalah dari kesan gempa bumi. Yang saban hari berlaku di muka bumi ni.

Dikatakan setiap tahun 1 inch sekurang2nya plat2 bumi ni bergerak. Tu kalau keadaan normal tak ada gempa, kalau ada gempa tak tahu lah.

Jadi kenapa aku kata bumi macam telur? Itu cuma bayangan aku je. Aku membayangkan bumi ni satu telur gergasi yang bakal pecah tak lama lagi. Jadi plat2 yang bergerak tu bagai rekahan telur yang kian retak. Haha~ Tu yang aku bayangkan.

Apa yang keluar dari bumi? Fikir2kanlah.


Segmen: 22 April adalah Hari Bumi.


Assalamualaikum. 22hb April adalah Hari Bumi (Earth Day). Dikatakan Bumi terjadi pada tarikh itu atau senang cerita adalah harijadi bumi. So sebagai manusia yang mendiami bumi tercinta ini, aku mohon anda jika ada masa terluang sertai segmen aku ni. Aku tahu blog aku ni tak lah tinggi traffik pun macam blogger2 lain. Tapi aku buat ni bertujuan untuk kita sama2 fikir sejenak untuk menghayati kurniaan Allah SWT pada kita. Dia beri kita tinggal di Bumi yang kaya dengan segala sumber yang sangat2 berguna dalam kehidupan seharian kita. Kita rasakan bumi ini kecil tapi masih banyak yang kita belum terokai di bumi ni. 

Jadi, apa yang perlu anda buat adalah:
  • Buatkan satu entry dan postkan didalam blog anda. 
  • Entry berkenaan hendaklah ada kaitan dengan Hari Bumi. Tidak kiralah cerita rekaan ke, cerita fakta ke atau apa2 je. Tapi kalau ada sumber lagi seronok. Asalkan berkaitan dengan Hari Bumi ni atau bumi ye? Tak semestinya fakta!
  • Dah siap post, tinggalkan link di ruang komen aku ni ye? Nanti aku akan publish siapa2 yang sertai segmen ni. Tapi jangan harapkan traffik tinggilah ye? Sekadar berkongsi cerita, idea, fahaman, ideologi, atau pendapat je. 
  • HANTAR SEBELUM PUKUL 11 MALAM esok (22hb April 2011).
SOKONGAN ANDA AMAT AKU HARGAI~! 

P/s : Tak perlu linkkan blog aku dalam entry pun tak ada masalah. Aku cuma nak baca entry anda. :)

(Dunia) Semua akan mula semula.

Hari ini, ramai manusia termasuk anda dan mungkin juga aku mengatakan bumi ni dah tua. Sememangnya bumi ni dah tua, dan teramat2 tua. Dikatakan umur bumi agak2 dalam 4.55 billion tahun dan aku rasa lebih lagi! Tua betul kan? Kalau bumi tua, matahari macam mana? Ish~ Susah gila nak fikir. 

Sepanjang kita kat Bumi ni (macam pernah pula duduk planet lain), pernah tak kita hargainya? Ala~ Tipu lah kalau aku kata anda tak pernah buang sampah rata2, campak dalam sungai, isap rokok, keluarkan asap kepul2, pencemaran itu ini dan pelbagai lagi. Aku rasa aku pun pernah je buat. Sebab tu dah macam habit kita kan? Kadang2 tak berniat pun, semuanya berlaku terlalu pantas tanpa kita sedari.



Aku pun tak tahu lah, macam mana caranya untuk sedarkan manusia zaman sekarang. Susah betul manusia ni. Kita masih sempat selamatkan bumi kita ni, walaupun sememangnya kita punya masa yang banyak. Namun sekurang2nya bumi ni dalam keadaan yang selamat diduduki. Jangan lah kematian kita disebabkan oleh silap kita atau keturunan kita sendiri yang tak menjaga bumi ni. Aku tak rasa manusia boleh berevolusi bernafas dengan karbon monoksida. Mustahil! Jadi buka lah minda anda tu, kita kena mula semula. 



P/s : Bumi dikatakan lahir pada 22 April (birthday aku!). Dan pada 22 April 1970 adalah hari pertama dunia meraikan Earth Day!