Assalamualaikum~ Entry ni bukan satu larangan atau bantahan kepada lagu2 nasyid. Tak ada halangan untuk anda atau siapa2 untuk mendengar apa mereka suka. Tapi timbul persoalan dalam diri aku; Mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Maksud persoalan aku adalah apa sebenarnya tujuan mereka dengar lagu2 tersebut?
Okay, mari kita tengok dari segi pendengar muzik zaman sekarang. Muzik didunia ni pelbagai genre, dari selembut2 muzik hingga sekeras2 dan bingit untuk didengar. Semua peminat2 serta pendengar2 muzik yg pelbagai genre ni terdiri dari pelbagai spesis manusia. Tapi dari statement ni, berapa ramai yang benar2 menghayati bait2 lirik yang ada dalam sesebuah lagu tu? Okay~ Mesti ada yang bertanya, ada sesetengah muzik tu tiada pun lirik dan hanya sekadar muzik. Tapi jangan kata ianya kosong. Tiap muzik yang di buat ada penceritaannya walau sekadar muzik tampa lirik. Muzik adalah lahir dari jiwa. Apabila didengar boleh memlehirkan sesuatu emosi dan mood.
Jadi, mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Adakah kerana bait2 lirik yang ada, atau sekadar suka dengan muziknya, atau hanya lagu tu je yang mereka mampu siulkan dimulut mereka? Aku tengok, kebanyakkannya mereka yang dengar nasyid kerana mereka suka kan iramanya. Lembut dan tenang. Tapi tak semua pada mereka menghayati bait2 liriknya. Kadang2 mereka mendengarnya kerana status mereka di satu kawasan. Biasanya ni berlaku pada remaja lah. Mereka dengar nasyid2 ni sebab mereka penyanyi nasyid kampus atau sesuatu persatuan dan mungkin kerana mereka adalah AJK surau ke macam tulah.
Sebenarnya tak salah apa2 pun yang nak anda dengar, genre apa pun sekeras mana pun lagu. Sebab lain hati lain jiwanya. Apa yang penting adalah pengisian dalam lirik dan ritma iramanya. Ada je lagu2 berirama nasyid ni yang sebenarnya menyesatkan. Sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia akan tahu kes ni. Jadi disitu amatlah penting untuk mengetahui pengisian sesuatu lagu. Jangan cop sesuatu lagu berentak agak keras atau rancak tidak sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Ada je lagu2 Rock yang bersifat ketuhanan, maksudnya menceritakan tentang perlunya mendekatkan diri pada Tuhan dan penyesalan.
Senang cerita, jangan lah kata pendengar muzik rock, elektronik, pop, metal, atau apa2 tu tak tahu agama dan jangan sangka orang yang dengar nasyid tu tahu hal2 agama. Zaman sekarang, boleh jadi lagu sekadar lagu. Manusia tu yang membentuk diri mereka.
Senang cerita, jangan lah kata pendengar muzik rock, elektronik, pop, metal, atau apa2 tu tak tahu agama dan jangan sangka orang yang dengar nasyid tu tahu hal2 agama. Zaman sekarang, boleh jadi lagu sekadar lagu. Manusia tu yang membentuk diri mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan