Peningkatan era permodenan ni makin meningkatkan dalam media penyampaian. Kalau dulu hanya tertumpu pada media cetak dan radio atau pun mulut ke mulut (bukan bercumbu), tapi kini media penyampaian lebih cepat dan super pantas. Perkara yang berlaku 2 minit lepas boleh tersebar diseluruh dunia dalam masa yang kurang dari masa perkara tu berlaku. Semua ni dengan terciptanya internet. Berita boleh tersebar dengan cepat dengan kewujudan komuniti blogger dan kini kian giat popular adalah vlogging.
Itu perkara yang aku nak kupas2 umpama bawang yang makin dikupas ia akan menjadi cantik (ayat WajibTayang). Dari pemerhatian aku, nak menyampaikan sesuatu kepada orang sangat mudah zaman sekarang ni. Agak pelik jika bila seseorang kata tidak tahu sesuatu perkara tu sebab sekarang sumber terlalu banyak. Contoh seperti bencana alam atau apa2, kalau tunggu media massa memang lambat lah kita tahu. Jadi dengan adanya internet, kita boleh tahu cepat. Tapi lain lah kalau anda kaki layan CNN kan? Tu sumpah cepat gila lah.
YouTube, siapa tak tahu YouTube? Ni adalah punca sesuatu tu tersebar lebih cepat. YouTube ni bukan sekadar website perkongsian video yang seperti lihat kucing2 comel, lihat orang jatuh longkang, atau apa2. Tapi YouTube ini telah menjadi seperti TV dimana ada rancangan mingguan, ada rancangan harian, dan ada yang setiap jam ada video baru. Disini, anda boleh membuat channel anda sendiri. Boleh tonton live sesuatu (kalau ada lah) perkara. Semuanya ada di YouTube. Dan anda boleh tengok banyak kali anda suka.
Di Malaysia, fenomena vlogging baru je nak naik. Dan ramai yang mencuba untuk vlogging. Apa tu vlog? Vlog ni adalah singkatan pada 'video' dan 'blog'. Jadi apa dari situ kita boleh membayangkan yang ianya satu cara berblogging dengan video. Tak banyak beza cuma bila di depan kamera, kita kena lebih beraksi dan membuat pelbagai mimik muka. Itu bertujuan untuk sebagai humor, ada banyak lagi tektik untuk orang tonton vlog kita. Tu semua bergantung pada daya kreativiti vlogger tu.Vlogging ni juga adalah satu media penting juga kerana kabanyakkan vlogger luar negara menyampaikan vlog mereka dalam pelbagai gaya. Ada seperti berita dimana menyampaikan sesuatu perkara di sekelilingnya. Ada yang temu bual, ada yang menyanyi dan macam2 lagi.
Media penyampaian sekarang kian membangun tapi berapa ramaikah yang memandang serius sesuatu penyampaian tu? Masih adakah yang menjawab apabila mengetahui sesuatu isu yang berlaku dengan jawapan, "tak tahu pun"? Buka mata, buka minda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan