Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Mahu Jadi Blogger Juga.

Ini adalah April, dan dia sedang kebosanan di waktu cuti nya.
Satu hari, dia pergi ke rumah kawan baiknya, May. Ketika dia datang, kelihatan May sedang buat sesuatu.
Apakah tu agaknya? May kelihatan sangat2 menyukainya. Jadi, April pun datang dekat dan bertanya lah...
Oh...jadi rupanya May sedang berblogging.

Setelah beberapa ketika si April melihat si May berblogging membuatkan yang dia ikut teruja nak berblogging jadi dia pun pulang ke rumah dan mencuba sendiri.

Keterujaan mula menular dalam diri. Lagi2 bila dah kenal dengan blogger2 otai dan lihat pencapaian mereka dengan hanya berblogging dapat 'side-income'. Jadi April pun terus blog tentang pelbagai perkara yang dia lintas dalam kepalanya.

Sehingga satu hari, blog dia diserang oleh sekumpulan komen yang menusuk2 hati. Di tambah dengan keadaan blog dia. Maka dia ada terdetik "Blog aku tak cantik...".
Maka, dia pun mula rasa malas nak berblogging. Dan semua kembali seperti biasa. Bosan tampa buat apa2.



Inilah yang biasa aku tengok kat orang2 yang berblogging. Hehe~ Dulu pun aku macam tu sehingga lah munculnya blog ni yang aku cuba untuk serius. 

Tujuan untuk menyampaikan apa yang aku tahu dan pandangan aku sendiri. Memang seronok dapat berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada betul tak?

Tapi hati2, perkara yang terlalu personal akan menyebabkan kebanyakkan orang rasa kita sangat2 lemah dan malas untuk menginjungi blog kita apakan lagi membacanya. Kadang2 juga ia mendatangkan aib pada kita sendiri sebab tampa kita sedar perkara itu telah dibaca oleh sesetengah orang yang anda tak terfikir akan baca.

Lagi satu, jika ianya banyak sangat hal cinta-cintun lagi lah orang malas baca melainkan anda menyampaikannya seperti novel disertakan susunan ayat yang puitis dan mampu menggambarkan keindahan nya. Tapi malangnya TIDAK berlaku pada mereka2 yang sering tulis hal cinta mereka.

Apa2 pun, selamat berblogging!



+++++++++
P/s : Kepada sesiapa yang tak pasti bagaimana aku buat character2 doodle ni dan ada sikit2 ragu. Meh aku bagitahu bahawa aku lukis menggunakan Adobe Illustrator CS5 dan hanya menggunakan tetikus bewarna merah-hitam yang aku beli ketika belajar dulu. 

Ini adalah hasil idea aku sendiri ditokok tambah dari pemerhatian aku serta pengaruh lukisan2 yang aku lihat dan aku adaptasikan menjadi character2 ni. Aku bukan doodler, cuma aku malas lukis. Haha~

Cukup bagus ke nak jadi Tuhan?

Assalamualaikum, kepada pengunjung2 blog aku. Sekarang ni macam2 perkara yang berlaku. Dan manusia kian berani dari hari ke hari. Bukan saja pihak bukan Islam tapi pihak Islam pun dah berani mencabar kuasa Allah SWT. Astaghfirullah...

Tapi aku tak nak sentuh bab yang Islam tu, kang jadi isu lain pula. Aku nak cakap tentang satu game yang di buat oleh Ubisoft. Aku tak pasti dah keluar ke belum game ni. Tajuknya ; From Dust, dan ini adalah sedutan videonya. 


Ubisoft, ni memang suka buat game2 yang stylo macam ni. Dan From Dust ni bukan game pertama bercirikan 'menjadi Tuhan' sebab sebelum2 ni dah berlambak dah. Game macam ni biasanya kita menjadi 'Tuhan' yang mencipta dunia. Air terjun lah apalah bagai. Game jenis ini ada peminatnya tersendiri. Walau ramai yang tak sedar game ni boleh melanggar akidah.

Tapi dari sudut positifnya kita boleh ketahui betapa rendahnya kita untuk mencipta sesuatu yang SEMPURNA. Pada setiap game2 yang muncul akan ada kelemahan masing2. Lepas kelemahan dikenal pasti, sikual seterusnya dikeluarkan. Tapi masih ada kelemahan.

Walau ia boleh melanggar akidah, tapi harap pemain game2 seperti ini perlu tahu batas2nya ye. Aku tahu ia sekadar entertaiment. Tapi hiburan lah yang boleh menyesatkan kita tanpa sedar.

P/s : Dah besar dah kan? Boleh fikir sendiri.

J-Pop, K-Pop dan Malaysia. . .

Assalamualaikum, jika anda peminat K-Pop, J-Pop, Ais Krim Pop, lollipop, mercun POP, serta pop-pop yang lain. Maaf jika tersinggung dengan entry aku ni dan mungkin akan kata aku cemburu dengan mereka. Hello~ Sikit pun tak goyah ye, aku ada dia. Seperti yang anda tahu, perkara2 POP ni menjadi kegilaan remaja2 kita. Tapi bukan POP yang biasa2 kita dengar tu. Ini adalah K-Pop dan J-Pop!  

Okay, aku akui aku juga salah seorang peminat industri muzik mereka. Penampilan yang unik dan sememang2nya kita sedar ia datang dari mereka. Maksudnya the original. Tapi dah mula pula orang yang berkulit sawo matang, berhidung agak kembang, berambut hitam kerinting nak tiru gaya mereka. Tak ada masalah nak tiru gaya muzik tapi sampaikan penampilan pun nak tiru tu apa kes?!

Kalau dulu kita di kejutkan dengan warga Indonesia yang meniru gaya K-Pop dan J-Pop dengan menampilkan kumpulan SMASH. Mereka popular dengan lagu 'I Heart You'. Dan respond kebanyakkan orang adalah:

  • "Ewwgh~! Geli doe!"
  • "WTF?!"
  • "GAY~!!"
Eh? Ada yang tak tahu ke? Ni dia video mereka:
Pendapat? Kalau yang boleh terima tu ikut lah ye. Sebab Muka melayu tetap ada dan...ewww! Aku rasa macam tengok lelaki yang nak ke arah gay. Serius! Sebab aku dah banyak kali berdepan dengan lelaki spesis itu (AKU TIDAK GAY!). Sorry, aku tak minatlah. 



Itu di Indonesia, tapi kini dah ada di Malaysia! Maksudnya dah ada kumpulan di Malaysia yang nak jadi sebahagian K-POP dan J-POP!! Okay, anda mungkin dah terbaca dari blog orang2 lain. Yang aku tahu ada 2 grup. Satu grup lelaki dan satu grup perempuan. Pendapat?? Totally TERUK!! 


24:7 tu adalah nama kumpulan mereka. Tak kisah lah kan nama apa pun sebab aku rasa macam cool je dah tu, tapi mereka tidak! Tak tahu kenapa aku rasa bila tengok gambar ni seperti aku tengok segerombolan lelaki homoseksual bergambar beramai2?! Maaf lah, aku tak boleh terima LANGSUNG! Bagi aku orang2 macam ni adalah POSER. Err~ Apa maksud POSER tu? Ianya seperti berpura menjadi individu lain, serta menumpang nama yang telah orang lain guna. Hehe~ Salah kot maknanya. Aduh! Aku sarankan anda lihat disini. Siap ada grup anti-24:7 lagi. Haha~

Dan, ini satu lagi kumpulan yang meniru2 K-pop dan J-Pop. Ye, aku akui sebagai lelaki mula2 tengok rasa WOW! Tapi lepas tu, "Astaghfirullah~" mereka ni rasanya melayu dan biasanya Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Sama lah dengan 24:7 tu. Kalau pun mereka tak berpendidikan agama, tapi sekurang2nya tahu adat dan budaya orang kita. Apa? Fashion moden? Siapa kata moden? Cuba cari sejarah skirt dari zaman bila? Siapa reka? Moden ke?!

Allahu-akhbar! Kiamat dah dekat sangat2 dah ni.

Daging tu haram dimakan!

Assalamualaikum! Kali ni tak nak kata panjang. Cuma nak post juga perkara yang kawan aku post. Kire Repost lah. Aku sumpah mengalir air mata tengok. Manusia makin kejam. 


Hah, jangan kata ni bukan Malaysia. Kat Malaysia okay! Anda boleh buktikan kat Malaysia okay ke? Walau kita negara Islam tak semestinya pekara2 macam ni ikut cara Islam. Kira macam kita Islam, dan adakah kita ni 100% buat perkara yang berlandaskan Islam? Kalau anda kata ye, cuba renung balik. Ye? 

Itu lah pentingnya 'English Education'. Kata2 Usop Wilcha?


Assalamualaikum! Dah2 jangan kata aku buat tajuk saja nak tumpang populariti Usop Wilcha. Aku sebenarnya nak pinjam je kata2 dia. Itu lah pentingnya 'English Education'. Kata2 Usop Wilcha? Betul ke kata2 dia? Ada awok kisah ke? Haha~ 

Apa2 pun kata2 tu popular dari cerita Zombie Kampung Pisang lagi kan? Cerita2 Mamat Khalid memang terbaik setakat ni. Bak kata mak aku, sejak dari zaman Rombongan Cik Kiah lagi. Tu baru lah dikatakan hasil karya seni. Bukan macam cerita2 si Hassan Mutalib tu. Hehe~

Okay, sebenarnya aku nak cakap betapa pentingnya 'English Education' seperti yang sering disebut2kan oleh Usop dalam filem2 tu. Kenapa penting? Sebab antaranya adalah ia bahasa kebangsaan atau bahasa Lingua Franca (kalau salah betulkan). Kalau pergi mana2, insha-allah jika mereka bependidikan, mereka akan faham ayat bahasa inggeris.

Bukan lah aku nak kata bahasa melayu ni tak bagus dan terus guna English. Maksud aku dan mereka2 yang lain tu adalah sekurang2nya tahu lah nak menyebut ayat2 dan suku kata dan faham apa orang kata. Sebab kot satu hari ada mana2 orang lain speaking in English with you and you don't understand. They might lie or cheat or apa2 lah. Haha~ Aku nak speaking pun tak reti. Kelaut Grammar. 


Cuba tengok ni:


So, itu lah pentingnya 'English Education'...

Kesedaran tentang hadiah.

Assalamualaikum semua yang datang ke blog aku. Kali ni aku cuma nak buat satu entry pendek je. Aku kurang keseronokkan harini. Hehe~ Masih berfikir nak buat apa sebenarnya. Jadi aku semak2 blog aku dan aku mendapati ada seorang telah join segmen Hari Bumi aku tu, dan masih lagi open sampai malam ini. Blogger tu adalah Cik Huda!  Terima kasih kerana menyertai. Aku dah baca entry dia dan bagus untuk dia. Menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita sebagai manusia yang tinggal dibumi ni. Pergi lah baca entry dia tu. Blog dia pun bagus tak terlalu peribadi macam sesetengah orang perempuan tu kan? Hehe~

Aku sebenarnya nak tunjuk video ni. Sempena hari jadi aku yang ke 21 ni, aku buat vektor gambar si dia. Haha~ Kenapa dia? Adalah. . .




Okay tak? Ni belum siap lagi sebenarnya. Aku letih tengok screen lama2. Nanti lah aku siapkan. Huhu~

Kehijauan dihujung jari.



Assalamualaikum! Apa benda aku nak merepek ni ye? Haha~ Sebenarnya aku nak batak kat anda semua dengan design aku ni. Agak2 ada macam meniru siapa2 ke ye? Aku cuma adaptasi sikit je. Kalau ada tertiru maaf lah ye. Huhu~

Apa yang aku cuba sampaikan dalam lukisan vektor tersebut? Aku cuba menyampaikan mesej hijau dalam karya ini. Cuba check handphone masing2 dapat tak? Hehe~ Bukan mesej tu ye kawan2. Maksud karya aku ni adalah perlunya kita ada pertalian dengan kehijauan bumi kita ni. Bukan pertalian yang anak beranak tu ye, tapi maksudnya kita perlu mengenali tumbuhan2 ni. Haha~ Kenapa kita kena kenal? Tak kenal maka tak cinta! 



Nak tengok iklan Window DOS-5 dulu tak?

Assalamualaikum! Aku cuma nak tunjuk video iklan window zaman dulu. Kalau kita hidup zaman tu pun kita dah rasa hebat gila dah, tapi sekarang kalau kita tengok balik? Hahaha~ Anda nilai lah sendiri dengan tengok video ni.


Cuba anda periksa, mana tahu anda ada Split Identity?!


Assalamualaikum, entry kali ni nak suruh anda check kot lah anda ni ada 'split identity'. Apa tu? Tak pernah dengar? Ni adalah satu penyakit dimana seseorang individu mengalami permasalahan dua identiti. Paham tak maksudnya? Tu dalam gambar atas tu lebih kurang macam tu. Orang2 yang ada penyakit ni sekurang2nya mempunyai dua identiti. Kira macam sekejap dia seperti tegas dan profersional dan sekejap dia garang dan emotional. Tu contoh ye.

Kelakuan orang yang orang yang menghidapi Dissociative identity disorder (DID) ni biasanya akan dituruti dengan hilang ingatan. Tak lah lupa semua perkara, cuma macam lupa biasa tu tapi ia kerap. Alahai~ susahnya. Apa yang lebih susah adalah apabila pakar juga tak dapat kenal pasti apa sebenarnya penawar ubat ni. Yela, kalau fikir logik akal pun still tertanya kenapa pesakit jadi macam tu?

Aku nak terangkan banyak2 pun aku dah naik pening. Apa aku nak kata cuma bersyukurlah jika anda adalah normal. Sebab mereka yang menghidapi sesuatu yang pelik2 macam ni mungkin tak ada penawar dan mungkin membuatkan mereka dipinggirkan dan mungkin tak dapat pekerjaan yang dikehendaki kerana keanehan penyakit yang dihidapi. 

Dan anda juga jangan pula mengherdik kekurangan orang lain. Anda herdik mereka yang lain tapi berkemungkinan darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT. Anda cukup bagus ke nak herdik orang? Sebelum anda nak herdik orang lain, cuba anda ingat2 balik. Ada tak perkara yang mungkin memalukan diri anda atau mungkin perkara yang tak mampu anda buat tapi orang lain boleh? Hah! Ada kan? Anda pun ada kekurangan. Jadi herdik lah diri anda.

Hehe~ Ni sekadar kata2 untuk muhasabah diri. Aku berkata sebab aku mengingatkan diri aku dan sama2 kawan yang lain. Maaf kalau terkasar. Jom layan lagu ni.



sembil9n nak cakap tentang Maharajalawak: Amir best!

Assalamualaikum, hai kawan2 aku yang singgah blog aku. Kenal Amir tak? Eh, bukan yang kawan anda tu. Ni Amir yang keluar TV tu!! Gempak weyh~! Haha~ Ni aku nak cakap sikit tentang Amir, Amir mana? Amir Raja Lawak! Seriously dia best! Aku tabik dengan dia! Banyak buat lawak. Hahaha~

Okay, aku tahu ramai yang tak suka diakan? Aku pun...tapi aku tak suka dia buat lawak bodoh tu. Sebab nampak dia seperti memperbodohkan dirinya je. Tapi apa2 pun aku tabik kat dia sebab dia still berani mencuba dan cuba dan cuba untuk menghiburkan orang! Tambahan dia sangat berani menunjukkan muka didepan orang untuk dicemuh, diherdik dan dimaki. Sangat berani mati ini Amir.

Dia yang menggunakan tagline "I'm sorry..." tu memang sangat sesuai sebenarnya. Sebab dia memang patut minta maaf sebab dia buat orang kan orang2 kita ni nampak kurang ajar dan tak menghormati orang. Wujudnya orang2 macam ni lebih membanyakkan manusia2 di Malaysia ni menunjukkan yang mereka tidak ada adap dalam berkata2 dan menkritik. Setuju?

Mengapa aku kata macam tu? Sebab lumrah manusia kan, kutuk dan maki orang pandai lah. Buatnya tak pun. Tak salah pun untuk mengkritik atau komen atau nak herdik sekali pun. Tapi bahasa kena elok. Cuba kena pada anda? Dah cermin diri ke belum? Jika anda ditempatnya? Kita mungkin boleh menyebutkan di sebelah yang positif tentang seseorang yang seperti Amir ni. Tak perlu lah sampai maki. Aduhai.

Dan aku ada pesanan untuk PENGUNDI-PENGUNDI AMIR di MAHARAJALAWAK! Silalah berhenti mengundi beliau. Tak kasihan ke pada si Amir di maki, di herdik, di caci, dan macam2 lagi. Dia tersingkir tak bermaksud kita tutup periuk nasi si Amir ni. Aku yakin ada je pengarah2 yang nak guna artis seperti Amir ni. Aku rasa dia boleh je nak berlakon. Even guaTV pun suruh kita hentikan undi si Amir sebab kasihan. Tolong ye, fikir2kan.





Cuba anda periksa, ada tumor otak ke tidak?

Assalamualaikum kawan2, lama tunggu akal aku lagi? Maaf lah kurang update blog sejak dua menjak ni. Tak apa, aku cuba beri komitmen lagi ye untuk update blog. Sibuk dengan pembelajaran HTML untuk buat website. Susah juga rupanya. Boleh kena tumor otak camni. Haha~ Okay, sebenarnya aku nak cerita tentang tumor otak ni. Mungkin tak ramai yang tahu atau tahu tentang benda ni. Tapi penyakit ini agak biasa dikalangan kita kot untuk mendengarnya. Cuma berapa orang sangat yang cakna dengan perihal ni? Biasalah kan? Manusia seperti kita ni, bila tak kena pada diri sendiri tak adalah nak ambil peduli. 

Anda tahu apa tu sebenarnya tumor otak? Aku pun kurang pasti. Tapi dari sumber yang aku peroleh; tumor otak ni merupakan satu ketumbuhan dalam otak yang terhasil dari sel2 otak. Hah?! Macam mana tu? Haha~ Aku pun tak pasti, jika anda pelajar medic ke apa, silalah bagitahu aku ye maksud sebenar. 

Dari sumber yang terperoleh, tumor otak ni ada dua. Antara ia tumor yang kanser dan bukan kanser. Rasanya kalau yang bukan kanser ni kira okay lah dan boleh dibuang dengan pembedahan. Tapi kalau tak bedah tumor akan menjadi besar dan boleh mengancam nyawa! 

Untuk tumor yang spesis kanser pula, ada kebarangkalian yang tinggi untuk kanser itu merebak ke bahagian lain dan menyebabkan kanser2 yang lain. Tapi menurut sumber, kes yang tumor kanser kat otak ni dikatakan jarang merebak ke bahagian2 luar sistem saraf pusat. Apa maksudnya? Ntah. Haha~ Aku tak ambil medic. Yang mengetahui...sila terangkan.

Okay, dibawah ni aku copy paste tanda2 kemungkinan anda ada tumor otak:

  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.
  • Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
  • Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.
  • Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:
  • Loya dan muntah.
  • Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
  • Gangguan makan.
  • Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
  • Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).
  • Kesukaran untuk berjalan.
  • Keletihan dan terasa lemah badan.
  • Peningkatan berat badan.
  • Perubahan pada endokrin.
  • Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:
  • Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
  • Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan.
  • Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
  • Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.
  • Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)
  • Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Kalau ada tanda2 berkenaan, silalah dapatkan pemeriksaan doktor ye. Jangan ngada2 nak suruh  pakwa atau makwa yang periksakan. Tu dah jadi periksa lain dah. Bukan kat otak perginya...

Kenapa aku cerita mengenai tumor otak ni adalah kerana kawan Blogger aku sekarang ni sedang dalam perjalanan ke Melbourne untuk melakukan pembedahan susulan untuk pembuangan tumor otak beliau. Semoga Allah selamatkan pembedahan dan dapat lah kami bertemu lagi. Di bawah ni vlog yang aku buat khas untuk beliau. Nikmatinya:


Kisah seram DJ Isma Halil Hamzah. Betul ke tak betul?

Assalamualaikum. Aku baru dengar dari kawan aku tentang satu kisah yang seram2 sejuk bila aku dengar. Asalnya aku tengok dia tengah ber'webcam' dengan kawan dia dan tiba2 muncul lembaga putih dibelakang kawan dia. Fuh!! Sekali rupanya orang tengah solat lah. Haha~ 

Jadi dari cerita tu, aku pun terbuka lah cerita tentang hantu2 semua ni. Cerita hantu dari webcam contoh macam masa kita tengah webcam2 ni, tiba kawan kita dalam webcam tu tegur ada kawan kita yang ganggu kat belakang kita masa berwebcam dengan dia. Walhal kita masa tu seorang2 je tak ada kawan. Seram tak?

Lepas cerita2, dia buka tentang ada DJ Radio pada tahun 90-an buat satu rancangan kongsi cerita seram2 ni. Then satu malam ni, ada pemanggil call dan ceritakan satu pengalaman sama macam pemanggil lain. Cerita tu di dengar LIVE di radio oleh semua pendengar radio (aku tak ingat radio apa). Aku tak pasti macam mana cerita versi asalnya tapi kawan aku ceritakan balik kat aku lebih kurang macam ni:


Pemanggil itu telefon dan mengatakan pengalaman dia iaitu sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
 Dalam keadaan yang mengantuk tu, pemanggil tu memberitahu tiba2 ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba2 dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dek gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia sedari ada satu lagi lori muncul tiba2 dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk kedalam gaung.
 Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian di ikuti dengan gelak dan talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa dan ditenangkan oleh DJ.
Anda mungkin memikirkan ia hanya panggilan palsu atau main2 oleh pemanggil. Namun keesokkan harinya, di akhbar terpampang berita mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang dikatakan dalam radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah 2orang warga emas, seorang kanak2 dan sepasang suami isteri! DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula rakaman malam tadi dari pemanggil misteri tersebut, namun rakaman tersebut kosong!

Aku dengar cerita ni pun rasa macam WOW! Menarik macam filem kan? Haha~ Mula2 aku ingat cuma cerita mulut ke mulut yang tak ada titik pangkal. Tapi lepas aku try search2 kat Google, adalah aku jumpa orang kata2 sikit tentang ini dan DJ berkenaan adalah DJ Isma Halil Hamzah yang mengacara satu rancangan yang pemanggil berkongsi cerita2 seram.

Ni antara contoh rakaman pengalaman seram dari pendengar. Tapi aku tak jumpa pula keratan akhbar tentang kemalangan tu dan rakaman yang dikatakan memang tak ada. Hmm~ Agak2 boleh percaya tak? Aku pun pening lah nak fikir ditambah dengan malas nak mencari. Haha~ Kalau aku dibayar tak apalah aku nak cari. Hehe~

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Versi tambahan dari orang lain :

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-398823.html

Acara BTO: Review 100th @ 1st entry!

Okay, ni acara yang aknjurkan sendiri. Hehe~ Ni lah namanya tak ada kerja! Sebenarnya aku saja nak kita sama2 tengok perkembangan blog kita dari yang dulu hingga yang sekarang. Jika macam tu juga, maknanya tak cukup lagi lah. Tu pun kalau nak serius lah dalam dunia blog ni. Huhu~ 

Okay so, apa entry ke seratus aku?? Anda boleh lihat entry aku yang ke seratus bertajuk "Tekan2 Penekanan". Apa kejadahnya aku tulis tu? Haha~ Tu entry mengenai aku tentang pandangan aku terhadap apa aku nampak waktu tu. Masa tu raya haji dan aku di kampung yang tak ada line internet. Gila bosan! Haha~

Lepas tu, dalam entry tu juga aku ceritakan tentang pendatang asing yang bekerja di kawasan kampung aku. Memang ramai. Mereka disini hidup mewah je kan? Kalau di tempat mereka, semua tak mampu. Ish3~

Seterusnya tentang entry tu anda boleh baca sendiri lah ye. Hehe~ Apa2 pun aku nampak ada lah juga peningkatan dalam entry2 aku ni. Tapi kadang2 ada penurunan juga. Ish3~ Okay lah jugakan? 

Kepada yang nak sertai acara ni boleh lihat syarat dengan klik perkataan INI. Dan sesiapa yang tak tahu macam mana nak cari entry yang ke seratus, sila lihat video dibawah ini ye?




Baby kembar berbual. Video yang sangat comel! :D

Jika anda tak suka dengan bayi anda sangat aneh. Secara purata, hampir kesemua orang yang kata tak suka bayi sebenarnya tak bermaksud tak suka pun. Mereka cuma belum bersedia memilikinya. Tapi aku sangat suka budak kecik, sampai boleh dikatakan aku suka duduk kat mana2 Mall tengok gelagat budak2 kecik and bayi2 orang lain. Dari kajian mengatakan bayi ni atau anak2 kecil boleh menghilangkan tekanan tau. Sebab kecomelan mereka. Wah2~! Tapi jangan pula ni dijadikan alasan untuk anda membuat bayi banyak2 ye? Mampukah? (Lagi2 yang belum kahwin!!)


Cuba tengok video ni? Sangat2 comel kan? Haha~ Aku suka tengok! Agak2 apa ye yang mereka borakkan?? Ada siapa2 boleh tafsirkan? Hehe~

Dari pemerhatian aku. Mereka seperti membincangkan pasal stocking! Cuba tengok...sorang ada stocking sepasang, satu lagi dah tinggal satu. Lepas tu siap tunjuk pula kaki dia. Hehehe~ Ala-la-la.... Comel betul~ 

Tapi agak2 mereka faham ke ye sesama mereka? Pfft~ Apa pula tak faham kan? Mereka cakap bahasa yang sama! Apa punya soalan da~

P/s : Agak2 aku masa kecik2 comel ke ye? Hmm~ Ewww~!

(Video) Bermain dengan bayang-bayang.

Enty ni aku cuma nak kongsi video yang aku jumpa di YouTube. Sekarang ni memang aku kaki lepak dekat YouTube je, sebab macam2 aku jumpa di YouTube. Jangan kata YouTube ni tempat tengok haiwan2 comel atau perkara2 macam kereta hancur ke apa2 lah. Tapi YouTube ni ada macam2 yang boleh bagi kita sesuatu berguna seperti ilmiah. Aku rasa kita akan lebih memahami sesuatu bila ia dalam bentuk visual. Kan? 

Tak apalah, bukan tu tujuan aku untuk buat entry ni. Entry ni tentang video yang cool ni. Nanti aku nak cuba lah. Haha~ Okay, ni bukan bermaksud aku meraikan April Fool seperti entry yang lepas ni ye?

Cinta Hati si sembil9n? Salah kah semua ni?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sebab ada yang masih sudi singgah2 blog bosan aku ni. Haha~ Harapkan warna je menarik. Maaf lah ye? Aku kurang mentelaah internet sejak akhir2 ni selain mencari tutorial software Adobe. Nak mantapkan skill lagi. Oleh itu, aku juga kurang mendapat berita2 terkini sebab aku ni bukan kaki baca akhbar. Haha~ Sangat2 dibawah tempurung aku ni.

Okay, mengenai tajuk entry tu adalah saja2 je aku nak letak. Haha~ Sebab, aku tengok orang lain sebok buat entry pasal pasangan masing2 (terutama blogger perempuan). Mengapa ye? Aku bukan lah kisah jika anda nak tulis hal peribadi anda dalam blog, tetapi silalah bermanfaat untuk pengunjung blog anda membacanya. 

Apa2 pun itu tak jadi masalah sangat, sekurang2nya ada perkara yang orang nak baca. Dan mungkin boleh jadi iktibar atau panduan atau mungkin bagi pendapat ke apa ke kan? Hehe~ Yang jadi masalah sekarang ni, yang suruh klik2 eklan ni. Aduhai, hentikanlah. Kalau betul nak cepat kaya, pergi lah berniga ke apa ke. Jangan lah jadi malas sangat. Tahu tak anda, jika anda meminta orang klik eklan anda atau teruskan aktiviti "kau klik iklan aku, aku klik iklan kau", anda makan duit haram (kalau dapat duit lah). Sebab, anda telah melanggar undang2 dan perjanjian yang telah anda tanda tangani. Senang, pergi baca balik apa perjanjiannya. Lepas tu baru tanya aku kenapa ye?

Tapi aku tak rasa pun mereka yang kaki klik iklan ni baca entry aku ni. Apa dia peduli apa orang tu punya entry? Kejar duit semata2. Ish2~

Haha~ Teremosi pula aku ni. Sebenarnya aku ni taknak lah bangsa aku ni pemalas sangat. Jangan terlalu kejar kekayaan dunia ni. Akhirat tu lebih penting. Tak lama pun lagi masa kita dengan kematian. Ingat2 lah ye?

Tentang gambar yang tepi tu, bukan gambar awek aku. Haha~ Tu pelakon Asmirandah dari Indonesia. Cun kan? Dia berlakon untuk filem Dalam Mihrab Cinta dan dia juga pelakon iklan ini:


Menarik! Okestra yang bertajuk 4'33" digubah oleh John Cage.

Aku menjelajah ke beberapa blog antarabangsa sambil2 lepak2 di YouTube. Aku menemui sesuatu yang menarik iaitu persembahan okestra lagu yang digubah oleh John Cage. John Cage adalah seorang yang hebat. Baca lah profile beliau. Aku kagum dengan spesis orang macam ni. Haha~ 

Mengenai lagu ini, John Cage ingin menyampaikan agar penonton menghayati bunyi sekeliling. Setiap orang akan menggambarkan sesuatu bunyi tu dalam gambaran yang berbeza. Anda faham? Tak faham? Tengok lah video ni:

[vlog] 1tube buatan tempatan

Aku sangat malas nak tulis entry minggu ni. Mood turun naik. Jadi aku buat vlog lagi. So, silalah tonton.


Video klip aku buat untuk lagu 'Sedetik Lebih'

Aku buat video ni sebab aku tak dapat tidur. Kecelaruan ditambah dengan rumah aku ditingkat 3 banjir. Jadi aku buat tak tahu dengan air, dan buka Adobe Illustrator CS5. Maka tersiaplah video klip ini. Sorry kalau tak best, ni practice aku nak buat cerita pendek maybe lepas2 ni. Dalam kepala dah ada idea tapi tak terbuat2. Hmm~



Aku rasa macam lucu lah~ Haha~

Lagu sepanjang zaman.

Makin hari boleh dikatakan di Malaysia ni, satu hari akan lahirnya lagu baru. Lagu dari artis2 Indie yang memang makin hangat sekarang ni. Ada yang dikenali ada yang tak pernah orang dengar pun namanya, dan mungkin ada yang orang tak pernah tahu pun kumpulan tu wujud. Tak kisah lah kan. Janji mereka tunjuk bakat (walau aku tak suka sangat). 

Tapi entry ni aku nak menyebut tentang lagu2 sekarang punyalah senang liriknya. Pada aku lah, pada anda aku tak tahulah. Lirik yang seperti bahasa2 biasa guna hari2. Tak ada bunga2 lagi macam dulu. Adakah itu trend sekarang ye? Aku pun tak pasti, sebab lagu yang mudah di fahami ni biasanya kurang bertahan. Dan biasanya ia hanya seperti pisang goreng je. Panas2 sedap lah, bila dah lama kita dengar rasa biasa je. 

Berbeza dengan lagu dulu2, dimana orang cipta lirik punyalah berbunga2 dan ayat2 agak bombastik! Sampai ada yang dengar tak tahu apa maksud bait2 lagu tu. Hehe~ Tapi bila betul2 dengar, paham lah juga. Apa2 pun, lagu zaman lama tu lebih bertahan sampai sekarang. Sampai ada yang cop lagu zaman tu adalah "Lagu sepanjang zaman"! Yela, dengar sampai sekarang pun masih layan lagi.



Tu satu contoh lagu sepanjang zaman. Budak2 kecil yang dalam lingkungan 5 tahun pun masih tahu dan boleh nyanyikan lagu ni. Tu baru dikatakan hebat. Berbanding lagu sekarang, cuma orang yang layan je tahu. Dan lagu2 ni tak jadi sepanjang zaman sebab bertahan cuma di tahun2 pertama lagu tu popular, lepas tu kian dilupakan atau pudar..

Aku pun tak paham sangat apa yang tak kena dengan lagu sekarang? Apa yang kurang pada ramuan yang mereka letak yang tak menjadi lagu sepanjang zaman? Tak faham2. Haha~