Sebuah kamera tersembunyi telah berjaya menangkap gambar Badak Sumbu Jawa yang jarang ditemui sedang melahirkan anak. Mungkin anda rasa ianya tidak pelik pun sebab, biasalah haiwan melahirkan anakkan. Lainlah jika badak sumbu tu bertelurkan? Tapi ia menjadi sangat gempar kerana dikatakan bilangannya hanya ada kira2 40 ekor sahaja yang tinggal didalam hutan. Maknanya haiwan ini adalah haiwan terancam kepupusan! Dengan adanya bukti ia melahirkan anak, maka skala 40 tadi boleh ditingkatkan dalam 50 ekor di dalam hutan. Maka, ianya sesuatu yang bagus.
Adakah anda rasa ianya tidak penting bagi anda tentang kepupusan haiwan ni? Kepada yang tidak kisah dengan kepupusan ni, cuba bayangkan jika manusia didunia ni tinggal 40 orang je? Dan tak ada persenyawaan? Macam mana? Jadi dari bilangan yang sikit bila terlahirnya generasi baru, maka ianya sangat2 menggembirakan! Sebab itu para saintis sangat gembira bila dapat tahu badak sumbu ni melahirkan anak. Dikatakan mereka mahu mengetahui lebih banyak lagi info dimana ada kemungkinan masih ada badak sumbu betina yang bunting. Wah~ Maka mungkin akan bertambah lagi lah bilangannya kan?
Tu video yang berjaya kamera tersembunyi tu ambil di hutan. Comel je anak badak sumbu tu. Haha~ Badak sumbu ni dikatakan diancam kerana sumbu atau tanduk nya selain dari diancam oleh penyakit. Sumbu yang diambil akan diproses menjadi serbuk untuk dijadikan ubatan tradisional Cina dan rakyat Asia yang lain. Namun tiada bukti saintifik pun yang mengatakan ianya berkesan untuk dijadikan ubat. Badak sumbu jawa ini dijaga dihabitat asalnya di Hutan Simpan Ujung Kulon di Indonesia sana. Jadi harap2 selamat lah ye. Aku tahu, memang Indonesia ni banyak lagi hutannya dan kebanyakkannya belum diteroka oleh manusia pun. Malaysia ni aku tak tahu berapa peratus entah yang tinggal belum diteroka. Haha~ Apa2 pun, kerjasama kita amat2 diperlukan untuk menjaga ketenteraman hidupan liar disamping mengekalkan ekosistem dunia. Insha-allah~
P/s : Pesanan ni tidak ditaja oleh WWF pun. Huhu~ (link)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan