Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Hati-hati dalam makanan kita ada racun!

Assalamualaikum! Aku nak sampaikan berita baik punya ni. Aku rasa ramai yang sebenarnya dah tahu tapi masih lagi melantak dek kerana nafsu makan dan kelaparan perut. 

Perkara ini biasanya berlaku diwaktu tengah hari bagi mereka yang bekerja, dan waktu rehat di sekolah2. Tapi ia makin berleluasa hingga ke setiap masa. 

Okay2, mesti anda tertanya2 apa yang dikarutkan oleh sembill9n kali ni kan? Tapi ini bukan karut! Ini betul2 bukan cobaan! Haha~ 

Hati-hati dalam makanan kita ada racun! 'Racun' yang aku maksudkan adalah kolestrol dan lemak2 yang buatkan kita ngantuk. Haha~ Aku bengang lah. Kenapa lepas je kita makan nasi kita jadi ngantuk?? Kalau ngantuk sikit tak apalah, ni ngantuk sampai tersengguk2. Nak buat kerja pun susah. 

Lagi2 pada yang budak2 sekolah kan? Sebelum rehat agak cergas2 je. Lepas je rehat semua dah lentok2 macam apa je. Tak dapat nak tumpu apa2. Lagi2 dapat pula lepas rehat belajar Sejarah, Matematik, dan Add Math!! Hahaha~

Oleh itu, pengusaha2 makanan tak kira di sekolah atau mana2. Asal jual makanan hendaklah mengambil jalan untuk membuatkan masakan anda kurang mengantuk atau senang cerita, tidak mengantuk selepas makan! Ini untuk melancarkan pergerakan industri dalam negara kita. Aku rasa kalau makanan kita memberi 100% tenaga. Negara kita akan meningkat sekurang2 3.1% dalam urusan kerja. Haha~ Suka2 hati je kan? 

Mengapa manusia perlu makan dan makan dan makan?

Sumber deviantart.
Dalam sehari berapa kali anda makan? Hah~ Lagi2 yang duduk rumah tu, kalau mak ada mesti asyik makan je. Boleh lah mak yang masakkan. Kalau yang duduk hostel tu, asyik lapar je. Kenapa manusia tak macam haiwan ye? Bila sekali makan, sampai ke bulan depan kenyangnya. Kan best macam tu. Haha~ Tak payah lah asyik nak makan je.

Bila kita lapar, semua benda tak jalan. Betul tak? Tapi berbeza dengan bulan puasa, lapar pun tak ada masalah. Kenapa ye? 

Aku ni antara spesis manusia yang kalau lapar tak jalan semua benda. Aku pun tak tahu kenapa, kadang tu aku desakkan juga tapi last2 naik pening kepala aku. Mungkin aku ni kurus sangat kot. Haha~ Adui...rindu nak duduk rumah sebab boleh masak suka2 hati. Duduk jauh2 ni macam nak mati je rasa dalam satu hari tu. Nak makan pun pikir 2-3 kali. Jimat2. Haha~

Entry ni mungkin agak mengarut, tapi aku sebenarnya nak tanya pendapat anda semua. Apa jadi kalau manusia ni bila makan sekali, kenyang sampai berbulan2? Agak2 kenapa kena kerap makan? Walau makan ikut waktu, kenapa masih perlu makan? Aku nak penjelasan saintifik dan Islamic lah. Huhu~ Boleh tak?