1 Header untuk Haswani Samilan.
1 Header untuk Messy Mama.
Apa2 pun terima kasih atas kesabaran Messy Mama dengan saya ni.
P/s : Baby, yang dia pegang tu sangat comel. Rasa nak cubit je pipi baby tu~
Header untuk minggu ini.
Ingat lagi segmen ni? Ada peserta pertama telah join segmen ni iaitu Cik Biela dari chocococoklate.blogspot.com. Dia minta header simple je dari aku dengan ada gambar dia kat header tu. Tak kisahlahkan macam mana pun yang dia minta. Aku cuba je buat.
Tak ada halangan pun jika nak minta aku buat kartun2 atau apa pun. Aku akan cuba sebab aku dah blurr tak tahu nak design apa. Dengan ada request ni boleh lah aku mengarut2 sikit dekat design anda sambil2 dapatkan idea sikit kan? Hehe~ So, macam mana header hasil kerja aku?
Tu adalah header asal yang ada pada blog Cik Biela dan aku telah mengubahnya menjadi seperti…
Okay tak? Menurut Cik Biela kita tu, dia kata dah cantik. Fuh~ Bernasib baik. Aku risau je. Nasib lah dia kata okay. Haha~ Apa2 pun, terima kasih ye Cik Biela sebab join segmen tu. Semoga bersemangat lagi untuk berblogging. Dan anda pula, jangan tak singgah blog dia ni. Best ni!
Kepada yang nak join, peluang masih dibuka. Sebab minggu ni baru satu je. Lagi satu boleh siap untuk minggu ni. Kalau lambat, kena minggu depannya. Hehe~ Nak join, sila klik ni untuk ke entry lepas.
Segmen 1minggu 2 header by sembil9n.com
Assalamualaikum semua, terima kasih sebab bertenggek ke blog akal2 aku ni. Lama gila aku tak buat segmen untuk blog ni. Biasalah, bukan feymes pun kan untuk buat segmen2 ni. Huhu~ Ayat nak touching je lah pula. Dulu aku pernah open segmen request2 ni, tapi segmen kedua ada masalah bila aku punya lappy lama ada masalah dan hilangnya semua link orang yang request aku. Jadi aku tak dapat trace balik. Maaf ye. Aku dah keserabutan dah waktu tu. Jadi aku nak tebus balik mana yang aku tak terbuat lagi tu? Ni segmen baru aku!
Aku dah tak nak buat dah macam dulu, sakit kepala. Huhu~ So sekarang cuma 1 minggu 2 header je yang aku nak buatkan. Ada tak yang berminat? Sesiapa nak join, sila ikut syarat2nya:
- Sebolehnya follow D'Antara sembil9n Akal ni untuk memudahkan komunikasi.
- Buat satu entry untuk hebahan beserta banner di atas yang berlinkkan ke blog ini dengan tajuk yang ikut suka anda tapi mesti ada nama aku ‘sembil9n’. Ok~? Dalam entry tu nanti;ceritakan apa request design anda pada aku tu. Kalau boleh nyatakan lah sebab rasional kenapa nak aku yang design.
- Kalau ada benda yang nak aku lukis semula (tekap/trace); sila letakkan kedalam entry tu juga ye. Dan seperti biasa postkan link URL anda dalam ruang komen entry ni yer? Kalau tak, aku tak tahu anda berminat.
- Aku berhak berkata "Sorry, tak reti lah pulak..." sebab aku punya skill grafik aku belum maximum lagi. Tapi apa2 pun, aku akan cuba dahulu untuk buat. Jangan bimbang.
- Aku akan hantarkan design menerusi email anda jadi sila sertakan e-mail di dalam entry anda.
- Tarikh tutupnya adalah sehingga aku kata aku dah malas nak buat. Huhu~
Segmen ni aku buat untuk practice aku je pun. Aku dah jarang buka software Adobe aku, so aku nak lah buat sesuatu. Bolehkan? Harap tak lah bagi yang susah sangat untuk aku. Menangis nanti tapi harap bagi yang agak mencabar. Hehe~ Sebab nak practice kan? jadi kena lah yang agak mencabar. Jadi, anda berminat ke?
Untuk design mereka yang dah join, klik sini!
-LAYAN vlog NI JOM-


