Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan

J-Pop, K-Pop dan Malaysia. . .

Assalamualaikum, jika anda peminat K-Pop, J-Pop, Ais Krim Pop, lollipop, mercun POP, serta pop-pop yang lain. Maaf jika tersinggung dengan entry aku ni dan mungkin akan kata aku cemburu dengan mereka. Hello~ Sikit pun tak goyah ye, aku ada dia. Seperti yang anda tahu, perkara2 POP ni menjadi kegilaan remaja2 kita. Tapi bukan POP yang biasa2 kita dengar tu. Ini adalah K-Pop dan J-Pop!  

Okay, aku akui aku juga salah seorang peminat industri muzik mereka. Penampilan yang unik dan sememang2nya kita sedar ia datang dari mereka. Maksudnya the original. Tapi dah mula pula orang yang berkulit sawo matang, berhidung agak kembang, berambut hitam kerinting nak tiru gaya mereka. Tak ada masalah nak tiru gaya muzik tapi sampaikan penampilan pun nak tiru tu apa kes?!

Kalau dulu kita di kejutkan dengan warga Indonesia yang meniru gaya K-Pop dan J-Pop dengan menampilkan kumpulan SMASH. Mereka popular dengan lagu 'I Heart You'. Dan respond kebanyakkan orang adalah:

  • "Ewwgh~! Geli doe!"
  • "WTF?!"
  • "GAY~!!"
Eh? Ada yang tak tahu ke? Ni dia video mereka:
Pendapat? Kalau yang boleh terima tu ikut lah ye. Sebab Muka melayu tetap ada dan...ewww! Aku rasa macam tengok lelaki yang nak ke arah gay. Serius! Sebab aku dah banyak kali berdepan dengan lelaki spesis itu (AKU TIDAK GAY!). Sorry, aku tak minatlah. 



Itu di Indonesia, tapi kini dah ada di Malaysia! Maksudnya dah ada kumpulan di Malaysia yang nak jadi sebahagian K-POP dan J-POP!! Okay, anda mungkin dah terbaca dari blog orang2 lain. Yang aku tahu ada 2 grup. Satu grup lelaki dan satu grup perempuan. Pendapat?? Totally TERUK!! 


24:7 tu adalah nama kumpulan mereka. Tak kisah lah kan nama apa pun sebab aku rasa macam cool je dah tu, tapi mereka tidak! Tak tahu kenapa aku rasa bila tengok gambar ni seperti aku tengok segerombolan lelaki homoseksual bergambar beramai2?! Maaf lah, aku tak boleh terima LANGSUNG! Bagi aku orang2 macam ni adalah POSER. Err~ Apa maksud POSER tu? Ianya seperti berpura menjadi individu lain, serta menumpang nama yang telah orang lain guna. Hehe~ Salah kot maknanya. Aduh! Aku sarankan anda lihat disini. Siap ada grup anti-24:7 lagi. Haha~

Dan, ini satu lagi kumpulan yang meniru2 K-pop dan J-Pop. Ye, aku akui sebagai lelaki mula2 tengok rasa WOW! Tapi lepas tu, "Astaghfirullah~" mereka ni rasanya melayu dan biasanya Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Sama lah dengan 24:7 tu. Kalau pun mereka tak berpendidikan agama, tapi sekurang2nya tahu adat dan budaya orang kita. Apa? Fashion moden? Siapa kata moden? Cuba cari sejarah skirt dari zaman bila? Siapa reka? Moden ke?!

Allahu-akhbar! Kiamat dah dekat sangat2 dah ni.

Menarik! Okestra yang bertajuk 4'33" digubah oleh John Cage.

Aku menjelajah ke beberapa blog antarabangsa sambil2 lepak2 di YouTube. Aku menemui sesuatu yang menarik iaitu persembahan okestra lagu yang digubah oleh John Cage. John Cage adalah seorang yang hebat. Baca lah profile beliau. Aku kagum dengan spesis orang macam ni. Haha~ 

Mengenai lagu ini, John Cage ingin menyampaikan agar penonton menghayati bunyi sekeliling. Setiap orang akan menggambarkan sesuatu bunyi tu dalam gambaran yang berbeza. Anda faham? Tak faham? Tengok lah video ni:

Lagu sepanjang zaman.

Makin hari boleh dikatakan di Malaysia ni, satu hari akan lahirnya lagu baru. Lagu dari artis2 Indie yang memang makin hangat sekarang ni. Ada yang dikenali ada yang tak pernah orang dengar pun namanya, dan mungkin ada yang orang tak pernah tahu pun kumpulan tu wujud. Tak kisah lah kan. Janji mereka tunjuk bakat (walau aku tak suka sangat). 

Tapi entry ni aku nak menyebut tentang lagu2 sekarang punyalah senang liriknya. Pada aku lah, pada anda aku tak tahulah. Lirik yang seperti bahasa2 biasa guna hari2. Tak ada bunga2 lagi macam dulu. Adakah itu trend sekarang ye? Aku pun tak pasti, sebab lagu yang mudah di fahami ni biasanya kurang bertahan. Dan biasanya ia hanya seperti pisang goreng je. Panas2 sedap lah, bila dah lama kita dengar rasa biasa je. 

Berbeza dengan lagu dulu2, dimana orang cipta lirik punyalah berbunga2 dan ayat2 agak bombastik! Sampai ada yang dengar tak tahu apa maksud bait2 lagu tu. Hehe~ Tapi bila betul2 dengar, paham lah juga. Apa2 pun, lagu zaman lama tu lebih bertahan sampai sekarang. Sampai ada yang cop lagu zaman tu adalah "Lagu sepanjang zaman"! Yela, dengar sampai sekarang pun masih layan lagi.



Tu satu contoh lagu sepanjang zaman. Budak2 kecil yang dalam lingkungan 5 tahun pun masih tahu dan boleh nyanyikan lagu ni. Tu baru dikatakan hebat. Berbanding lagu sekarang, cuma orang yang layan je tahu. Dan lagu2 ni tak jadi sepanjang zaman sebab bertahan cuma di tahun2 pertama lagu tu popular, lepas tu kian dilupakan atau pudar..

Aku pun tak paham sangat apa yang tak kena dengan lagu sekarang? Apa yang kurang pada ramuan yang mereka letak yang tak menjadi lagu sepanjang zaman? Tak faham2. Haha~




Persoalan: Mengapa mereka dengar lagu nasyid?

Assalamualaikum~ Entry ni bukan satu larangan atau bantahan kepada lagu2 nasyid. Tak ada halangan untuk anda atau siapa2 untuk mendengar apa mereka suka. Tapi timbul persoalan dalam diri aku; Mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Maksud persoalan aku adalah apa sebenarnya tujuan mereka dengar lagu2 tersebut? 

Okay, mari kita tengok dari segi pendengar muzik zaman sekarang. Muzik didunia ni pelbagai genre, dari selembut2 muzik hingga sekeras2 dan bingit untuk didengar. Semua peminat2 serta pendengar2 muzik yg pelbagai genre ni terdiri dari pelbagai spesis manusia. Tapi dari statement ni, berapa ramai yang benar2 menghayati bait2 lirik yang ada dalam sesebuah lagu tu? Okay~ Mesti ada yang bertanya, ada sesetengah muzik tu tiada pun lirik dan hanya sekadar muzik. Tapi jangan kata ianya kosong. Tiap muzik yang di buat ada penceritaannya walau sekadar muzik tampa lirik. Muzik adalah lahir dari jiwa. Apabila didengar boleh memlehirkan sesuatu emosi dan mood.

Jadi, mengapa mereka mendengar lagu nasyid? Adakah kerana bait2 lirik yang ada, atau sekadar suka dengan muziknya, atau hanya lagu tu je yang mereka mampu siulkan dimulut mereka? Aku tengok, kebanyakkannya mereka yang dengar nasyid kerana mereka suka kan iramanya. Lembut dan tenang. Tapi tak semua pada mereka menghayati bait2 liriknya. Kadang2 mereka mendengarnya kerana status mereka di satu kawasan. Biasanya ni berlaku pada remaja lah. Mereka dengar nasyid2 ni sebab mereka penyanyi nasyid kampus atau sesuatu persatuan dan mungkin kerana mereka adalah AJK surau ke macam tulah.

Sebenarnya tak salah apa2 pun yang nak anda dengar, genre apa pun sekeras mana pun lagu. Sebab lain hati lain jiwanya. Apa yang penting adalah pengisian dalam lirik dan ritma iramanya. Ada je lagu2 berirama nasyid ni yang sebenarnya menyesatkan. Sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia akan tahu kes ni. Jadi disitu amatlah penting untuk mengetahui pengisian sesuatu lagu. Jangan cop sesuatu lagu berentak agak keras atau rancak tidak sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Ada je lagu2 Rock yang bersifat ketuhanan, maksudnya menceritakan tentang perlunya mendekatkan diri pada Tuhan dan penyesalan.

Senang cerita, jangan lah kata pendengar muzik rock, elektronik, pop, metal, atau apa2 tu tak tahu agama dan jangan sangka orang yang dengar nasyid tu tahu hal2 agama. Zaman sekarang, boleh jadi lagu sekadar lagu. Manusia tu yang membentuk diri mereka.