Aduh~ Letih mata aku melihat screen lappy ni. Mahu tua nanti mata aku dah kena pakai kanta ni. Haha~ Aku rasa aku tak boleh selamanya buat kerja ni lah. Aku nak buat business lain. Hoho~ Tengok je lah nanti. Eh~ Berbalik kepada tajuk utama berita kali ini. Ingat lagi segmen 1 Minggu 2 Header aku tu? Haha~ Aku tertangguh seminggu (kot) takk buat langsung header. Biasa lah, celaru otak aku datang lagi. Semua serba tak menjadi bila aku naik celaru. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Hari ni, aku paksa kan juga. Setengah mati aku kerah. Hahaha~
Beliau yang telah aku buatkan headernya adalah, Cik Haswani Samilan! Tepuk sikit~ Terima kasih kerana menyertai segmen ni ye? Hehe~ Tapi aku harap Cik Haswani boleh menukar template kepada template yang baru. Aku ada tunjuk contoh kat sini. Harap sangat2 ye. Tujuan aku cakap ni untuk menaikkan semangat anda berblogging je. Boleh ye? Hehe~ Ni header anda, okay tak?
Kalau tak okay, bagitahu je. Aku tak ada masalah nak betulkan. Ke ada yang tertinggal ke, aku pun tak pasti. Kadang2 aku buat ni sambil mamai2. Haha~ Sorry ye. Ni je yang aku mampu. Sekali lagi, nak aku ubah bagitahu je! Hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan