Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Ada satu blogger tu kan. . .


(klik gambar utk ke blog berkenaan)



Okay, sebelum si Makhluk Hijau ni melalut. Baik aku mencelah cepat. Hehe~ Sebenarnya, macam yang anda lihat tu. Si Aiman ni mempromotekan blog aku ni kat blog dia.

Aku terkesan benda ni bila tengok 'traffic resource' aku ade datang dari blog beliau. Jadi aku terjah lah. Tajuk tu macam berbaur negatif je....

Bukan gentar ke apa. Aku terima je pandangan baik buruk dari sesiapa. Sesiapa pun boleh kritik. Aku alu2kan. Hehe~ Tapi bila aku tengok sekali dia tak kritik lah pula. 

Apa2 pun terima kasih lah ye Aiman. Terus2kan lah dengan blog Apa Kata Aiman tu ye. Menarik dah tu~ tak tipu! Dulu aku pun mula macam tu. Tak percaya, sila check entry dulu2.

Apa2 pun, kepada yang lain. Sila lah pergi terjah blog Apa Kata Aiman ni. Mesti anda terkejut. Lagi2 dia ni suka sangat reveal blog orang. Mana tahu sangkut blog anda kan?

P/s: Ni entry di kala aku keletihan bekerja. Maaf jika macam tak bagus je ye. Tapi ni pernah jadi satu agenda aku dimana aku terfikir nak buat segmen khas untuk reveal blog orang lain yang aku rasa berpotensi. Hehe~ Tapi tunggu la aku larat.

Mahu Jadi Blogger Juga.

Ini adalah April, dan dia sedang kebosanan di waktu cuti nya.
Satu hari, dia pergi ke rumah kawan baiknya, May. Ketika dia datang, kelihatan May sedang buat sesuatu.
Apakah tu agaknya? May kelihatan sangat2 menyukainya. Jadi, April pun datang dekat dan bertanya lah...
Oh...jadi rupanya May sedang berblogging.

Setelah beberapa ketika si April melihat si May berblogging membuatkan yang dia ikut teruja nak berblogging jadi dia pun pulang ke rumah dan mencuba sendiri.

Keterujaan mula menular dalam diri. Lagi2 bila dah kenal dengan blogger2 otai dan lihat pencapaian mereka dengan hanya berblogging dapat 'side-income'. Jadi April pun terus blog tentang pelbagai perkara yang dia lintas dalam kepalanya.

Sehingga satu hari, blog dia diserang oleh sekumpulan komen yang menusuk2 hati. Di tambah dengan keadaan blog dia. Maka dia ada terdetik "Blog aku tak cantik...".
Maka, dia pun mula rasa malas nak berblogging. Dan semua kembali seperti biasa. Bosan tampa buat apa2.



Inilah yang biasa aku tengok kat orang2 yang berblogging. Hehe~ Dulu pun aku macam tu sehingga lah munculnya blog ni yang aku cuba untuk serius. 

Tujuan untuk menyampaikan apa yang aku tahu dan pandangan aku sendiri. Memang seronok dapat berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada betul tak?

Tapi hati2, perkara yang terlalu personal akan menyebabkan kebanyakkan orang rasa kita sangat2 lemah dan malas untuk menginjungi blog kita apakan lagi membacanya. Kadang2 juga ia mendatangkan aib pada kita sendiri sebab tampa kita sedar perkara itu telah dibaca oleh sesetengah orang yang anda tak terfikir akan baca.

Lagi satu, jika ianya banyak sangat hal cinta-cintun lagi lah orang malas baca melainkan anda menyampaikannya seperti novel disertakan susunan ayat yang puitis dan mampu menggambarkan keindahan nya. Tapi malangnya TIDAK berlaku pada mereka2 yang sering tulis hal cinta mereka.

Apa2 pun, selamat berblogging!



+++++++++
P/s : Kepada sesiapa yang tak pasti bagaimana aku buat character2 doodle ni dan ada sikit2 ragu. Meh aku bagitahu bahawa aku lukis menggunakan Adobe Illustrator CS5 dan hanya menggunakan tetikus bewarna merah-hitam yang aku beli ketika belajar dulu. 

Ini adalah hasil idea aku sendiri ditokok tambah dari pemerhatian aku serta pengaruh lukisan2 yang aku lihat dan aku adaptasikan menjadi character2 ni. Aku bukan doodler, cuma aku malas lukis. Haha~

Ada terdetik "Blog aku tak cantik..."?

Pernah tak hadapi situasi sebegini kepada anda:
Sedang berblogwalking dengan gembiranya di alam maya. Tiba2. . .
...keterujaan melihat blog seseorang yang cantik. Jadi anda pun mulalah cemburu dan merasakan blog anda tak cantik.
Anda pun mula membodek blog anda untuk mencuba itu ini. Konon nak tambah cantik lah kan? Ketika itu lah segala macam tutorial anda cuba, minta tolong orang buat header, buat banner, tambah widget, dan ada juga yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang semata2 nak edit blog menjadi cantik!

Jika yang sanggup upah orang tu mungkin lah blog akan jadi cantik. Tetapi bagi yang edit sendiri seperti si Mika Green ni?!

Orang lain yang cuba membuka blog anda, dia akan menghadapi. . .
...dan anda pun. . .
Haha, biasa berlakukan? Aku tahu, sebab aku tengok ramai yang mengadu seperti tu. Biasa berlaku kepada blogger2 yang boleh dikatakan baru nak menapak atau kategori cuba2.

Okay2, tak salah nak cuba2 atau nak menapak. Sebab rasanya kebanyakkan blogger2 popular di Malasyia ni khususnya bermula dengan cuba2 dan lama2 menjadi. Itu pun berkat usaha dan teknik yang betul.

Macam ni lah, aku bagitahu sikit lah tips yang perlu ada pada sesebuah blog ni untuk menampakkan cantik. Tapi ni cara aku lah.

Mula2 sila pegang perinsip less is more jika anda nak blog anda menarik, kemas dan yang penting ringan!

Lepas tu. . .
...lihat di atas ni sebagai rujukan. Hanya ada 4 je yang perlu dilihat iaitu:
  1. Header - tak perlu nak transparent pun tak apa. Jangan panjang sangat kebawah, nanti berat. Saiz lebih kurang 150kb je.
  2. Page Tab - Yang ni agak penting, tapi kalau tak mahu abaikan. Ini bergantung pada tujuan anda.
  3. Ruang Entry - Tajuk perlu lebih besar dan jelas daripada entry. Tulisan untuk entry pula hendaklah jelas dan terang untuk dibaca. Gambar pada entry pula jangan lah kedabak sangat sampai keluar ke sidebar serta hendaklah saiz yang kecil sekitar 100kb atau nanti blog anda akan berat!
  4. Side Bar - Yang ini masalah pada anda. Di sidebar, letak yang perlu sahaja. Tak perlu jam, radio mahupun lagu2. BERAT! Yang penting ialah:
    • Pengenalan diri atau pemilik blog.
    • Follower .
    • List entry2 anda.
    • Shoutbox anda.
Kalau bertanya tentang background, aku tak letak apa2 cuma pilih warna yang aku berkenan je. Tak perlu gambar2 pelik atau backgrond vintage or apa2 tu. Lagi2 yang besar tu. Berat~! Kalau anda buka mungkin lah laju sebab hari2 anda tengok blog anda. Tapi bagi yang first time nak masuk, akan jadi berejam silap2 tak keluar apa2 dah dipangkah.

Jadi, cermat2 lah ye?! Selamat berblogging.

Sesat

Haha~ Okay cukup lah. Enty kali ni lebih pada mengarut je sambil2 nak tunjuk perbezaan Bitmap dengan Vector. 

Bitmap ni adalah pixel2 manakala Vector adalah sambungan point2 yang membuatkan gambar lebih jelas. Tak faham lagi? Sila semak sendiri di Google. 

Okay, character perempuan tu aku curi dari kawan blogger aku. Haha~ Dia lebih dahulu buat kartun2 pelik ni dari aku. Dia adalah Shada Wentz!

Dia, kreatif jadi pergi lah lepak blog dia. Haha~ Banyak entry yang boleh bikin guling2. 

Punca blogger tak update entry.

Ada sesetengah blogger otai mengatakan perlunya update blog sehari sekurang2nya sekali atau dua kali. Ada juga yang kata sampai perlu update 5kali! Sebenarnya, semua ni bergantung pada blogger tu sendiri. Ikut suka lah nak update berapa kali. Dan bergantung pada tujuan orang tu blogging juga. 

Tapi agaknya apa punca ye yang blogger2 ni tak update entry? Banyak faktor2 yang mendorong kekurangan blogger2 update entry.

Meluangkan masa dengan kawan2 serta kekasih hati. Seorang blogger yang betul2 blogger tidak akan menulis hal peribadi serta aktiviti harian mereka semata untuk update entry. Haha~

Sebok untuk mencuba benda baru kononnya. (batuk2 kuat) Haha~ Mula menonjolkan diri dalam bentuk vlog dan last2 blog kemana, vlog pun dah tak ada. Konon kecewa dek kerana tak dapat sambutan. 

Terlampau 'menghias' blog sampai tak tertanggung dek kelajuan broadband di Malaysia. Disebabkan terlampau 'cantik' blog tersebut tidak didatangi orang dan tak dapat sambutan buatkan hilang semangat nak update entry kerana dah tahu tak ada yang nak menjengah pun. Walau sesaat!

Haha~ Tu sebenarnya adalah sebilangan kecil je. Kebanyakkannya sekadar tak ada idea nak tulis apa je. Lagi2 blog yang bertema macam elektronik, politik, cinta, tips, keagamaan, fesyen dan lain2.

Blog2 bertema ni menyebabkan mereka kering idea apabila dah tak ada bahan nak story. Haha~ Nak kena selalu research dan buka mata dalam tema yang diperlukan.

Blog yang terlalu bebas pula buatkan orang tak tertarik nak singgah sebab ceritanya turun naik. Lagi2 yang cerita hal peribadi. Siapa yang nak tahu tentang diri kita? Artis kah kita ini? Hehe~ 

Lagi tak best bila ada yang bersikap seperti di entry: Ikut-ikut jadi ikutan.

Ikut-ikut jadi ikutan.

Secara tiba2 ditegur oleh seseorang yang agak2 selekeh paras rupanya...
 Itu bukan jadi masalah, tetapi dia suruh aku mengikutnya.
 Aku menolaknya...
...dia membalas dengan mengatakan dia budak baru. 

Itulah yang biasanya blogger2 yang datang ke blog aku mengatakan supaya aku follow semula blog mereka. Maaf lah, aku tahu anda perlukan sokongan dari blogger2 lain.

Tapi apakah tujuan aku follow jika lepas tu aku jejak semula pun tak pernah blog anda? Jika benar aku suka blog anda, aku tak perlu follow pun aku akan kerap datang blog anda semata2 nak baca entry2 yang berinformasi.

Aku bukan nak menunjukkan kerek atau apa2, tapi aku sendiri pun baru menapak je dalam dunia ni. Follower? Bukan satu yang utama untuk dikejar dalam dunia blog. Aku nak reader.

Jadi, sudi2kanlah jadi reader blog aku ye. Tak mahu sekadar follow you, follow me back.

Dan jika anda mungkin nak meningkatkan lagi pembaca serta berkongsi2 pendapat dengan lain. Sudi2kan lah mengPING blog entry anda di Peminat Makhluk Hijau PING group!! Grup baru ni. Hehe~ 


Tutorial: Cara pasang comment Facebook di Blogspot

Ada di antara anda yang terfikir2 adakah mereka yang dibalas komennya akan membaca apa yang anda balas pada entry anda? Aku rasa rata2 mereka tidak pun melihatnya balik kerana terlupa akan entry tu. Jadi ada yang gunakan alternatif lain seperti Intense Debate, Disqus, CommentLuv, dan lain2 lah. Tapi kebanyakkannya memberatkan blog anda kan? Ye, aku tahu tu. Aku dah cuba semua tu. 

Sekarang, aku guna comment Facebook! Kenapa? Sebab majoriti blogger ada akaun Facebook. Apabila kita balas comment mereka, serta merta mereka akan dapat notification di Facebook mereka. Suka tak? Rasa nak pasang? Ni caranya: (sebelum apa2, sila buat Download Full Template dahulu!)

++++++++++++++++++++++++++++

1 - Seperti biasa, buka ke Design > Edit HTML. Tidak perlu tick pada 'Expand Widget' pun tak apa. Lepas tu, anda akan nampak macam yang aku warnakan ini:


2 - Tambahkan xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'> dibawah selepas gml/expr' seperti ini:


3 - Kemudian dibawah perkataan <head> tu tambahkan kod:

<meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/>
<meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/>
<meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>

seperti aku dalam gambar ni:


4 - Sekarang, anda perlu ke http://developers.facebook.com/setup untuk membuat aplikasi Facebook anda kalau belum. Kalau dah ada gunakan yang lama je. Dah register nanti akan keluar macam ni:


Benda2 yang aku highligh tu penting ye. Jangan buang lagi.

5 - Copy App ID anda tu dan letak dalam ruang biru di <meta content='id application facebook anda' property='fb:app_id'/> tadi. (No.3) Jangan lupa isi kan juga yang sebelumnya <meta content='Tajuk/nama blog anda' property='og:site_name'/> tu dengan nama atau tajuk blog anda. Lepas tu, isikan  <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. 

Mana nak dapat nombor Facebook? Caranya:
  • Buka Facebook anda.
  • Tekan Photo dan select mana2 Photo Album anda.
  • Copy nombor selepas titik di hujung link URL dan paste di ruang biru <meta content='nomor id facebook anda' property='fb:admins'/>. YANG BELAKANG SAHAJA!
  • Contoh:

6 - Seterusnya, (ctrl+F) cari <data:post.body/> dan pastekan di bawahnya kod ini
<div id='fb-root'/>
&lt;script src=&#39;http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=id application facebook anda&amp;xfbml=1&#39;&gt;&lt;/script&gt;
<fb:comments expr:href='data:post.url' numposts='4'width='500'/>.

Seperti ini:
Seperti sebelum ini, gantikan perkataan yang di highlight biru itu dengan id application facebook anda dan nombor yang bewarna merah tu boleh di tukar2 ikut kehendak anda. 

Untuk numposts='4' bermaksud bilangan komen post yang terpampang. Dan width='500' adalah untuk saiz kelebaran ruangan komen itu. Laraskan ikut saiz blog post anda ye.

Selesai semua tu, klik Preview terlebih dahulu, kot2 ada error ke. Kalau tak ada, dan berpuas hati. Baru klik Save Template.

Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan di ruang komen ye. Atau Shoutkan je. Okay? 

Selamat Mencuba.

Blogger pun dah pandai demand.

Assalamualaikum! Sebenarnya ni adalah balasan untuk entry abangzam yang bertajuk Melayu sekarang dah pandai demand dah. Tapi aku nak cerita dari konteks blogger lah ye. Yela, kan ada yang menyatakan aku ni 'artis blogger' kan (angkat tangan ke bahu, mata naik ke atas)? Mana datang artis pun aku tak tahu sedangkan traffic aku rendah kot! Aduhai...

Okay, balik ke blogger yang demand tadi tu. Aku tak menunding jari pada siapa2 pun sebab aku tak sebagus mana pun nak kutuk2 manusia2 lain ni. Lagi2 aku ni pun kategori 'budak baru' lagi. Dan aku juga nak khususkan ini pada budak baru lah. Hehe~


  1. Blogger demand 'I follow you, you follow me back...or i will unfollow you'.
    • Biasa tak dengan situasi ni? Aku dah biasa dah. Apa yang best sangat dengan ramai follower? Popular?? Cuba tanya balik mereka yang follow anda, kenal tak dengan blog anda? Cerita pasal apa. Kalau majoriti mereka boleh jawab baru lah anda popular!
  2. Blogger demand nak blogger famous balas comment mereka.
    • Yang ini pun biasa. Memang kadang2 macam terasa juga sebab comment orang lain dia balas, tapi comment kita tak dibalas. Just think positive okay. Balik ke no.1 tu. Fikir bila ramai follower dan dia betul2 dikenali. Tak cukup tangan nak jawab.
  3. Blogger demand nak template stylo je tak nak guna template designer.
    • Yang ini kurang biasa lah, cuma ada segelintir. Bagi mereka ni apa yang blogger bagi tu tak cantik, tak stylo, tak nampak hebat. Sebenarnya nak nampak hebat tak hebat bukan pada template atau senang cerita; rupa blog. Tapi pada isi blog tu, entrynya. Kisah yang nak cerita, cara penyampaian. 
  4. Blogger demand nak kutuk orang2 lain dan tak puas hati dengan orang lain.
    • Yang ni sebenarnya banyak juga bilangan nya. Tapi tak lah sering kita nampak. Apa orang buat ada je yang tak kena. Lepas tu mengadu kat orang. Aduhai... Kalau perasan aku pun sedang kutuk mereka2 yang lain juga kan? Hahaha~
Setakat ni itu je yang aku terfikir. Kalau ada nak tambah, silalah senaraikan. Aku saja2 je nak buat. Sebab aku sedar diri. Hahaha~

Daging tu haram dimakan!

Assalamualaikum! Kali ni tak nak kata panjang. Cuma nak post juga perkara yang kawan aku post. Kire Repost lah. Aku sumpah mengalir air mata tengok. Manusia makin kejam. 


Hah, jangan kata ni bukan Malaysia. Kat Malaysia okay! Anda boleh buktikan kat Malaysia okay ke? Walau kita negara Islam tak semestinya pekara2 macam ni ikut cara Islam. Kira macam kita Islam, dan adakah kita ni 100% buat perkara yang berlandaskan Islam? Kalau anda kata ye, cuba renung balik. Ye? 

Cikgu, ibu dan hari-harinya.

Assalamualaikum! Maaf dengan kegawatan entry2 yang muncul dalam blog aku. Biasalah kan, sibuk dengan hal yang ntah apa2. Haha~ Okay, seperti yang terpampang pada tajuk entry. "Cikgu, ibu dan hari-harinya" rasanya anda dah tahu apa yang aku nak sampaikan kan? Yela, sekarang ni kan dah nak dekat dah hari cikgu dan hari ibu. Jadi, ini adalah hari yang patut diraikan sangat2. 


Betul? Betul? Secara jujur aku tak pasti bila tarikh tu sebenarnya. Haha~ Maaflah, aku memang tak ingat tarikh sangat lah. Tapi tak bermakna aku tak tahu wujudnya tarikh2 tu ye. Hehe~ 


Entry ni cuma peringatan kepada anda je yang mungkin baru terperasan perkara ni. Macam aku lah. Hehe~ 


Oleh itu, aku nak tanya: Apa perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk Ibu dan Cikgu anda? (Bagi aku, cikgu aku adalah ibu aku sendiri dan juga diri aku.)


Tinggalkan komen, atau entry response untuk entry ini. Tak perlu credit untuk aku. Sekadar nak jengah ke entry dan blog anda. 

Bagi aku, tak elok ucapkan "Good Luck".


Assalamualaikum! Hai semua, semalam internet WiFi down! Jadi, terpaksa aku ambil broadband Celcom aku untuk online. Dan mungkin rezeki aku kot, seorang rakan blogger menegur aku di Facebook. Dimana dia memerlukan khidmat aku sebagai designer Logo untuk rakan dia. Insha-allah~ aku terima. 

Okay, itu sedikit selingan. Apa yang aku nak tulis dalam entry ni adalah tentang perkataan 'Good Luck'. Bagi aku, tak elok ucapkan "Good Luck".Kenapa? Entah lah, tapi bergantung pada situasi juga. 

Contoh situasi, jika ucap 'good luck' ketika orang nak ambil ujian atau peperiksaan. Bagi aku tu tak bagus lah, sebab nak jawab semua tu tak perlukan 'tuah' pun kan? Patut kata lah 'Try the best'. Sebab kita patut galakkan orang tu cuba yang terbaik, dari bergantung pada tuah atau nasib. Kan? Hehe~ 

Tapi kalau situasi; macam dia kantoi apa2 dengan seseorang dan takut nak berdepan dengan seseorang tu. Baru kita cakap 'Good Luck'. Hehe~ Kenapa? Sebab tu dah susah nak cuba yang terbaik dah, memang bergantung pada nasib je lah. Kan?

Apa2 pun ni pendapat aku je. Jangan marah pula. Ye~?

Kalau nak cakap betul2 tentang tuah atau nasib elok tengok ini. Ye? Hehe~

Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni?


Assalamuamalikum, kepada kawan2. Dah tengok tajuk entry yang mengejutkan pengejutan dalam kekejutan tak? (MEREPEK) Haha~ Kalau baca entry aku lepas, baru je aku ingatkan tentang larangan hubungan sejenis ni kan? Ni aku pula yang buat pengakuan?! Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? Gila ke? Adakah ini gara2 aku terlebih tidur ye? Sebab hari ni aku hanya:

Okay! Aku ingat kejap je aku nak lelap. Alik2 sampai ke petang aku lelap. Gila betul. Agaknya sebab tu kot aku buat tajuk gila ni. Haha~ Tapi memang benar bagai dikata. Aku lelaki jatuh hati pada lelaki? Macam mana ni? 

Haha~ Sebenarnya aku jatuh hati pada Abang Zam ni. Okay, jangan salah faham. Aku suka dengan penulisan dalam blog dia. Haha~ Tak ada maknanya aku nak jatuh hati kat seorang lelaki! (Pangkah! Pangkah!) Kenapa dengan blog beliau? Dia punya blog sangat2 sempoi tambah pedas. Baik punya ayat. Haha~ Dalam banyak2 entry yang dia pernah hantar, satu entry ni buat aku rasa gila berani Abang Zam. Haha~ Entry: Tutorial Mandi Wajib Selepas Melancap. Lucu kan? Tapi serious dia bagi tutorial yang lengkap dalam penulisan dia. Hehe~

Jadi, kepada yang tak kenal dengan Abang Zam dan tak pernah tahu kewujudan blogger seperti beliau, silalah pergi jengah ke blog beliau. Okay?

BlogList sembil9n.com

Assalamualaikum, terima kasih sebab mengunjungi. Hehe~ Aku rasa aku selalu mulakan entry aku dengan macam tu kan? Ke tak? Tak kisah lah tu, okay. Ni adalah entry eh bukan, sebenarnya bloglist aku. Okay, jika blogger buat seperti segmen ke apa ntah tu. Aku tak kot. Sebab aku ni tak nak lah hipokrit sangat. Bagi aku, bloglist sesebuah blog untuk tuan blog tu singgah tiap2 hari. Tak pun sekurang2nya 2-3kali seminggu.

Jadi oleh kerana aku ni memilih untuk membaca blog orang. Aku ambil keputusan untuk memilih sendiri blog mana yang aku nak letakkan dalam list aku. Maaf lah kalau bunyi macam berlagak je. Aku kalau letak list banyak2 pun aku rasa berapa ramai sangatlah yang nak terjah satu2 kan? Lagi2 majoriti orang Malaysia kita ni punya sambungan internet sangat low. Jadi, aku pilih yang tertentu je. Mereka ialah:

Setakat ni tu je dalam list aku. Tapi aku akan update dari semasa ke semasa. Kalau anda berminat nak singgah pun okay je. Sebab blog mereka sangat berkualiti. Anda takkan menyesal singgah pun. 

_____________________________________________________________________

Okay, kepada pengunjung setia blog aku. Mungkin blog anda juga dapat menarik minat aku untuk lawat selalu. Kalau dah aku lawat selalu, sah2 lah aku letak dalam list ni. Dari semasa ke semasa, aku akan review sikit2 mengenai blog dalam blog list aku. Kalau berminat nak ada dalam list aku. Try lah mention aku ye? Nanti aku try tengok, sesuai ke tak. Tapi kalau tak terlist, sorry ye. Jangan kecil hati. Mungkin belum waktunya aku letak.

P/s: Maaf lah kalau aku ni berperangai pelik. Aku memang macam ni. 

Lucu tak buah-buahan ni?

Bila buah2an boleh berbicara. Agak2 macam ni lah jadinyakan? Haha~ Aku buat sendiri cerita ni. Kalau tak lucu sorry ye? Saja nak try2:


Siapa sembil9n?

Ada ke manusia yang nak kenal dengan aku ni? Haha~ Jika ada yang tertanya2 siapa aku, aku adalah seorang manusia berjantina lelaki. Lahir pada 22hb April 1990, berdarah Jawa. Nama mengikut surat beranak yang asli adalah Mohammad Afnan bin Mohammad Salleh tapi aku ada beberapa nama samar2.

Di rumah, ayah & mama serta keluarga lain panggil aku Anan, Nan & Nandung dan ada rakan2 aku yang di sekolah dulu panggil aku Anan/Nan. Bila di kampus, nama Nine mula melekat dan digunakan tiap masa sehingga satu masa aku ubah ejaan ikut sukahati aku kepada sembil9n untuk mendapatkan kelainan. Nama aku sebenar tu bermaksud 'kesenian...' dan memang agak lah aku minat seni. Tak kira apa jenis seni aku minat, dari seni tari, muzik, lukis hingga ke mana2 cabang seni yang lain. Berfikir diluar kotak adalah sesuatu yang menarik. Kan? 

Soalan lazim ditanya kepada aku:

  1. Kenapa sembil9n??
    • Aku memilih 9 (sembil9n) adalah kerana nombor itu sangat unik, dan aku mahu jadi unik. 9 ni sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang menarik, dan ada yang kata ia nombor magik. Kenapa? Ntah!
    • Bagi aku, 9 adalah satu nombor yang penting dalam keluarga nombor. Tampa nombor 9, nombor lain takkan berganjak dari kalangan nombor tersebut. Dengan kehadiran 9, kelompok nombor semakin membesar dan berkembang. Dan tu lah antara sifat 9 yang aku nak! 9 menyebabkan kelomok nombor tak ada penghujung. Walau 9 ada 9 ratus ribu juta kali still ada lagi perjalanan yang akan ditempuhi. Kan?
  2. Kenapa blog ni bernama D'Antara sembil9n Akal??
    • Nama blog ni bukan sekadar kerana datang dari akal aku. Tapi maksud sebenarnya adalah akal seorang lelaki! Aku seorang lelaki yang mengarang blog dengan mengeluarkan beberapa antara idea yang mampu aku luahkan. Aku tahu apa lelaki lihat dan konklusikan tak sama dengan konklusi seorang wanita. Dan apa yang aku fikirkan tak sama dengan sesetengah orang yang lain, dan cuma ada antara dari mereka yang akan setuju. Kan?
  3. Adakah aku single?
    • Haha~ Soalan yang sangat mengada2 ditanya oleh orang2 tertentu. Secara jujur dan ikhlas, ye aku single (bujang) tapi hati aku dah dimiliki oleh seorang wanita. Siapa? Nama dia Siti Norazlina. Jika ada jodoh ada lah kan? 
  4. Kenapa buat blog?
    • Dah pun aku jawab dalam soalan yang no. 2 tadi.
Kalau ada sebarang soalan lain, sila ajukan ye. Kalau tak terlalu personal, aku jawab lah. Haha~ Itu pun kalau ada yang nak tahulah kan?