(Video) Short-clip cerita aksi arahan aku, idea kawan aku.

Syuk Maniax
Beberapa minggu lepas aku dipanggil oleh kawan aku untuk merakamkan satu video singkat untuk perasmian kelab rekreasi. Tapi lepas semua shoot tu, rasanya jalan cerita tidak sesuai untuk tayangan perasmian. Jadi kami telah me'reject' klip ini. 

Idea klip ini adalah dari kawan aku Syuk Maniax (hampir nama sebenar). Dia menceritakan segala perjalanan cerita yang harus ada dalam klip tu manakala aku memikirkan apa dan kat mana nak shoot. Selepas perbincangan dan penelitian kami bersama para pelakon, kami pun mulakan pengambaran.

Sebenarnya kami mulakan agak lewat, lagi2 hari pengambaran adalah hari Jumaat. Kami kena pergi solat Jumaat tengah hari tu. Jadi kami agak mengejar masa. Pengangkutan kami dari satu tempat ke satu tempat adalah dengan berbasikal, dan lokasi kami adalah sekitar Kuala Terengganu. Bayangkan kami pusing hampir seluruh Kuala Terengganu dengan hanya berbasikal.

Lepas solat Jumaat, kami masih teruskan pengambaran. Boleh dikatakan seharian juga kami keluar. Itu pun adalah juga singgah2. Penat gila, nak balik ke kampus balik pula lepas pusing satu Kuala Terengganu. Tempuh hujan! Haha~ Gila mencabar perjalanan kami. Tapi hasilnya kurang memuaskan hati kami. Sebab tak ikut 100% kehendak kami. Jadi, mungkin akan ada re-shoot!

Sebelum aku tunjuk video tersebut, aku nak kenalkan para pelakon dulu. 
Syuk Maniax

CK (Kanza Kinshiro)
Pok Cek

Dan ini dia videonya. Silalah komen. Haha~ Aku jadi kamera-man je, tak ada aku pun. Edit by aku juga, stunt je bukan aku. Jadi, silalah enjoy serta kritik.



Tiada ulasan: