Makin hari boleh dikatakan di Malaysia ni, satu hari akan lahirnya lagu baru. Lagu dari artis2 Indie yang memang makin hangat sekarang ni. Ada yang dikenali ada yang tak pernah orang dengar pun namanya, dan mungkin ada yang orang tak pernah tahu pun kumpulan tu wujud. Tak kisah lah kan. Janji mereka tunjuk bakat (walau aku tak suka sangat).
Tapi entry ni aku nak menyebut tentang lagu2 sekarang punyalah senang liriknya. Pada aku lah, pada anda aku tak tahulah. Lirik yang seperti bahasa2 biasa guna hari2. Tak ada bunga2 lagi macam dulu. Adakah itu trend sekarang ye? Aku pun tak pasti, sebab lagu yang mudah di fahami ni biasanya kurang bertahan. Dan biasanya ia hanya seperti pisang goreng je. Panas2 sedap lah, bila dah lama kita dengar rasa biasa je.
Berbeza dengan lagu dulu2, dimana orang cipta lirik punyalah berbunga2 dan ayat2 agak bombastik! Sampai ada yang dengar tak tahu apa maksud bait2 lagu tu. Hehe~ Tapi bila betul2 dengar, paham lah juga. Apa2 pun, lagu zaman lama tu lebih bertahan sampai sekarang. Sampai ada yang cop lagu zaman tu adalah "Lagu sepanjang zaman"! Yela, dengar sampai sekarang pun masih layan lagi.
Tu satu contoh lagu sepanjang zaman. Budak2 kecil yang dalam lingkungan 5 tahun pun masih tahu dan boleh nyanyikan lagu ni. Tu baru dikatakan hebat. Berbanding lagu sekarang, cuma orang yang layan je tahu. Dan lagu2 ni tak jadi sepanjang zaman sebab bertahan cuma di tahun2 pertama lagu tu popular, lepas tu kian dilupakan atau pudar..
Aku pun tak paham sangat apa yang tak kena dengan lagu sekarang? Apa yang kurang pada ramuan yang mereka letak yang tak menjadi lagu sepanjang zaman? Tak faham2. Haha~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan