Bila K-Pop pun ikut Shuffle...nilai lah sendiri.

Bila tengok video klip ni, aku teringat zaman muda2 aku dulu (muda ke?). Dulu aku ni shuffler juga, tapi tak lah aktif sangat sebab grup aku tu dekat area rumah aku di Selangor, aku pula banyak kat Terengganu. Tapi sampai sekarang kalau aku rasa bosan2 nak keluar peluh, shuffle juga lah. Okay, ni bukan aku nak cerita tentang aku shuffle pun, tapi aku nak cerita tentang satu video K-Pop ni.

Sebelum teruskan entry, siapa kat sini minat K-Pop atau J-Pop?! Mak aih~ Ramainya angkat tangan? Eh~ yang lelaki pun ada ke? Ni mesti minat tarian mereka kan? Aku pun minat juga, lagi2 bab2 tari mereka. Sangat cool tambahan dengan fashion mereka yang gila style. Memang wah-lah kan? Tarian mereka ni pelbagai, tapi lebih pada genre Hip Hop dan moden lah. Jadi aku tak pernah expect yang mamat2 jambu Korean ni nak shuffle. Serious aku tergelak tengok sebab agak lucu pergerakan mereka. 

It's cool...it's cool...nanti marah pula peminat2 K-Pop ni. Aku mula2 dengar lagu ni, masa aku pergi Shah Alam jumpa kawan seperjuangan shuffle aku. Dia yang tunjuk aku grup K-Pop ni buat shuffle. Kami memang gelak2 lah. Sebab lucu! Eh? Mesti terpinga2 kan sebab tak tahu aku cerita pasal grup apa? Ia adalah grup K-Pop, 2pm! Ada yang jerit tak bila aku umumkan nama 2pm tu? Terutama perempuan lah, ke ada lelaki juga? Adoi!


Aku tak pernah tahu pun lagu lain grup ni, aku cuma tahu lagu I'll Be Back mereka je. Sebab apa? Sebab video klip mereka shuffle tu lah. Aku still rasa 'awkward' dengan tarian shuffle mereka. Tapi still cool sebab formasinya. Haha~ Tergerak juga badan aku dengar lagu ni. Tapikan, apa yang aku perasan pada kumpulan2 K-Pop dan J-Pop ni, muka dan badan penyanyi masing2 nak stock model je. Yang sedap nyanyi nya 2-3 orang je. Yang lain tukan menari. Betul tak? Aku fikir, kalau aku jumpa mereka ni, aku nak battle shuffle lah dengan dia. Haha~ Boleh tak? Haha~ Jangan mimpi lah kan? 



2 ulasan:

up 2 u!! berkata...

seyes k-pop ni comey2 blaka,,,hihi,,,tarian,bukan mmg asal sane ke shfle ni?erk,,hihi:)

sembil9n berkata...

shuffle asalnye dari Melbourne... :) name betulnye sbnrnye Melbourne Shuffle tapi selepas tersebar...dan di olah2 jadi SHuffle je...ade mcm2 style... Melbourne Shuffle lain sikit... byk lah..klo nk cite pn ssh~