Rebirth Movie - Kerjasama anak muda tempatan di bawah kerjasama Kaixer.net dan beberapa kumpulan grafik lain!

Assalamualaikum, ada lagi ke yang menjengah ke blog aku ni? Terima kasih lagi sekali dari aku tak terhingga. Aku tengok traffic aku naik tinggi gak bila aku buat siri 'Facebook Comment' tu. Nanti aku buat lagi ye? Belum dapat idea. Sekarang ni aku aku nak bagitahu tentang satu hasil kerja anak muda! Muda ke? Muda lah sebab mereka dalam lingkungan 20-an je umur mereka. 

Hah~ Mesti ada yang masih tak fahamkan apa kejadahnya aku cakap ni? Haha~ Kalau aku baca balik pun aku tak faham. Sebenarnya aku menceritakan tentang projek member2 aku ni. Projek baik punya iaitu "Rebirth: World Order". Ia satu animasi ciptaan 5 orang anak muda pada awal tahun ini (2011). 





Video di atas adalah preview serba sedikit tentang project mereka. Informasi yang lanjut boleh didapat terus di rebirthprojects.com serta di Facebook mereka di fb.com/RebirthMovie

Dalam entry ni bukan itu yang aku nak cakapkan sangat, sebab info ni anda boleh dapat sendiri dari web site mereka yang gila COOL! Haha~ Tapi apa yang aku nak cerita adalah perlunya orang2 seperti mereka dalam industri filem animasi Malaysia kita yang kian meningkat naik ni. DAN! Perlunya orang2 seperti anda...anda dan anda untuk menyokong mereka ni. Tak ruginya kita menengahkan usaha2 orang seperti mereka. Walau mungkin anda tak suka hasil kerja mereka tapi anda patut puji usaha mereka. Sekurang2nya mereka menyumbang sesuatu. Anda?

Hehe~ Macam apa je aku cakap kan? Haha~ Hah! Sebagai info tambahan mengenai Rebirth Project tu, dikatakan akan ada sekuel cerita ni dalam novel grafik selepas movienya nanti! Wah!! Lebih menarik aku rasa benda ni. Aku memang suka kumpul novel2 grafik ni. 

Dan satu lagi berita baik kepada BLOGGER! Rebirth Project ni tengah memerlukan ramai blogger untuk promote mengenai projek mereka di blog anda. Mereka (blogger) yang bantu promote projek ini secara automatik diterima sebagai media partners di rebirthprojects.com/credits-media. Ini projek Non-profit dan segala bergantung kepada blogger. Jadi sama2 lah kita naik. Mereka2 yang membuat review mengenai mereka projek mereka ni di blog boleh PING kan URL blog anda di Facebook fanpage mereka.

Secara jujur, anda tidak akan rugi apa2. FILEM AKSI NI!

Tiada ulasan: