Gasing Kita

Assalamualaikum, seperti yang anda lihat pada tajuk entry kali ni dimana aku nak menceritakan tentang gasing. Tapi kenapa aku letak nama gasing kita? Sebab aku nak cerita tentang gasing kita lah. Haha~ Gasing ni ada pelbagai jenis. Aku rasa banyak di antara kita, terutama generasi yang ada menempuh zaman 90-an pernah bermain gasing kan? Kenapa aku kata yang menempuh zaman 90-an? Sebab budak2 sekarang sangat jarang aku lihat memegang gasing ni, lagi2 di sebelah Malaysia Barat ni. Semua dah pegang konsol PS3, Xbox, PSP, atau apa2 lagi dan tak reti dah nak main permainan yang seperti ini. 

Gasing ni ada pelbagai jenis, dan berbeza mengikut negeri atau daerah. Tapi aku nak cakap tentang gasing yang kecik tu (Gasing Cina atau ada nama lain yang aku tak pasti) sebab tu mudah nak dipermainkan. Kat kedai kita beli dalam harga 80sen - RM1 kan? Kalau dulu ia diperbuat dari kayu tapi sekarang lebih banyak yang diperbuat dari plastik je. Tak kisah lah kan. Yang penting gasing (Kayu lagi terbaik!). 
Kalau ingat lagi, ada pelbagai cara gasing ni dipermainkan. Ada yang laga2 gasing, tapi lagi hebat kalau dapat PANGKAH! Pernah sekali tu, kawan aku ni baling sampai tercacak kat gasing member! Macam mana tu? Haha~ Aku pun terasa IMPOSIBLE je tapi berlaku.Haha~ 

Pengalaman is pengalaman kan? Sebab kalau kat area tempat aku (Banting) agak boleh lah jumpa lagi gasing ni. Sebab memang ada orang mainkannya lagi, tapi kalau sebelah bandar sikit lagi rasanya dah tak ada. Kalau ada pun tak laku. Tapi serius best!



Ni satu video yang bagus aku jumpa, sebab dia memperkenalkan gasing tu. Kenapa ye benda ni tak dimainkan sampai sekarang? Kenapa ni tak dijadikan satu trend semasa seperti street dance?? Cuba bayangkan tiap seorang dari kita, ada gasing sorang satu yang pelbagai bentuk. Lepas tu kat kaki2 lima KL atau bandar tu budak2 muda berkerumun dan bermain gasing?! Kan lebih MALAYSIA! Wah~! Baru lah hebat macam tu. Mesti tak ada yang nak marah (sangat) haha~! Aku harap sangat ada lah golongan yang memulakan trend macam ni. Lepas tu ia tersebar kat YouTube, dan jadi macam Shuffle dulu tu. Haha~ Kan? Kan?

Tiada ulasan: